jump to navigation

Travel Louge Seorang Pencinta November 11, 2010

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
add a comment

I

 

Kad jemputan perkahwinan itu dibelek-belek isinya. Entah berapa kali K’ membelek-beleknya. Sesekali angin dari banjaran Titiwangsa menjengah ruang tamu rumah. Langsir tingkap dan kad jemputan perkahwinan yang berada di tangan kelihatan menggigil-gigil. K’ tersenyum sendirian. Melihat nama yang tertulis di kad perkahwinan tersebut.N’bekas kekasih lama yang tidak ditemuinya  hampir 3 tahun akan melangsungkan pernikahannya awal 2011. K’melihat kad tersebut dengan pandangan berkaca.

 

“Kad jemputan tu, abah jumpa dalam peti surat.” Abah bersuara tiba-tiba. K’ berpaling ke arah abah. Dia tersengih. Tunduk malu. Mungkinkah abah melihat segala tingkahnya dari awal desis hatinya.

“Banyak lagi perempuan lain kat luar tuu.. Bukan dia sorang je. Ujar abah. Aku terpukul dengan kata-katanya. Mungkin benar kata abah. Mengikut nisbah dan populasinya bilangan perempuan jauh mengatasi lelaki. Itu fakta dan hakikat yang perlu diterima oleh semua orang.

“Tak ada apa-apa abah. Along ok je. Cuma terkejut. Ingatkan N’ dah lama kahwin. Itu je la. K’ cuba menyembunyikan perasaanya yang terusik. Lantas K’ menuju ke biliknya. Bersiap untuk mandi. Ketika bersiap itulah dia terpandang sebuah kotak berbentuk hati berwarna biru. Terletak di penjuru almari bajunya. K’ mengambilnya dan segera membongkar isi kotak tersebut. K’ menjumpai sekeping gambar N’ yang masih disimpan sehingga hari ini.

 

“N..Posing baik-baik. Saya nak ambil gambar awak ni. Getus K’ sambil tersenyum. Cuaca agak mendung hari itu.kebetulan tidak ramai orang di stesen bas Gopeng.

“N tersipu-sipu malu.

Ee…Tak payah la mengada-ngada nak ambil gambar kita. Kita tak suka bergambar la awak…rengek N’.

“Alahai..sekeping je kot. Tak kan tak boleh?” K’ merungut. Menjuihkan bibirnya. N’ tersenyum melihat keletah K’. akhirnya dia mengalah.

“Haa..Cepatlah snap. Nanti ada yang kempunan balik nanti. Sindir N’.

Ketukan di pintu segera menyedarkan K’ dari lamunan.

“Hoi!! Mandi la cepat. Bila nak sampai Kamparnya?”. Mak mulai membebel. K” segera ke bilik air. Memutarkan kepala paip. Bernyanyi dan bersiulan.

 

II

Jam menunjukkan 9 pagi. Abah bergegas menghidupkan enjin kereta. Setelah beberapa minit, kereta milik abah meninggalkan Tanjung Malim menuju ke Kampar. K’ duduk besandar di sebelah abahnya. Emak pula duduk di belakang. K’ harus ke Kampar. Hari ini adalah hari bahagia buat teman karibnya semasa menuntut di Universiti,Zam. Sudah hampir 5 tahun tak bertemu. Hanya sesekali berbual di telefon bimbit masing-masing. K’ Cuma duduk bersandar. Melayan kenangannya bersama N’. sesekali abah menjeling ke arah K’.

“Awak…Sibuk ke? Soal N’ pada suatu petang puasa. Panggilan telefon N’ mengejutkan K’ yang sedang bersiap untuk Bazar Ramadhan berhampiran pejabatnya.

“Tak..Kenapa Sayang? Saya nak ke Bazar Ramadhan kejap. Ada apa?” Soal K’

“Ada benda nak cakap dengan awak”. Balas N’

“Emm..Cakap la. K’ mulai menangkap sesuatu yang tidak baik.

“Sebenarnya…Sessebenarnya….N’ kedengaran gugup di hujung talian. K’ mulai berdebar dan terasa sesuatu yang kurang enak.

“Awak ni kenapa?Cakap je la.” K’ mulai hilang sabar.

“Sebenarnya…Saya nak minta putus dengan awak. Saya rasa kita dah tak serasi. Semakin lama,semakin hilang rasa sayang saya pada awak.” N’ mulai berterus terang.

K’ terpaku di hujung talian. Tubuhnya menggeletar. Dia tidak menyangka  itu ‘perkara’ yang ingin dibincangkan pada petang Ramadhan itu. Perbualan petang itu berakhir dengan perbalahan besar. Seboleh-bolehnya K’ tidak ingin untuk mengingati hal tersebut. Cuma K’ hanya ingat kata-kata terakhirnya untuk N’

“Adakah kejujuran dan keikhlasan gagal untuk tambat hati awak? Kalau begitu, saya sentiasa akan kalah dan tetap kalah sampai bila-bila.” Dan talian di matikan. Berhari-hari lamanya K’ duduk termenung. Berfikir kisah cinta laranya. Bertahun menyulam kasih. Semuanya musnah dek hujan sehari. Berbulan lamanya K’ menjadi separuh gila.

PONN!!! Tiba-tiba abah membunyikan hon. Sebuah kereta MYVI berwarna putih keluar meluru di persimpangan isyarat di pekan Tapah.

“Nak mampus agaknya budak-budak sekarang ni!” seranah abah. K’ yang mati lamunannya pucat lesi dengan kejadian yang tidak di sangkakan itu. Abah mempercepatkan pemanduannya. Akhirnya kereta abah berjaya memintas kereta MYVI putih tersebut. Terlihat 2 orang wanita bertudung litup berada di dalam kereta.

“Padan la..Perempuan bawak kereta. Kelam kabut semacam je”. Ngomel abah. Agaknya masih marah dengan kejadian tadi.

MYVI Putih?? Perempuan?? Hmm…

 

III

K’ melihat jam di skrin komputernya. Jam 10.50 malam. Hujan semakin renyai. Dia melihat di jendela pejabatnya. Mungkin temujanjinya akan di batalkan kerana hujan. K’ meneruskan kerja yang tertangguh. 10 minit kemudian,telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello..Assalamualaikum K’. Ni Y’. Saya tunggu K’ dekat kedai hujung pejabat awak. Y’ mengakhiri percakapannya di hujung talian.

“Waalaikumsalam.Insyaallah, saya datang”. Balas K. K’ meletakkan telefon bimbitnya di mejanya. Dia bersiap. Segera memajukan langkahnya menuju ke kedai makan yang terletak di hujung pejabat. Sambil berjalan K’ berdoa agar dia tidak gugup berdepan dengan Y’. Y’,diperkenalkan oleh teman sepejabat K’ tatkala dia hilang arah dengan N’. sesampai di kedai tersebut, K’ melihat ramai orang. Dia tercari-cari Y’. K’ tidak pernah bertemu Y’ sebelum ini. Mereka hanya berhubung melalui internet dan telefon. K’ segara menghubungi telefon Y’. malangnya talian dimatikan. K’ hanya memerhati dari jauh. Kalau-kalau Y’ mengenalinya.

Assalamualaikum..Sapa seorang wanita.

Waalaikumsalam… Balas K’.

“K’?? soal wanita tersebut.

“Ya,Saya K’”. wanita tersebut tersenyum.

“Saya Y’.” balasnya. K’ hanya menganggukkan kepala. Sejak dari itu, K’ mula berkawan dengan Y’. apa yang paling diingati K’ adalah renungan Y’ setiap kali mereka keluar. Itu akan diingati sampai bila-bila. Hubungan itu berjalan dengan baik sekali. Sehinggalah suatu hari, K’ mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan antara mereka. K’ berpendapat antara mereka tiada keserasian. Mungkin itu jalan terbaik buat hubungan tersebut. K’ memang sayangkan hubungannya dengan Y’. namun, dia beranggapan hubungan mereka sesuai untuk menjadi kawan. K’ tahu Y’ terluka dengan sikapnya. Tapi jauh di sudut hati K’ berharap Y’ akan berjumpa dengan lelaki yang dapat memahami dirinya.

Berita terakhir yang diterima menyatakan bahwa Y’ sedang bersiap-sedia untuk bertunang. K’ merasakan itulah berita paling gembira yang didengarinya. Semoga Y’ dapat melunaskan cita-citanya untuk ke seberang laut. Cuma sesekali K’ akan bersembang dengan Y’ di Internet.

Bersambung….