jump to navigation

Au Revoir November 28, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
11 comments

Selamat tinggal PLF.Selamat tinggal semuanya.Akhirnya aku berjaya juga mendapat kerja yang bakal menjamin hidup.Aku berasa bersyukur di atas rezeki yang dikurniakanNYA.Di kesempatan ini, aku ingin merakamkan jutaan penghargaan pada mereka-mereka yang mewarnai hidup sepanjang di Perdana Leadership Foundation (PLF).Mereka terdiri dari Staff Perdana Library yang berdedikasi dan komited dalam membangunkan Perdana Library sebagai insitusi dan wadah kepada penjanaan ilmu.

  1. Azhar Mohd Noor (Chief Librarian) : Ucapan terima kasih untuk beliau kerana mengambil ‘Penganggur terhormat’ seperti aku untuk bekerja dan menimba ilmu di dalam bidang Perpustakaan.Terima kasih di atas peluang yang tidak ternilai ini.
  2. Mohd Munawar,Adnan Haris & Murz : Ucapan terima kasih untuk kalian bertiga.Terima kasih kerana menunjuk ajar dan menceriakan hari-hari ku di PLF.Kepada Adnan, tima kaseh dan bila nak balik tepin’?? 🙂 Kepada Mohd Munawar, wali komputer  & Dewa Perut sememangnya gelaran yang sesuai untuk mu.Semoga kita berjumpa lagi di suatu masa.
  3. Maria & Maswira(The Transcriber’s team) : Sangat menyenangkan mengenali kalian berdua.Buat Maria yang juga teman baik ku, jaga diri dan kandungan mu baik-baik.Moga dapat zuriat yang sihat, soleh dan solehah. Err.. kalu boleh bagi la nama Samwil (lelaki) dan Qausar (Wanita) tuk ‘baby’ nanti. Buat Abang Mas, harap-harap tercapailah cita-cita menjadi Pegawai Tadbir (PTD). Semoga lebih kerap menyertai Rancangan kuiz berbentuk realiti pada masa akan datang.
  4. Hidayati Haron & Kak Lat (C- Team) : kepada mereka berdua, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi menerima aku menjadi salah seorang anggota pasukan.Maaf dan ampun sekiranya sering melakukan kesilapan dalam proses cataloguing.Terima kasih kerana menunjuk ajar dan bantuan yang dihulurkan especially Kak Lat, yang begitu komited ketika memberi tunjuk ajar pada aku.Akhirnya aku berjaya juga belajar mengenal abjad A hingga Z.Terima kasih untuk pengalaman itu. Pengalaman mendewasakan diri.Buat Kak Ieda, saya cukup berbangga dapat ‘berbosskan’ seorang perempuan.Semoga menjadi bintang filem di masa akan datang.(Muka iras-iras InaMawi tu..Cuma masuk angin je sikit. : ) jangan marah k?
  5. Shimie, Suzila,Suliana,Sizuka,Kak Oda @sepupu Yoda : Terima kasih untuk segalanya.Sentiasa bersama menghadapi saat suka dan duka.Buat Shimie, aku ucapkan terima kasih kerana sentiasa mengajar dan membantu terutamanya berkaitan dengan Cataloguing. Hail Bentara Guru!
  6. Amien, Halim : Housemate dan officemate aku.Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran aku sebagai sahabat.Terima kasih kerana berkongsi masa gembira dan duka bersama.Ampun dan maaf dari tangkai hati kiranya terluka dengan kata-kata dan perbuatan aku.Mohon Ampun dari segalanya.

Terima kasih kepada semua sekali lagi.Budi kalian tak kan di lupakan.Harapan aku Ukwah ini akan sentiasa berkekalan hingga akhirnya.Perdana Leadership sentiasa akan berada dalam hati meskipun aku tidak lagi bersama. Akhir coretan, aku mohon maaf kiranya tulisan ini menyinggung  sesetengah pihak.anggaplah ia sebagai coretan kenangan dan adaptasi abadi dari seorang Arjuna yang bernama Kamarul.

Advertisements

Cinta Sejati…. November 24, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI, Uncategorized.
2 comments

PADANG BESAR 18 Mei – Setahun lalu, Najaa Farhana Roslan, 20 dan Mohd. Azuanme Azmi, 23, mengikat tali pertunangan ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang di Sungai Petani.

Hari ini, mereka diijabkabulkan tetapi bukannya di rumah pengantin perempuan atau di masjid seperti mana pasangan lain sebaliknya di Pusat Serenti Bukit Chabang (PSBC), di sini.

Segalanya disebabkan Mohd. Azuanme kini menjadi pelatih di pusat itu sejak 8 Februari lalu selepas terlibat dengan penagihan najis dadah.

Namun takdir yang berlaku sama sekali tidak pernah mengubah cinta mereka, bagi Najaa Farhana, dia bukan sahaja setia menerima kehadiran Mohd. Azuanme malah akan setia menanti untuk tempoh dua tahun lagi bagi membolehkan mereka tinggal bersama.

Ini kerana walaupun sudah bergelar suami isteri, kedua-dua mereka harus `berpisah sementara’ kerana Mohd. Azuanme akan terus menjalani pemulihan di pusat itu untuk tempoh tersebut.

Walaupun pada mulanya ada pihak yang memandang serong dan menentang keputusan Najaa Farhana tetapi perasaan cinta yang wujud sejak dua tahun lalu terhadap pemuda tersebut mengatasi segala-galanya.

Mereka diijabkabulkan kira-kira pukul 10 pagi di masjid pusat serenti berkenaan dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta kakitangan dan pelatih pusat itu.

Menurut Najaa Farhana, walaupun dia kecewa kerana suaminya itu yang berasal dari Kangar terlibat dengan najis dadah tetapi ia bukanlah alasan untuk dia `menguburkan’ cinta mereka yang berputik sejak dua tahun lalu.

“Sedih, memanglah sedih tapi apa boleh buat. Sudah takdir dia begitu.

“Namun, demi cinta, saya sanggup menerimanya walau apa pun orang lain hendak kata. Keluarga saya juga tidak menentang hasrat saya,” kata Najaa Farhana.

Katanya, buat masa ini, dia akan menetap di rumah keluarganya sementara menunggu suaminya dibebaskan.

Bagi Mohd. Azuanme pula, dia amat bersyukur berikutan kesediaan Najaa Farhana menerimanya sebagai suami.

“Saya sungguh menyesal dan berjanji untuk memperbaiki diri serta tidak akan terlibat dengan najis dadah lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Komandan PSBC, Mohd. Nazer Mustafa berkata, persiapan perkahwinan itu diuruskan oleh pihaknya dan keluarga pengantin.

Kata beliau, pihaknya tidak menghalang mana-mana pelatih untuk berkahwin kerana ia adalah hak masing-masing. “Mereka juga manusia seperti kita dan perlu diberi peluang sama seperti orang lain. Apa yang penting status kesihatan mereka baik,” tambahnya.

Sumber Utusan Malaysia 19 Mei 2006

Berita di atas menceritakan suatu kisah cinta sejati yang jarang-jarang kita dengari.Tapi inilah CINTA. Apa pendapat anda dengan kisah di atas?Disini ingin saya memetik kata-kata John Powell, pengarang buku Unconditional Love yang mengutarakan tentang cinta sejati.

Cinta sejati adalah cinta tak bersyarat: yang membebaskan orang yang kita cintai agar menjadi dirinya sendiri”.

Adakah cinta sejati itu wujud?jawapannya terpulang pada kita sendiri.

Kisah Pohon epal November 17, 2006

Posted by kamarul in Uncategorized.
12 comments

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

 

Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

 

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

 

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

“Takkan Melayu hilang di dunia”. November 15, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
2 comments

silat.jpgSeringkali kita dimomokkan dengan ungkapan-ungkapan yang bersifat retorik seperti contoh di atas.Di Malaysia, retorik ini sering diungkap atau dijadikan azimat buat pendokong-pendokong Melayunisme.”Takkan Melayu hilang di dunia” akan di jadikan pembangkit semangat andai ada perkara yang menyentuh bangsa Melayu.Secara jujurnya retorik ini menggambarkan beberapa kebenaran; Pertama kebenaran bahawa bangsa Melayu tidak akan hilang di dunia.Sejarah bangsa Melayu beserta Tamadunnya yang berusia beribu tahun tidak mudah lenyap.Dari zaman Hindu sehinggalah transformasinya kepada Islam,Melayu tetap utuh dan berdiri kental mengharungi zaman dan era.Ini tidak dapat disangkal oleh sesiapapun.Namun, disebalik ungkapan ini, Orang Melayu sebenarnya hanya boleh berbangga dengan kewujudan mereka sebagai suatu bangsa tetapi merempat dan mengemis di bumi sendiri.Suatu senario yang telah lama berlaku.Samada di Indonesia atau Malaysia, realitinya sama.Bangsa Indonesia yang majoritinya adalah Melayu kini tersisih dan ketinggalan dalam bidang ekonomi.Etnik Cina Indonesia lebih mendominasi kuasa ekonomi di Indonesia. Perihal yang sama juga berlaku kepada Malaysia.

Seperti di Indonesia, Orang-Orang Melayu juga terhimpit dengan keadaan ekonomi yang tidak pernah di pegang kukuh sejak dari negara mencapai kemerdekaannya.Menyedari kelemahan tersebut, kerajaan di bawah pimpinan Tun Haji Abdul Razak Hussein telah merangka suatu dasar yang digelar ‘Dasar Ekonomi Baru’ (DEB). Dasar ini bertujuan untuk memantapkan taraf ekonomi negara dan taraf hidup rakyat amnya masyarakat Melayu.Objektif yang di sasarkan adalah penyertaan Orang Melayu dalam bidang ekonomi dengan sasaran sebanyak 30 peratus penyertaan.

Hari ini, setelah 30 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) di lancarkan, nasib orang-orang Melayu tidak begitu terjamin.Baru-baru ini, Asia Strategy & Leadership Institute (ASLI) telah pun  melakukan suatu kajian ke atas pemilikan perniagaan orang-orang Melayu,  dimana hasil kajian menunjukkan bahawa  Orang Melayu telah melepasi Kuota seperti yang disyaratkan iaitu 45 peratus.Selama 30 tahun, akhirnya orang-orang Melayu berjaya juga menguasai bidang ekonomi.Tetapi, ada suara-suara yang tidak berpuas hati dengan angka tersebut.Suara-suara ini mengatakan bahawa angka yang diberi adalah tidak tepat.Metedologi yang digunakan dalam kajian adalah meragukan.Kesannya, ASLI di paksa mengakui bahawa kajian mereka sebenarnya silap dan menuntut permohonan maaf di atas kajian yang mengelentong rakyat.

Persoalan yang timbul sama ada kajian tersebut benar atau tidak bukanlah masalah utamanya.Persoalannya mengapa suara-suara ini begitu berang sekali apabila kajian seumpama itu diterbitkan?Sekiranya benar kajian tersebut maka Orang-orang Melayu seharusnya bersyukur kerana Dasar Ekonomi Baru (DEB) ini banyak merubah hidup dan ekonomi orang Melayu sendiri.Ternyata bahawaDasar ekonomi yang diguna pakai selam 30 tahun ternyata berhasil.Sekirannya Orang Melayu masih gagal mencapai tahap 30 peratus, ternyata Dasar ekonomi ini gagal.Seharusnya dasar ini diubah selaras dengan masa dan keadaan.Ternyata Dasar Ekonomi ini gagal.Hanya 18 peratus orang Melayu terlibat dan berjaya selama 30 tahun Dasar Ekonomi ini di laksanakan.

Persoalannya, apakah sebenarnya Orang Melayu telah mencapai angka 30 peratus tersebut.Kalau benar, kenapa ia dinafikan? Apakah agenda di sebalik penafian tersebut.

Dasar Ekonomi Baru (DEB) adalah platform untuk memacu orang Melayu menjadi bangsa yang perkasa dari segi ekonomi.Kehadiran dasar Ekonomi ini seolah-olah telah disalah gunakan. Kita boleh lihat hanya segelintir sahaja yang mendapat faedah dari pelaksanaan Dasar ekonomi tersebut.Malahan ada menjadi jutawan segera dengan pelaksanaan Dasar ini.Apakah ini yang dimahukan oleh golongan-golongan tersebut.Merompak peluang yang ada ketika Dasar Ekonomi ini terus dilaksanakan.Kononnya atas Dasar Melayu.Jika ditanya 10 tahun akan datang, apakah golongan-golongan ini akan mengatakan lagi bahawa orang Melayu masih lagi belum mampu untuk memiliki 30 peratus.Apakah Melayu benar-benar terbela dengan pelaksanaan Dasar ini?Apakah kita akan percaya dengan dakyah tersebut?Tepuk dada, tanyalah akal.

KHAIRYMANIA=ulasan dan rumusan kepada Hikayat Khairy November 6, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
14 comments

Minggu lepas aku terbaca suatu buku bertajuk Hikayat Khairy:Putera Oxford ke Putrajaya.Aku ingin mengulas hikayat ini dari pandangan seorang budak yang hingusnya masih pekat meleleh.Semoga ulasan dan pandangan ini mendapat impak yang baik dari pembaca sekalian.Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri.

Hikayat Khairy menceritakan kisah Saudara Khairy Jamaluddin.Permulaan seorang manusia yang bernama Khairy ini sehinggalah memasuki gelanggang politik.Anak muda yang tidak punya apa-apa melainkan segulung ijazah dari Oxford, mula melibatkan diri dalam sepak terajang politik Malaysia.Dan penglibatannya mula memberi kesan kepada politik Malaysia.Dunia politik yang kotor diredahi.Anak kucing telah bertukar menjadi seekor harimau buas.Menunggu saat dan tika untuk menerkam musuh-musuh dan mangsanya.Jika anda telah membaca buku nukilan Yahaya Ismail bertajuk “Khairy Jamaluddin : Bakal PM? anda akan mendapati persamaan dalam ceritera ini.

ULASAN: Modus Operandi penghasilan Hikayat ini adalah lebih berbentuk serangan terhadap Khairy dan para pengikutnya.Saya segera teringat dengan Modus operandi yang sama telah dilancarkan terhadap Saudara Anwar Ibrahim melalui Buku “50 Dalil mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi PM”.Serangan tersebut benar-benar mematikan dan melumpuhkan karier Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika itu.Adakah hikayat ini bertujuan melumpuhkan karier politik Khairy yang ketika ini sedang meniti kegemilangan seperti mana yang berlaku kepada Anwar dahulu.

Perbandingan penulisan di dalam hikayat Khairy ternyata lebih berunsur negatif dan tidak mengikuti lunas-lunas penulisan.Sewajarnya, tulisan haruslah bersifat adil dalam menilai sesuatu dan bukan bersifat menghentam.Dari segi bahasa, hikayat ini mempamerkan pengunaan bahasa yang keras dan tajam dalam menghamburkan sesuatu pandangan atau pendapat.Seharusnya setiap pandangan atau kritikan di bincangkan secara intelektual.Ini penting kerana menerusi penulisan secara berhemah, para pembaca dapat menilai sesuatu dengan logik dan waras.

Secara keseluruhannya,Hikayat Khairy merupakan suatu serangan peribadi ke atas Khairy dan konco-konconnya.Dunia politik yang busuk ditelanjangi habis-habisan di dalam hikayat ini.Politik kepartian adalah sesuatu yang mengerikan.Kawan boleh bertukar musuh menikam dari belakang.Sesuatu yang fitrah dalam dunia politik.

Kesimpulannya, Hikayat Khairy adalah bahan bacaan yang menarik.Bagi mereka yang ingin mengenali siapa itu Khairy Jamaluddin bolehlah membaca buku ini.Saya juga mengsyorkan sekiranya anda ingin mengenali politik kepartian yang kejam, bacalah buku ini.

PENYERAHAN DIRI YANG ABADI November 3, 2006

Posted by kamarul in Song Review.
3 comments

KEPADA MU KEKASIH

 

Kepadamu kekasih Aku berserah
Kerana kutahu
Kau lebih mengerti
Apa yang terlukis di cermin wajahku ini
Bersama amali

 

Kepadamu kekasih
Aku bertanya
Apakah kau yang menerima kukembali
Atau harus menghitung lagi
Segala jasa dan bakti
Atau harus mencampakku

Ke sisi tanpa harga diri

 

Aku tinggalkan Jawapan yang belum ketemukan
Yang bakal aku nantikan
Bila malam menjemputku lena beradu

Kepadamu kekasih
Aku serahkan
Jiwa dan raga
Jua segalanya
Apakah kau akan menerima penyerahan ini
Apakah kau akan menerimaku dalam keadaan begini

Kepada Mu kekasih merupakan suatu lagu yang telah berjaya meletakkan M.Nasir sebagai Penyanyi lelaki tersohor sekitar 80 an.Lirik lagu ini telah memberi tanda kepada perjuangan M.Nasir dalam dunia seni.Pemikirannya yang lebih menjurus kepada Ketuhanan dan kemanusiaan dapat di hayati dalam lagu ini.Secara amnya, Kepada Mu Kekasih berbicara tentang Seorang manusia yang benar-benar menyerahkan segala jiwa dan raganya kepada Kekudusan Yang Esa.Tunduk mengakui dan membenarkan Kekuasaan Yang Esa.

Lelaki atau manusia ini berbicara, bermonolog dengan dirinya sendiri apakah dia akan mendapat kemanisan dari segala perbuatannya semasa hidup atau sebaliknya.Dan ketakutan itu menjadi nyata, bila mana befikir tentang saat kematian yang menjengah tanpa sebarang amaran dan tanda.

Salah satu lagu kegemaran aku dari segi liriknya yang puitis dan memberi makna yang mendalam tentang kehidupan.Hubungan manusia dan Yang Esa.

Iklan PETRONAS(RAYA) November 3, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
12 comments

Pada kali ini, aku nak berbicara pasal iklan Tv komersial PETRONAS.Saban tahun, PETRONAS sering melakukan variasi dalam setiap iklan komersial mereka,khususnya menjelang musim perayaan dan sambutan kemerdekaan negara.Tahun ini, iklan Raya PETRONAS berkisar kepada hubungan kekeluargaan antara Ayah dan anak.Iklan yang durasinya sekitar 10-15 minit ini benar-benar memberi impak yang mendalam terhadap sanubari.(Bagi mereka yang benar-benar menghayati mesej yang cuba disampaikan) Iklan ini adalah hasil garapan Yamin Ahmad yang sinonim dengan setiap iklan PETRONAS.Sepanjang aku tengok iklan PETRONAS, tahun ni la aku rasa sebak.Aku terbayangkan kalau aku jadi watak Ayah tu.Aku terbayangkan aku cuma ada seorang je anak(Anak perempuan) yang dah kahwin.Masa tu pulak aku dah kematian isteri.Tinggal la keseorangan.Tambah memburukkan keadaan,aku nyanyuk. Kencing, berak pun dah tak terurus.Selalu sakit-sakit.Lepas tu, di jaga dek anak perempuan yang seorang ni.Masalah timbul bila Suami dia tak suka kehadiran aku.Macam mana reaksi kita??Ada saja benda yang tak kena pada hati menantu.Apa kita nak buat kalau situasi macam tu??Bila masa waktu makan, aku dikuarantinkan.Walaupun, aku nyanyuk di  masa itu,Perasaan marah tetap ada.Aku terfikir bagaimana pula perasaan anak perempuan aku?Dia pastinya berada dalam dilema.Antara kewajipannya sebagai seorang anak dan sebagai seorang isteri.Semuanya bercantum membentuk Figura-figura sebuah cerita keluarga.Realiti sebuah keluarga hari ini.Apa yang pasti, iklan ini memberi kita beberapa iktibar dan pengajaran dalam melayari hidup ini.

  1. Sayangi dan prihatin terhadap golongan orang tua terutama ibu-bapa kita.Mereka lebih memerlukan perhatian yang khusus dalam meniti usia lanjut.
  2. Pendidikan/Role Model-Ibu bapa seharusnya menjadi role model yang baik kepada anak-anak mereka.Segala perbuatan, tabiat mereka menjadi ikutan anak-anak.Ibu bapa harus memberi pendidikan terbaik dan seterusnya menjadi contoh terbaik kepada anak-anak.
  3. Kemaafan adalah dendam yang terindah.

Lagu yang dijadikan tema bagi iklan tersebut dinyanyikan oleh Ebiet G.Ade.Lagu yang bertajuk “Aku ingin pulang”.Selami dan hayati bait-bait lirik lagu ini.

Aku ingin pulang

Kemanapun aku pergi
Bayang bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
Selalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du du du

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

ku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku harus pulang