jump to navigation

SAASATUL IBAD (Pemain Politik) November 18, 2013

Posted by kamarul in Uncategorized.
add a comment

ImejSaasatul Ibad atau pelaku politik merupakan salah satu novel sejarah karya Faisal Tehrani.Sangat mengejutkan dan provokatif.Saasatul Ibad mengambil peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud II yang digelar Marhum mangkat dijulang sebagai subjek penceritaan.Kisah bermula dengan kehadiran Dato’ Utama Mahadi dari Naning yang dipanggil oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Habib Abdul Majid bagi membimbing anak lelakinya,Abdul Jalil yang bakal mewarisi pentadbiran suatu hari nanti.Saasatul Ibad keseluruhannya bercerita tentang kebijaksanaan dan kehebatan dua pemain politik Melayu yang bersatu membangun dan membebaskan Johor daripada cengkaman Belanda.

Langit tidak selalu cerah.Sultan Mahmud Syah yang meningkat dewasa mulai memerintah Johor secara zalim dan kejam.Sehinggalah pembunuhan Siti Zainab,isteri kepada Laksamana Megat Seri Rama akibat seulas nangka.Peristiwa tersebut telah melahirkan Revolusi seluruh jajahan johor bangkit memberontak menolak kezaliman Sultan Mahmud Syah II.Ini telah mengakibatkan berakhirnya kesultanan Johor dari darah Melaka.Bendahara Abdul Jalil ditabal menjadi pemerintah baru.

Ternyata Saasatul Ibad mengungkap sisi sejarah yang tidak pernah dibangkitkan para sejarahwan tanahair.Sisi gelap Sultan Mahmud Syah yang dikatakan sebagai bernafsu songsang turut tidak terlepas.Isu pesetiaan antara raja dan rakyat terkubur melalui peristiwa pembunuhan Sultan Mahmud.Ini menolak kenyataan bahawa orang Melayu selamanya setia kepada pemerintah.

Revolusi ini dikatakan lebih awal daripada Revolusi Perancis yang diagung-agungkan barat.Perbezaan 100 tahun adalah jawapan bahawa orang Melayu ketika itu sudah berfikir luar daripada kotak pemikiran mereka yang jumud.Kesimpulannya,Saasatul Ibad bukan sekadar warkah Datuk Utama Mahadi kepada Sultan Abdul Jalil tetapi lebih kepada pembebasan akal dan budaya orang Melayu yang dalam berpolitik.

Saasatul Ibad..Novel yang harus dibaca dan diteliti bagi mereka yang berminat tentang politik dan budaya Melayu.Seperti Kata Faisal Tehrani.Selamat membaca dan jangan terkejut kerana saya sudah katakan banyak unsur kejutan di dalamnya. 

Pada suatu hari… September 6, 2013

Posted by kamarul in Uncategorized.
add a comment

Pada suatu hari beliau ke pasar membeli dua buah pelita. Satu adalah bagi kegunaan peribadi dan keluarganya manakala satu lagi adalah bagi kegunaan negara/ kerja-kerja berkaitan urusan negara. Pada setiap malam beliau memasang pelita kegunaan peribadi bagi membaca dan menulis. Apabila menjalankan urusan negara, baru beliau memasang pelita yang satu lagi. Sehingga ada satu kisah, pada satu malam, seorang jiran datang bertandang ke rumah beliau, dengan segera beliau memadamkan pelita yang sedang digunakan dan menyalakan pelita yang satu lagi.

Apabila ditanya oleh jirannya: “mengapa tuan padamkan pelita tadi dan menyalakan pelita yang lain”.

Jawab beliau “Pelita yang tadi kepunyaan kerajaan dan saya hanya gunakan apabila menjalankan urusan rasmi. Pelita yang baru dipasang ini kepunyaan peribadi dan keluargaku. Saya tidak boleh gunakan pelita kerajaan bagi urusan peribadiku”.

Dalam keriuhan dan kekecohan rakyat tentang kenaikan harga minyak yang berlaku minggu ini,saya teringat akan kisah Khalifah ini.Dalam beberapa hari ini kita juga dimomokkan dengan pelbagai penyelesaian bagi mengurangkan beban rakyat marhaen yang sentiasa terhimpit.Buatlah apa saja.Rakyat marhaen tetap akan tertindas.Sedangkan pemimpin bersenang-lenang di atas jawatan pemimpin.Merompak dan memanipulasi hak rakyat dengan bebas.

Entri ini bukan bercerita tentang kenaikan minyak.Entri ini cuba bercerita lebih dari itu.Cerita tentang nilai dan moral.Menjadi pemimpin bukan menjadi raja.Pemimpin dipilih oleh rakyat.Bekerja dan berkhidmat untuk rakyat.Mungkin kerana itu,ramai yang berangan-angan untuk menjadi Yang Berhormat.Menjadi Yang Berhormat memungkin mereka menjadi jutawan segera sekelip mata.

Setelah berpuluh-puluh tahun memanipulasi dan kenyang, hari ini YB-YB cuba membetulkan keadaan.YB-YB sedia untuk dipotong elaun dan gaji demi membantu ekonomi negara.Satu tindakan yang baik.Tetapi ibarat Tikus membaiki labu.Kerosakan yang bertahun-tahun cuba dipulihkan.Apakah tindakan tersebut berjaya?

Menjadi wakil rakyat bukan tanggungjawab mudah.Wakil rakyat ertinya khadam kepada rakyat.Bukan khadam kroni.Kepada yang bermimpi menjadi YB,belajarlah dahulu daripada kisah Umar Abdul Aziz.

AO : Harap YB kaya dengan nilai adil dan zuhud.

Saya cari yang boleh susah dengan saya Julai 12, 2012

Posted by kamarul in Uncategorized.
2 comments

10 April 2012 – Putrajaya Sentral 3.30 petang

“Abang dah tekad nak resign ke?”.Pandangannya tepat menusuk ke jantung.

“mmm…Tu yang sepatutnya.”Balas ku sambil tersenyum. Dia ikut tersenyum walaupun sukar. kami mendiamkan diri. menyusun kalimat dan baris ayat sesuai untuk dilafazkan.

“Kenapa sekarang?Bukan dulu?” Soal wanita kecil molek ini. Pandangannya kembali bertenaga menikam pandangan dan hati ku saat ini. Soalannya kini persis Pendakwa raya yang sedang membongkar bukti. dan tertuduh adalah aku sendiri. Aku terdiam. Memalingkan pandangan. Mencari kata-kata dan jawapan paling munasabah dan logik untuk soalan ‘Pendakwa raya’.

“Sayang…Saatnya sudah sampai. Ini jalan yang ditakdirkan, Aku mengumpulkan tenaga yang ada untuk berkata-kata.

Lagipun,inilah minat dan cita-cita abang dari dulu. Aku menyambung kata-kata ku. Saat ini dia hanya mendengar dengan teliti seperti seorang juri mendengar rumusan perbicaraan.

Abang cuma minat menulis.Abang cuma harap sayang faham cita-cita abang. Aku menutup bicara ku.

Dia terdiam.Tertunduk lesu. Rasa bersalah tiba-tiba menyelinap di dada ku. Melihat keadaan wanita yang aku sayangi dan cintai di dalam keadaan begitu. Aku biarkan dia berkeadaan begitu. Saat ini, kata-kata dan pujuk rayu tidak berguna lagi.

“Maksudnya, abang memang tak sayang saya kan?” ‘Pendakwa raya’ ini menerpa dengan soalan yang tidak dijangkakan.Sekali lagi aku terpaksa bertenang. Berfikiran waras mencari jawapan yang tepat. Memuaskan hatinya dan juga hati ku sendiri.

“Maksud sayang?”. Aku meminta kepastian tentang soalannya yang aku sudah aku jangkakan.

“Abang resign kerja, maknanya abang memang tak nak kahwin dengan saya. Saya terpaksa cakap dengan mak yang kita tak jadi kahwin. Dia menekup mukanya. Ada tangisan kecil kedengaran. Aku terdiam.

Apa lagi yang aku boleh katakan saat ini. Aku bertambah lelah setiap kali melihatkan dia menumpahkan airmatanya. Semacam drama.

Tapi tiada skrip mahu pun Tuan Pengarah. Kisah kami berdua disedari oleh beberapa orang penumpang dan petugas ERL. Mujur mereka tidak bertanya. Kalau tidak, aku akan di bawa ke balai atas tuduhan berkelakuan tidak baik terhadap wanita. Apa pun, aku sudah bersedia sekiranya itu berlaku. Aku telah susunkan kalimat-kalimat untuk mengelakkan aku menjadi banduan sehari.

Sekiranya ada yang menegur,aku akan katakan padanya

“Apa hal! Ini hal rumah tangga. Aku tak mintak tolong korang. Pergilah!”. Atau pun begini

“Tak ada apa-apa encik. Cik ni menangis sebab dia teringat arwah adik lelaki dia. sebab kening saya serupa macam arwah adik dia. Atau pilihan terakhirnya adalah seperti ini

“Apa hal ni? Pergi! Jangan nak sibuk hal orang. Buukk!Buukk! Baakk! Pergelutan terjadi. Aku dikejarkan ke hospital atau klinik berdekatan.

Jam semakin ke jam 4.15 petang. Tangisannya semakin reda. Dia sudah boleh mengawal emosinya. Aku yang tadi diam membisu. Melayan diri dengan I PAD. Membutakan mata dan memekakkan telinga dengan apa yang terjadi.

“Abang..ERL dah nak sampai ni. Dia mengingatkan aku. Aku diam. Aku senyum memandangnya.

“Abang tau. Jangan risau ok?”. Dia tersenyum. Wajahnya kembali ceria.

“Sayang..Maafkan abang kalau tindakan abang lukakan hati sayang.Abang mencari wanita yang faham dan boleh susah dengan abang.Bukan senang dengan abang. Itu saja”. Aku segera merapatinya. Dia tersenyum lagi.

“Mari lah..Saya hantarkan abang sampai ke kaunter tiket. Dah lewat ni”. Dia bersuara. Sampai sahaja di kaunter tiket,dia bersalaman dengan aku. Mengucup tangan ku.

“Baik-baik abang. Apa pun jadi, saya tetap dengan abang. Insyaallah”, dia berlalu.

Kami berpisah di tiket kaunter ERL. Menaiki keretapi elektrik terpantas di Malaysia menuju stesen Kuala Lumpur Sentral. Sepanjang perjalanan,aku berfikir sendirian. Apakah aku terlalu kejam.Mengorbankan impian orang lain demi cita-cita dan matlamat sendiri? Aku termangu sendirian.

Bunyi SMS mengejutkan aku. Aku pasti ini tentunya daripada rakan sekerja ku. Tentunya bertanyakan skrip yang masih lagi belum ku ketuk lagi.

Abang..Dalam umur-umur begini, abang perlukan kepuasan. Sayang faham. Sayang cuma nak abang gembira dengan apa yang abang buat. Sayang tau, abang memang akan kahwin dengan sayang. Sayang tunggu.Sebab sayang dapat rasa yang abang memang ditakdirkan untuk sayang insyaallah! Sebab saya akan sentiasa ingat ayat ni. Saya cari yang boleh susah dengan saya.

Aku terpana.Aku meneliti bait-bait sms tersebut dengan pandangan berkaca. Ada rasa yang payah di gambarkan dengan kata-kata. Hanya DIA maha agung yang mengetahuinya. Aku tahu inilah cinta. Memahami dan sentiasa bersama walau apa pun yang berlaku. Mungkin, ini adalah secebis ujian buat aku dan dia.Tapi rasa percaya dan yakin antara satu sama lain adalah kunci kepada cinta. Aku hanya mampu berdoa agar kami sentiasa diberi kekuatan hati dan iman.

Ps: Si dia suka sangat dengan lagu XPDC ‘Cinta Kenangan Silam’.Aku kata kan padanya sebab lagu tu aku mula mengeja dan membaca dengan betul.Hahaha!

 

 

Barangkali… Mei 29, 2011

Posted by kamarul in EKSPRESI, Uncategorized.
2 comments

Barangkali kita harus akur bahawa kita sudah ke penghujung

Barangkali harus berfikir bahawa jalan tidak lagi sehaluan

Barangkali ada cerita yang mungkin tak disudahkan

Mungkin cerita itu hanya DIA yang mengerti

Barangkali aku hanya menunggu lagi

Menunggu sebuah kisah.Kisah yang tak pernah sama.

Jeda kehidupan sentiasa berubah.Aku akan terus berjuang..

Berjuang mencari RedhaNYA dalam hidup

Dan sehingga akhirnya.

Jalan 30 Februari 20, 2011

Posted by kamarul in Uncategorized.
2 comments

Hujan tak pernah turun di jalan ini.

Jalan yang kering dan tandus.

Setiap hari,aku lewatinya.Berjalan dengan hati yang mangkal

Lorong yang bersimpang-siur buat aku keliru

Di jalan ini…tak pernah wujud rasa cinta.

Tak pernah wujud rasa sayang

Aku mencari rasa itu.

Aku mencari Pencipta rasa tersebut

DIA melihat dan merancang

agar jalan ini tetap akan mengikut kehendakNYA

Biar aku berjalan dengan izinNYA

Biar aku mencari erti hidup dan cinta NYa.

Pasti nanti jalan ini akan menemui penghujungnya.

Penghujung jalan kepada NYA.

Badai Selatan Januari 25, 2011

Posted by kamarul in Uncategorized.
add a comment

Agak lama tidak menulis.Kesibukan di pejabat menghalang melakukan semuanya.Tiada apa yang menarik untuk dikongsikan dalam blog kali ini.Cuma aku tiba-tiba teringat kisah dari Sulatus Salatin.Kisah tentang Sultan Muzaffar Syah.Sultan Melaka yang memulakan transformasi kebangkitan Melaka sebagai kuasa islam di nusantara.Tapi tak ramai yang tahu kisah bagaimana baginda menaiki takhta.Kisahnya..Sultan Muhammad Syah telah melantik adinda Sultan Muzaffar iaitu Raja Abu Syahid.
Raja Abu Syahid adalah adinda tiri berlainan ibu.Ibunya adalah permaisuri Rokan.

Perkahwinan Sultan Muhammad Syah ini mendapat tentangan daripada rakyat Melaka.Rakyat Melaka berpendapat bahawa perkahwinan tersebut akan memberi kelebihan buat kerabat permaisuri Rokan.Orang luar yang tidak diundang.Ramalan tersebut menjadi kenyataan apabila Sultan Muhammad Syah mangkat.Sepeninggalannya,Raja kassim@Muzaffar Syah anakanda sulung hasil perkahwinan baginda dengan Tun Kudu telah dibuang negeri.Maka hiduplah baginda menjadi orang biasa dan bekerja sebagai nelayan.Sepeninggalan baginda,pemerintahan Melaka diterajui oleh Raja Abu Syahid,putera raja boneka,berusia 13 tahun.Pemerintahannya banyak bergantung kepada ibunya,permaisuri Rokan dan kerabatnya di istana Melaka.

Keadaan tersebut mula menimbulkan persaingan kuasa dari orang Melayu Melaka dan Melayu Rokan.Kemuncaknya apabila Sultan Abu Syahid mati dibunuh dalam satu pemberontakan oleh pendukung yang setia kepada Sultan Muzaffar.

Sultan Muzaffar dipanggil kembali untuk menerajui takhta kerajaan Melaka.Kehadirannya mengubah suasana politik Melaka bahkan Nusantara.

Hmmm…Kekadang bila baca kisah ini,teringat pulak apa yang jadi pada aku.Harap-harap yang berkenaan ambil iktibar apa yang berlaku.

IKLAN September 8, 2009

Posted by kamarul in Uncategorized.
add a comment

Sekiranya anda memerlukan penulis skrip khasnya dokumentari…Anda boleh menghubungi atau menghantar email atau berhubung terus kepada saya.Selain itu,saya menyediakan research atau membuat kajian khasnya berkaitan dokumentari berbentuk sejarah.

MJ&DIANA:Simbol Perang Salib?? Julai 15, 2009

Posted by kamarul in Uncategorized.
add a comment

michael-jackson

Dunia masih lagi menangisi hilangnya Micheal Jackson@Muhammad Mikail. Hampir setiap hari berita tentangnya masih lagi menjadi bualan dunia. Antaranya MJ mati dibunuh oleh para doktor peribadinya. Adakah benar dakwaan ini?Mungkin benar,mungkin juga kebetulan. Ruangan saya kali ini adalah untuk mengajak anda berfikir sejenak. Kalau tidak ingin berfikir, baca dan renungkan.

 

2 bulan sebelum bermulanya konsert jelajahnya,MJ telah mengucap syahadah di hadapan Yusuf Islam(Cat Stevens)menjadikannya Muslim memakai nama Muhammad Mikail. Adakah ini memeranjatkan dunia?jawapannya ya! Micheal Jackson merupakan antara ikon hiburan dunia. Kelincahannya di atas pentas menjadikan Micheal antara idola jutaan peminat di dunia. Kehebatannya setanding dengan Elvis Presley,Raja Rock n Roll.

Kesuraman hidupnya yang penuh kontroversi menjadikannya tumpuan. Setiap hari,media dan peminat menanti kisah hidupnya. Sebaliknya MJ menemui Nur dalam hidupnya iaitu Islam. Penemuan kebenaran juga bermaksud pengakhiran kepada hidupnya. Kenapa saya katakan begitu?

Islam tetap menjadi ancaman bagi Zionis dunia. Pengislaman MJ bermakna bahaya bagi kedudukan mereka.  Seperti yang disebut diatas MJ mempunyai aura dan kekuatan tersendiri di kalangan peminat. Tidak mustahil, Pengislaman MJ menjadi satu titik tolak kepada perubahan kepada pencarian tuhan bagi masyarakat Amerika yang kian ramai mempersoalkan hakikat ketuhanan yang mereka anuti selama ini.

Pengislaman MJ dari satu segi merupakan kemenangan moral kepada masyarakat Islam yang ditindas di mana-mana. Hakikatnya,Pengislaman MJ memberi mesej penting kepada Konspirator dan gerakan Zionis dunia  bahawa

Islam harus disekat dan MJ,seorang ikon muzik dunia harus dibunuh. Dibunuh bagi mematikan pengaruh dan legasinya. Atas alasan inilah MJ dibunuh. Perancangan rapi dibuat seolah-olah kematian MJ adalah kemalangan. Masih ragu-ragu?Kita lihat kes kedua.

princess-diana-2

Masih ingatkah kita terhadap Puteri Diana,Puteri yang menjadi idola dunia kerana kecantikan dan kehebatan imej yang sering menjadi ikutan wanita. Bagaimana kematiannya. Tanggal 31 Ogos 1997,Puteri Diana mati akibat nahas jalanraya. Bukan untuk menafikan bukti,tetapi kita ingin melihat persamaan kes ini dengan kes kematian MJ.

 

Selepas berpisah dengan Putera Charles,pewaris takhta kerajaan England Puteri Diana dilihat intim dengan Dodi al-Fayed. Dodi al-Fayed merupakan anak kepada jutawan hotel Ritz iaitu Mohammed al Fayed.  Dipercayai bahawa kemalangan itu telah dirancang. Apa yang anda dapat simpulkan di sini?

MJ menyahut seruan illahi setelah bergelar Muslim. Manakala Puteri Diana mati bersama kekasih hati yang bakal dikahwininya, Dodi al-Fayed. Dua perkara berbeza tetapi mesejnya sama. ISLAM. Saya pasti bahawa sekiranya Puteri Diana masih lagi hidup hari ini, dia akan bergelar seorang muslimah. Impian Puteri Diana harus dikuburkan. Kemalangan menjadi satu punca kematiannya. Para konspirator dan Zionis menarik nafas lega.

Apa yang ingin saya sampaikan adalah ISLAM menjadi ketakutan bagi konspirator dan Yahudi.  Apakah ada lagi halangan bagi mereka-mereka ini?

Bayangkan sekiranya Johnny Deep,Brad Pitt,Angelina Jolie atau selebriti yang berpengaruh memeluk Islam. Apa yang akan terjadi kepada mereka?Apakah kita akan mendengar lagi bahawa Brat Pitt mati akibat kemalangan. Johny Deep mati akibat dadah berlebihan atau Angelina Jolie mati dibunuh?

Semua ini adalah Perang Salib yang tersirat yang masih lagi berlaku tanpa kita sedari. Perang ini akan berlaku sehinggalah kiamat.

Akhirnya!!! Jun 7, 2009

Posted by kamarul in Uncategorized.
2 comments

Rosli Dhobi:Pejuang atau Pembunuh akhirnya ke udara di saluran ASTRO PRIMA.Setelah hampir 2 tahun,kisah epik ini berjaya juga direalisasikan.2 tahun yang penuh dengan ranjau dan onak.bermula dengan Kajian akhirnya direalisasikan ke layar kecil.Tiada perkataan yang dapat digambarkan untuk menyatakan kepuasan ini.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengangkat dan memberi perspektif baru terhadap anak muda yang bernama Rosli Dhobie ini.Terima kasih sekali lagi.

Saya berharap agar Rosli Dhobie ini bakal menjadi titik tolak kepada perkembangan intelektual masyarakat Malaysia dalam memahami sejarah perjuangan bangsa dan kolonialisme.Rosli Dhobie adalah pemula kepada usaha kajian yang dilakukan.Selepas ini, saya berharap agar saya dapat membuat kajian terhadap tokoh dan tamadun bangsa Malaysia yang masih lagi dikaburi oleh orientalis barat.

InsyaAllah..saya dalam usaha mengkaji beberapa orang tokoh yang masih lagi digelapkan sumbangannya oleh kolonial British.Juga sejarah tamadun yang masih gagal dirungkai.Contohnya kisah kedatangan Islam ke Nusantara dan segala yang bersangkutan dengannya.Kepada bloggers yang punya info tentang sejarah bangsa dan Tamadun Malaysia,saya mengharapkan kerjasama untuk membolehkan suatu perubahan terlaksana.Sejarah keagungan bangsa demiuntuk tatapan generasi akan datang.

Kepada mereka yang berminat boleh berhubung terus menghantar info-info berkaitan terus kepada blog ini.Semoga usaha ini akan dapat menjernihkan terowong sejarah kita yang sentiasa gelap ini.

SELIMUT HATI Mac 14, 2007

Posted by kamarul in Uncategorized.
add a comment
Aku kan menjadi malam-malammu..Kan menjadi mimpi-mimpimu Dan selimuti hatimu..yang beku.. Aku kan menjadi bintang-bintangmu..Kan slalu menyinarimu.. Dan menghapus rasa rindumu..yang pilu..  Reff: Aku bisa untuk menjadi.. apa yang kau minta.. Untuk menjadi apa yang kau impikan Tapi ku tak bisa menjadi dirinya.  Aku kan menjadi embun pagimu..yang kan menyejukkan jiwamu.. Dan kan membasuh hatimu..yang layu  Back to Reff.  Tinggalkan sejenak lalumu..beri s'dikit waktu.. Kepadaku..tuk meyakinkanmu...
Inilah lagu Dewa 19 yang aku rasa romantis dan puitis.Bait-bat dan pengunaan kata yang indah.Sesuai untuk pasangan yang bercinta.Aku pun nak jadi macam apa yang lagu ni gambarkan.Selimut hati ini bermakna Penjaga Jiwa.