jump to navigation

Hikayat Raja Monyet Jun 3, 2008

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
Tags:
7 comments

Raja monyet memulakan mesyuaratnya pada pagi yang dingin.Mesyuarat yang entah berapa kali itu, dihadiri oleh beberapa ekor monyet dari berbagai spesis.Pagi yang masih hening itu pecah dengan jerit dan laungan monyet-monyet tersebut.Mengiakan segala keputusan yang akan dan bakal dilakukan oleh Raja Monyet.Tanpa bangkangan,monyet-monyet tersebut mengangguk-anggukan kepala tanda setuju.Tiada sebarang suara atau jerkah membantah keputusan.Mungkin kerana takut atau bimbang Raja monyet akan mengamuk,mereka mendiamkan diri.Bagi monyet-monyet ini,diam lebih baik daripada berbalah.Padah bagi mereka yang cuba bersuara atau menunjuk pandai.Bahkan,ada diantara monyet-monyet tersebut merelakan diri mereka menjadi “penjilat dan pencacai kepada Raja Monyet.Monyet-monyet ini mendapat kepercayaan dan penghormatan yang tinggi dikalangan monyet-monyet lain daripada Raja Monyet.Kekuasaan Raja Monyet amat jelas.Tiada sesiapa pun berani mengingkari suruhannya.Apa sahaja permintaannya dilayani dan dituruti.Ini kisah Raja Monyet.Kisah mitos yang sering diceritakan oleh ibu.Saya Zarago,Monyet putih akan bercerita.Cerita mitos Raja Monyet.Cerita perihal pencacai di sekelilingnya dan paling utama; Negara yang menjadi pusat pemerintahan Raja monyet dan kediaman bagi semua monyet-monyet iaitu Negara Sekangkang Kera (NSK).Apa pun, selamat datang saya ucapkan.Zarago akan meneruskan penceritaan pada bahagian akan datang.Kisah lagenda Raja Monyet ibarat panglipurlara.Kisahnya panjang tiada pengakhiran.Jadi afdal kiranya saya mulakan kisahnya kemudian.

Advertisements