jump to navigation

Presentation Day Disember 18, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
11 comments

Hari ini, aku akan buat presentation paperwork Resource centre di depan Creative Director, Zainal Rashid Ahmad (Abg Zainal) bersama-sama Director of Financial dan C.E.O.Paperwork yang berusia 3 minggu ini harus mendapat kebenaran dan perhatian dari Mereka-mereka ini.Aku mengharapkan agar satu resource centre akan dibuka dan menjadi mercu tanda pembangunan intelektual Firdaus Maju Sdn Bhd.Paling penting aku dapat merealisasikan harapan Abg Zainal agar resource centre ini bakal menjadi pusat rujukan maklumat kepada rancangan berbentuk ‘Report Investigation’ pada masa depan.

Ketika aku menaip artikel ini, presentation belum bermula.Dijangka aku akan mengadap ketiga-tiga mereka jam 12 tengah hari nanti.Ketika ini aku sibuk dengan research berkaitan dengan Program Ziarah yang akan membuat penampilan pada Bulan Ramadhan tahun hadapan.Kali ini, Ziarah bersama krew-krew akan menjelajah bumi Timur tengah dan Eropah.Antara negara yang akan di lawati adalah Iraq, Iran, Syria, Chechnya Deghiestan,Tartarstan dan Turki.Konsep rancangan Ziarah kali ini adalah lebih kepada cara hidup masyarakat Islam tradisi dan sejarah bangsa di sesuatu kawasan dan negara.Cukup setakat ini dahulu coretan buat kali ini.Semoga berjumpa lagi.  

Hadapi dengan Senyuman Disember 12, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
2 comments

Hadapi Dengan Senyuman Lyrics

Artist:DEWA

Hadapi dengan senyuman
Semua yang terjadi
Biar terjadi….
Hadapi dengan tenang jiwa
Semua… kan baik baik saja

Bila ketetapan tuhan
Sudah ditetapkan
Tetaplah sudah….
Tak ada yang bisa merubah
Dan takkan bisa berubah

Relakanlah saja ini
Bahwa semua yang terbaik
Terbaik untuk kita semua
Menyerahlah untuk menang

Lagu ini adalah lagu yang sering jadi inspirasi aku tika tension.Harap ia memberi inspirasi pada kalian.

1ST day di Firdaus Maju Production Disember 1, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
9 comments

1 Disember 2006.Aku memulakan hari baru aku di tempat kerja baru.Firdaus Maju Production majikan baru aku.Bangun pagi aku terasa aku masih lagi bekerja di Perdana Leadership foundation.Tapi segera aku tepiskan ingatan itu.Aku secara rasminya menjadi Firdaus Maju Production Staff.Anyway, hari pertama bukanlah suatu pengalaman yang menarik.Simboliknya, kita akan di briefing tentang kerja atau tugasan kita.Kemudian hari pun berakhir dengan kekosongan.

Setelah briefing oleh Head of researcher & Library, aku mengerti serba sedikit tentang tugas aku.Pertamanya, aku dikehendaki untuk membantu dalam tugas-tugas penyelidikan bahan-bahan untuk sesuatu rancangan yang ingin diterbitkan.Setelah itu, aku di beri penerangan bahawa kesemua hasil kajian tadi akan di simpan dan di rekodkan untuk tujuan rujukan bagi individu-individu yang berminat.Tugas aku yang utama bermula di sini.Aku dikehendaki untuk mereka sistem rekod untuk penyimpanan.

Lebih besar dari itu, aku diberi penerangan bahawa FMP merancang untuk membuat Research centre untuk tujuan penyebaran maklumat.Oleh hal yang demikian, aku di minta membuat kertas cadangan bagi pembinaan Research Centre tersebut.(Pening sudah bermula) .Oleh hal yang demikian, aku nak minta pertolongan teman-teman semua dalam mereka kertas kerja ini.Tolonglah aku yang kekurangan pengalaman ini.Andai Research centre ini menjadi kenyataan, pihak pengurusan berjanji untuk menambah tenaga kerja untuk Research centre.Aku bakal menjadi Pioneer tuk Reserach centre ini.Satu tanggungjawab yang berat untuk digalas.Harapan aku agar teman-teman di PLF dapat memberi sokongan dan panduan kepada aku.Tolonglah aku agar aku dapat menolong diri teman-teman sekalian.

Salam kerinduan tuk Teman-teman.