jump to navigation

Oktober 20, 2012

Posted by kamarul in EKSPRESI.
Tags: , , , , , ,
add a comment

Amat mengejutkan bahawa Presiden Mesir,Morsi dipercayai berutus surat kepada rakan sejawatnya di Israel.Tindakan yang amat memalukan bagi pemimpin sebuah negara islam.Apatah lagi,ia datangnya dari pemimpin gerakan islam Ikhwanul Muslimin.Organisasi yang pernah menyediakan mujahiddin berperang ketika penubuhan israel 1948.Hari ini,Morsi yang dipilih secara demokrasi (kononnya) melutut kepada israel.Tidak kah ini sesuatu yang melanggar prinsip ikhwanul muslimin yang sentiasa keras terhadap israel?

Revolusi Mesir yang dianggap sebagai kebangkitan islam mungkin tidak ada makna sekiranya dakwaan surat itu benar.kematian dan korban revolusi hanyalah mainan politik.Saya sendiri sangsi dengan Revolusi Mesir dari mula.Apakah benar revolusi rakyat atau transformasi politik bagi menyingkirkan orang suruhan yang terlalu lama memerintah.Boneka ini harus tumbang bagi mengabui mata rakyat.Kononnya ada revolusi berlaku.walhal ia cumalah politik.Kitaran ini berlaku di mana sahaja.

Perkara sebenar yang berlaku adalah Zionis Israel sedang cuba mengalihkan perhatian dunia.Mereka kini sedang menguasai Timur Tengah.Mengikut kepercayaan mereka,tanah yang bermula daripada Iraq hingga ke Palestin adalah milik mereka.Kini mereka sudah berjaya mendapatkan Iraq.Manakala yang lain akan diusahakan dengan cara mengacau politik dan ekonomi.

Personaliti Morsi yang dikatakan sebagai penghafal ayat quran terbongkar.Apakah kita umat islam berbangga dengan Arab Spring?ia adalah satu revolusi pegukuhan kepada kuasa israel di Timur tengah dalam keadaan tidak sedar.Hari ini tindakan Morsi banyak mengikuti kata dan arahan Israel.Semenanjung Sinai telah dibangunkan.Sedangkan sedarkah kita bahawa Sinai adalah kubu terakhir umat islam ketika berdepan yajuj dan makjuj nanti?Pembangunan Sinai adalah tidak lebih hanya arahan ‘bos’nya yang inginkan keuntungan.Rakyat Mesir hanya akan mendapat tempiasnya.Tetapi pihak tertentu akan mengaut keuntungan besar dari pembangunan Sinai.

Tindakan Morsi hanya meneruskan tradisi bahawa politik Mesir sebenarnya dikuasai oleh satu kuasa.Kuasa inilah juga yang mengaturkan politik dan survival politik dan ekonomi dunia.Apakah revolusi yang berlaku di Timur Tengah adalah satu proses kesedaran dan kematangan masyarakat arab tentang politik?atau ia adalah konspirasi terancang pihak Zionis?

Hari ini kuasa ekonomi dunia sudah terarah kepada China.US bukan lagi kuasa ekonomi dunia.Kita akan melihat China bakal menjadi kuasa besar dunia.Selepas itu siapa?Dalam beberapa tahun mendatang,Israel mungkin bakal menjadi pusat ekonomi dunia selepas China.Tidak mustahil berlaku.Beberapa petunjuk telah membuktikannya.Skrip sama berulang kembali.Perang dunia pertama melahirkan Negara Israel haram.Perang dunia kedua pula mengiktiraf yahudi dan membenarkan israel terlakar dalam peta dunia.Apakah revolusi arab adalah permainan yang cuba dicetuskan oleh zionis dalam usaha untuk membentuk atau merancang pelan bagi menguatkan pengaruh dan ketenteraannya di rantau arab?

Ternyata Revolusi Arab dan kemenangan Morsi cuma ilusi dan dominasi Israel dalam meneruskan cengkamannya ke atas Timur Tengah.Rasanya,kita tidaklah perlu berbangga sangat dengan revolusi arab.

Ps: Morsi pun pak turut israel ke?Welcome To The Club!Boleh kongsi bantal Hosni.

Barangkali… Mei 29, 2011

Posted by kamarul in EKSPRESI, Uncategorized.
2 comments

Barangkali kita harus akur bahawa kita sudah ke penghujung

Barangkali harus berfikir bahawa jalan tidak lagi sehaluan

Barangkali ada cerita yang mungkin tak disudahkan

Mungkin cerita itu hanya DIA yang mengerti

Barangkali aku hanya menunggu lagi

Menunggu sebuah kisah.Kisah yang tak pernah sama.

Jeda kehidupan sentiasa berubah.Aku akan terus berjuang..

Berjuang mencari RedhaNYA dalam hidup

Dan sehingga akhirnya.

Strauss-Kahn :Mangsa Konspirator Terancang Mei 29, 2011

Posted by kamarul in EKSPRESI.
1 comment so far

Globalization has delivered a lot . . . but it also has a dark side, a large and growing chasm between the rich and the poor.

‘Clearly we need a new form of globalization’ to prevent the ‘invisible hand’ of loosely regulated markets from becoming ‘an invisible fist.'”

Itu adalah ucapan Strauss-Kahn dalam ucapannya di Universiti Washington. seminggu selepas itu..Dia telah ditangkap dan didakwa atas tuduhan serangan seksual terhadap pelayan hotel di New York.Tragis bukan? Tapi ini realitinya.IMF adalah satu insitusi kewangan dunia yang mulai popular ketika krisis matawang di Asia sekitar 1997.IMF memberi bantuan dana kepada negara yang terjejas teruk. kini IMF yang diumpamakan lintah darat, menguasai ekonomi dunia.

Strauss tentu menyedari dalang-dalang di sebalik tabir yang menerajui IMF sebenarnya. paling utama kehancuran yang di bawa oleh konsep globalisasi.Mengapa Strauss menyebut Invisible Hand atau tangan-tangan gelap dalam ucapannya?Atau Strauss punya strategi tersendiri dalam memperbaiki ekonomi dunia yang kian tenat?

Disebabkan reformasi yang cuba dibawa Strauss ke dalam IMF,maka ‘tangan-tangan’ ghaib ini berasa tidak senang.Strauss dianggap pengacau di dalam perancangan yang telah lama dirancang.Maka satu tindakan drastik perlu dilakukan oleh mereka untuk menghancurkan Strauss. sama ada dari segi imej dan kerjayanya.Strauss harus dihancurkan.

kesimpulannya,ekonomi dunia kian tenat.Perancangan ‘the hidden hands sudah sampai kemuncaknya.NWO (New World Order) telah pun terlaksana.Mereka hanya menunggu masa untuk melihat dunia hancur.

Perpaduan Melayu : Keperluan Atau Retorik? Mei 9, 2011

Posted by kamarul in EKSPRESI.
add a comment

Suara perpaduan Melayu semakin kuat bergema. Semakin hari isu ini menjadi makanan utama media akhbar dan elektronik. UMNO, parti Melayu yang berkuasa hampir 60 tahun memalu gendang meminta seterunya PAS,sebuah parti islam tertua di Malaysia untuk mara. Menghulurkan salam muafakat. Namun PAS tekad untuk tidak menghulur salam tersebut. Mungkin tribulasi yang dialami tahun 1976 membuatkan PAS lebih berhati-hati untuk menyambut salam kali ini. Ironinya,UMNO beria-ia mencanangkan perlunya perpaduan Melayu. Sedangkan selama ini,UMNO mendabik dada mengatakan bahawa mereka adalah juara orang Melayu. Bukan itu sahaja,merekajuga bangga di gelar sebagai pembela Islam.PAS pula sememangnya dominan dengan status sebagai sebuah parti islam. Sudah tentu,majoriti pendokongnya adalah terdiri daripada bangsa Melayu yang rata-ratanya beragama Islam. Hari ini untuk meneruskan kelangsungan parti masing-masing membuat percaturan.UMNO seperti yang diketahui telah lama bergandingan dengan MCA dan MIC untuk membentuk sokongan bagi sebuah kerajaan. Manakala PAS pula menyusul pada tahun 1999, bergabung dengan DAP,sebuah parti yang tidak inginkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam (Adakah motonya tetap sama hingga kini?). sebenarnya, apa yang penting di sini adalah Islam. Perpaduan Melayu tidak pernah timbul sedikit pun.

Persoalannya,adakah perpaduan yang diwarwarkan itu mampu membentuk dan mempertahankan islam sebagai anutan masyarakat Melayu?Lebih daripada itu,adakah perpaduan ini mampu menjadikan Islam sebagai Ad Din masyarakat Melayu? Kita kembali kepada sejarah kedua-dua parti.UMNO, parti ulung Melayu yang menjadikan Islam sebagai tunjang kekuatan telah bertakhta lama di Malaysia. Di perkuatkan lagi oleh MCA dan MIC sebagai sokongan. Lebih 60 tahun,UMNO menawan hati penyokong-penyokong Melayu. Selama itu juga,UMNO gagal menjalankan misinya iaitu menjadikan Islam sebagai cara hidup. Apa yang lebih parah adalah UMNO sendiri gagal menjalankan tanggungjawabnya untuk menerangkan tentang islam kepada rakan-rakan seperti MCA dan MIC. Apa yang menyedihkan lagi UMNO kini diancam kepupusan lantaran sikap segelintir ahlinya yang menjadikan UMNO sebagai insitusi mengaut keuntungan. Sedikit demi sedikit UMNO mulai lemah. Kini rakan-rakannya MCA dan MIC mula memikirkan haluan masing-masing. UMNO yang terancam mula memikirkan taktik untuk mengekalkan dominasinya sebagai parti ultra Melayu. Perpaduannya dengan PAS mampu menyelamatkan maruah dan survivalnya.

PAS pada awal kemunculannya bersifat radikal. Pegangannya terhadap islam menyebabkan parti ini sukar menembusi pengundi bukan Melayu. Namun,segala-galanya berubah pada dekad 90 an. Kekalahan demi kekalahan menyebabkan PAS mula memikirkan perlunya penggabungan. Bersama PKR,DAP. PAS membentuk pakatan baru demi menawan Malaysia. Tidak dinafikan bahawa penggabungan tersebut menjadikan PAS lebih mantap dan sukar dikalahkan. Namun,sejauhmanakah PAS mampu membawa agenda islam yang diperjuangkannya?Atau PAS akan menerima nasib seperti UMNO?Ditinggalkan kerana berlainan ideologi.

UMNO telah membuktikan bahawa kegagalannya menterjemahkan Islam,menjadikan mereka seperti hari ini. PAS pula masih lagi berkawad untuk ke Putrajaya. Sekiranya PAS ditakdirkan memerintah,adakah mereka mampu menjadikan Islam sebagai Ad Din?seperti yang dicanangkan mereka?Atau PAS Cuma bayangan UMNO pada awal kemunculan yang bersungguh-sungguh membela Islam.Tapi penghujungnya gagal? Ditakuti begitu.Silap UMNO hanyalah kerana terlalu lama mendapat mandat dari rakyat. Ibarat orang tua yang diberi kuasa. Tapi tidak lagi mampu kerana deritai pelbagai penyakit. Itulah UMNO.PAS pula ibarat lelaki tua yang sedang mencari-cari jalan.Silap jalan ditakuti sesat.

Akhir sekali,UMNO hanya menjadikan alasan perpaduan sebagai Survival parti yang sedang tenat. Manakala PAS pula sedang melangkah ke hadapan.Tapi paling penting apakah PAS mampu menjadi parti sebaik UMNO. Atau satu lagi parti yang sentiasa berfalasafah tentang Islam?

Bidadari Mac 8, 2011

Posted by kamarul in EKSPRESI.
2 comments

sekadar hiasan Aku sedang menanti kamu wahai sang bidadari.Kerap kali aku lemparkan pandangan ku ke muka waktu.Hanya untuk menanti diri mu.Ada masanya aku buntu untuk memikirkan kamu.Walau ke mana aku melangkah hanya diri mu yang sentiasa di minda.Aku tak kan mampu untuk mengungkapkan rasa cinta pada mu.Cinta itu harus lahir dari hati yang kudus.Biar aku senyapkan rasa cinta yang menjalar di hati.Biar aku lenyapkan resah ini. Biar aku bisukan bisikan cinta yang mendesah-desah.Biarkan segala-galanya pergi dan hilang.

Biar aku diam.agar kau bahagia.Aku senang melihat kau berbahagia wahai bidadari ku.Semoga jodoh akan memihak pada ku.Biar aku sarungkan keronsang cinta disulami mutiara tulus sebagai perhiasan buat mu.Izinkan aku wahai bidadari…

“Aku akan diam,hingga waktu berbicara.”

Ceritera Dongeng:Al-Kisah Tanah Melayu Oktober 24, 2010

Posted by kamarul in EKSPRESI.
1 comment so far

600 ratus tahun dahulu, seorang Putera Raja Srivijaya bernama Parameswara telah melarikan diri ke Tanah Melayu dan menubuhkan sebuah kerajaan Melayu yang akhirnya menjadi  kuasa nusantara yang terkuat pada abad ke 15. dominasi dan keunggulan Melaka akhirnya tumbang pada 1511.Serangan dari Benggali Putih memusnahkan segalanya tentang Melaka.Menghakis pandangan dan sejarah tentang keagungan Melaka.

Hari ini empayar melaka tinggal nama.Sejarah dan keunggulannya hanyalah dongeng atau mitos yang tercatat di buku-buku sejarah dan mulut ke mulut.Apa yang terjadi kepada empayar Melaka sebenarnya?Adakah Melaka sebenarnya wujud?Atau sekali lagi penipuan orientalis barat yang memang dengki dan khianat terhadap peradaban bangsa Timur Jauh?

Persoalan-persoalan ini sering menghantui saya semenjak di bangku sekolah lagi.Lebih menghairankan lagi,tiada peninggalan atau kesan keagungan sehingga kini.Ini menunjukkan bahawa kehilangan sejarah Melaka menyamai kepupusan dan hilangnya Kerajaan Inca dan Aztec di benua Amerika dan Amerika Selatan.

Jika benar kesultanan Melaka pernah wujud suatu ketika dahulu,ingin saya kemukakan beberapa persoalan dan pertanyaan untuk pemerhatian dan fikiran kita.

1.Jika wujudnya kerajaan Melaka di mana tapak pemerintahannya?Sehingga kini,tiada seorang ahli sejarahwan  pun berani atau mengesahkan lokasi sebenar istana kesultanan Melaka.Ada yangberpendapat bahawa tapak muzium Kesultanan Melayu Melaka  adalah tapak asal di mana berdirinya istana Melaka.

2.Daripada 10 orang sultan Melaka yang memerintah hanya 1 sahaja yang dikenalpasti. Sultan Alauddin Riayat Syah. makamnya terletak di Pagoh,Johor. ke mana hilangnya yang lain?

3.Adakah kerajaan Awal di Tanah Melayu mengamalkan Hindu?Kerana mengikut catatan Hikayat Melayu tidak pernah diceritakan tentang amalan hindu yang dilakukan oleh mereka.

4.Adakah kerajaan Melaka mempunyai kaitan dengan kerajaan Islam Acheh yang terkubur ratusan tahun dahulu?(Teori Batu Nisan Acheh)

Dan inilah persoalan-persoalan yang sering terfikir setiap kali meneliti buku-buku sejarah kita. Saranan saya agar pakar-pakar sejarah di negara kita sedar dan menjalankan tanggungjawab mereka dengan berkesan. jangan biarkan sejarah nusantara diselubungi misteri.

 

Bila tiba masanya……… Julai 22, 2007

Posted by kamarul in EKSPRESI.
3 comments

 post-6476-1159884530_thumb.jpgsm3_wp1_1024.jpg

 Dalam denyutan masa yang kian pantas, aku turut lemas dalam didalamnya.1 tahun 8 bulan..suatu tempoh masa yang mengubah hidup.Dari seorang sukarelawan pustakawan hingga ke penerbit (bidan terjun) aku lalui.Semua itu permainanan dan rencah kehidupan yang terpaksa dilalui.Ya Allah!..Aku bersyukur padaMU kerana sentiasa bersama dan mendengar segala jerih-perih dan kepayahan yang dialami.Aku kian matang bersama usia yang semakin tua.

Bila tiba masanya, tiada sesuatu pun akan dilewat dan dipercepatkan.Segalanya kejab bersama lingkaran takdir yang ditentukanNYA.Kadang-kala, aku terkasima dengan segala perubahan yang berlaku.Nyata aku tidak bersedia untuk semua ini.

Segalanya adalah takdiran yang diatur, punya hikmah disebaliknya.Dan ketika ini, aku harus bersedia untuk segala kenungkinan yang bakal datang.

Bila tiba masanya…aku akan pergi. Terbang bebas membawa impian yang menggunung.Aku harus pergi.Kerana aku seorang lelaki sejati.Lelaki sejati perlu berubah dan berani membawa perubahan dalam hidupnya.

Aku..arjuna kesepian yang menanti kunjungan kasih dan rahmat sebuah cinta.Pencarian yang tidak pernah menemukan nokhtahnya.Pencarian yang tidak akan pernah berakhir…

Di hujung Jalan Mei 16, 2007

Posted by kamarul in EKSPRESI.
2 comments

Detak masa berlari dengan pantas.Semakin lama ia makin menghampiri ke penghujungnya.begitulah apa yang aku rasakan.Tanggal 1 Jun 2007 nanti aku akan kehilangan seorang Sifu,teman dan penasihat terbaik.Aku rasa sedih sangat.Selama 6 bulan aku kenal dia.Macam-macam ilmu yang aku belajar dan dapat dari beliau.Beliau yang dimaksudkan adalah Khairul Anuar Abdul Malek atau lebih mesra dipanggil botak di kalangan rakan-rakan dan Jeneral Syaitan di kalangan ketua-ketua atasan FMP.Saudara Khairul Anuar akan memulakan kerjaya di Awani Astro sebagai News Editor.Suatu jawatan yang tidak pernah diimpi dan diidam-idamkan oleh beliau semasa memulakan kerjaya sebagai Journalist dahulu.Itu kata beliau kepada aku semasa mengadakan sidang akhbar di bilik Veteran Perang di Subang Jaya.

“Man, aku tak pernah sangka aku akan sampai tahap macam ni.Aku tak pernah ada cita-cita bila masuk bidang ni”.Katanya dengan tangan yang sedang erat memegang Vodka.

Apa yang pasti Khairul Anuar Abdul Malek akan meninggalkan FMP dengan rekod perkhidmatan yang baik.Kejayaannya dapat dilihat dengan program “Suatu Masa” yang memberi impak sekaligus membuka mata segelintir pihak yang meragui kemampuan beliau sebelum ini.Memang tidak dapat dinafikan kelucahan melampau merupakan rutin harian yang sering disajikan beliau kepada staf FMP setiap kali beliau melangkahkan kaki masuk ke pejabat. bahkan ada staf yang tenat di hospital akibat kelucahan melampau beliau.

Terbit rasa kehairanan daripada staf di FMP, bagaimana aku mampu menjalinkan perhubungan yang rapat dengannya melebihi perhubungan aku dengan staf yang lain di FMP.Mudah sahaja jawapannya. Jangan menilai seseorang itu tentang luarannya.Tetapi nilai segala-galanya tentangnya.Dan itu jugalah nasihat yang acapkali keluar dari bibirnya.Kadang kala aku mengagumi beliau dari segi ilmu yang dimilikinya.Kerana itu, aku sering bertukar-tukar pendapat tentang pelbagai perkara terutama berkaitan kehidupan.Tapi apa yang pasti, kami mempunyai pendapat yang sama tentang seorang lelaki tidak wajar dinilai dari segi paras rupa tetapi kekuatannya di atas ranjang.

Terlalu banyak untuk diperkatakan tentang Khairul Anuar Abdul Malek.Ceriteranya ibarat kisah seribu Satu Malam.Biarlah kisahnya menjadi lagenda buar Staf FMP dan diri aku sendiri.

Yang pasti, insan ini banyak merubah Kamarulzaman Muhamad dan mengubah perspektif pandangannya terhadap kehidupan.

“Dosa yang besar adalah dosa ketika lupakan tuhan ketika senang dan susah”.

 Teman yang sejati adalah mereka yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah juga.Tiada apa yang mampu aku balas melainkan paparan penulisan ini tanda penghargaan aku kepadanya.Aku berfikir bagaimanakah hari-hari di FMP tanpa Khairul Anuar Abdul Malek dan kesannya kepada staf FMP itu sendiri.

 

 

 

April 1, 2007

Posted by kamarul in EKSPRESI.
add a comment

Hati adalah suatu anugerah yang tidak ternilai buat semua makhluk.Setiap yang merasai hidup akan dilengkapi dengan hati.Hati inilah tempat bersarangnya segala jenis penyakit yang tiada ubatnya.Hati, tempat Syaitan dan Iblis berkumpul menghembus ‘Najwa’ yang maha dahsyat.Suatu ketulan yang kecil tetapi punya pengaruh yang besar dalam kehidupan.Manusia sering binasa kerana hati.Jarang sekali manusia yang tidak hancur dan rosak kerana hati.Sultan Mahmud tewas dengan seorang perempuan kerana hati.Hatinya ditambat dengan rasa berahi kepada Tun Fatimah.Tidak kerana cinta.Marcos, Diktator Filipina yang mati dalam buangan turut rosak hatinya kerana penangan Imelda.Bekas ratu cantik yang mengaburi Marcos dengan kecantikan.itu adalah contoh betapa hati telah mati kerana duniawi.Bagaimana dengan aku?Hati ini juga rosak dan binasa kerana cinta.Cinta yang tidak berpenghujung.Cinta yang lahir bukan untuk pemilikNYA.Selama 5 tahun mencari kebenaran cinta dan hati, aku merasakan ia adalah kerja bodoh.Cinta akan lahir dengan sendirinya melalui keizinan Allah.Tiada sesuatu pun cinta yang akan kekal.Melainkan cinta kepadaNYA.Contohya,

Sepasang Kekasih berjanji akan hidup semati walau apapun terjadi.Realitinya, tidak seorang pun yang mampu melakukannya.Bukan mengatakan cinta sesama manusia itu tiada harga,cuma perlu meletakkan batas-batas didalamnya supaya ia berjalan seiring dengan syariat

SOT Lelaki :Kalau Saya mati,adakah kau akan menemani aku bersama?

SOT Wanita: Mati adalah ketentuanNya.Kita akan berjumpa di Syurga nanti.

Itu adalah kebiasaan kata-kata yang lahir semasa sedang asyik dengan perasaan. Seringkali hati ditipu dengan rasa cinta yang membuak-membuak.Itu dari segi cinta.Bagaimana pula dengan penyakit PHD.Perasaan hasad dan dengki.Penyakit hati yang paling kronik.Kebanyakan manusia mati kerananya.Tidak pernah puas dan sakit hati melihat kejayaan orang lain. segalanya lumrah dalam kehidupan ini.Hipokrit! perkataan yang paling jujur untuk mereka yang suka berpura-pura.Berpura-pura baik di hadapan, tetapi menikam di belakang.Itu adalah sifat sebenar pengecut.Pengecut adalah sifat yang paling terkutuk.Orang-orang sebegini telah banyak aku temui sepanjang kehidupan ku.Jangan menjadi pengecut!Pengecut adalah mereka yang tidak pernah menghargai dan berfikir sejenak tentang kehidupan ini.Sayangi hati dan segalanya tentang hati.Perosak dan Pengecut ada di mana-mana.Berwaspada dan jangan biarkan hati terpasak dengannya.Jadikan lah hati dipenuhi dengan rasa Pengasih dan Penyayang.Biarkan rasa itu meresap ke segenap kolam hati.Lepaskan ia ke pelusuk alam ini.Kongsikan ia bersama-sama sahabat, keluarga dan sesiapa sahaja yang layak untuk diberi.

Presentation Day Disember 18, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
11 comments

Hari ini, aku akan buat presentation paperwork Resource centre di depan Creative Director, Zainal Rashid Ahmad (Abg Zainal) bersama-sama Director of Financial dan C.E.O.Paperwork yang berusia 3 minggu ini harus mendapat kebenaran dan perhatian dari Mereka-mereka ini.Aku mengharapkan agar satu resource centre akan dibuka dan menjadi mercu tanda pembangunan intelektual Firdaus Maju Sdn Bhd.Paling penting aku dapat merealisasikan harapan Abg Zainal agar resource centre ini bakal menjadi pusat rujukan maklumat kepada rancangan berbentuk ‘Report Investigation’ pada masa depan.

Ketika aku menaip artikel ini, presentation belum bermula.Dijangka aku akan mengadap ketiga-tiga mereka jam 12 tengah hari nanti.Ketika ini aku sibuk dengan research berkaitan dengan Program Ziarah yang akan membuat penampilan pada Bulan Ramadhan tahun hadapan.Kali ini, Ziarah bersama krew-krew akan menjelajah bumi Timur tengah dan Eropah.Antara negara yang akan di lawati adalah Iraq, Iran, Syria, Chechnya Deghiestan,Tartarstan dan Turki.Konsep rancangan Ziarah kali ini adalah lebih kepada cara hidup masyarakat Islam tradisi dan sejarah bangsa di sesuatu kawasan dan negara.Cukup setakat ini dahulu coretan buat kali ini.Semoga berjumpa lagi.