jump to navigation

ALEXANDER vs Iskandar Zulkarnain Julai 27, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI, Uncategorized.
46 comments

 Alexander The Great mengingatkan aku kepada filem Alexander yang diarahkan oleh Oliver Stones.Seorang pengarah yang Kontroversi.Ditangan Oliver, Alexander digambarkan seorang Biseksual,gila kuasa, penyembah Dewa-dewi, dan lemah pendirian.Segala tindak-tanduknya dibawah kawalan ibunya,Olivia.Alexander mengikut acuan barat adalah seperti berikut:

Alexander adalah anak kepada Raja Philips II yang memerintah Macedonia. Setelah bapanya terbunuh Alexander menjadi raja.Seterusnya memulakan penaklukan dengan memusnahkan Empayar Parsi di bawah pemerintahan Darius I.Penaklukan diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Tengah, dan Asia Selatan.Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola.Kemuncaknya, Alexander di bunuh dengan racun oleh Pengikut-pengikutnya.Hayatnya terhenti pada usia 33 tahun.Ironiknya, Alexander diabadikan dalam Sejarah dunia sebagai Penakluk Agung.Sejarahwan Barat menerima bulat-bulat lagenda ini sebagai sejarah.

Alexander the Great bukanlah ciri-ciri raja yang disebut dalam Al-Quran.Sebaliknya Iskandar Zulkarnain adalah Raja yang soleh, menyembah Tuhan yang Esa.Namun, Al-Quran tidak menceritakan siapakah Manusia istimewa ini secara menyeluruh.Menurut Sejarahwan Islam,Iskandar Zulkarnain adalah sekadar nama.’Zulkarnain dalam bahasa Arab bermaksud 2 tanduk.2 tanduk ini adalah simbolik kepada raja yang berjaya menyatukan Timur dan Barat.Adalah dipercayai,Khurosh Komeni, raja Parsi adalah Manusia yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan oleh Al-Quran.Khurosh adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.Dan Khurosh berjaya menyatukan kedua kerajaan ini menjadi satu empayar yang luas.Khurosh juga dikatakan penyembah Zoster, iaitu menyembah agama yang satu.Khurosh juga dikatakan memulakan penaklukkan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasannya.Ketika ini beliau telah bertemu dengan golongan barbar yang di ancam dengan Yakjuj dan Makjud.Ketika ini, Khurosh mengarah satu tembok dibina bagi menghalang kemaraan makhluk ini.Khurosh juga dikatakan berkawan rapat dengan Nabi Daniyel yang juga dipercayai sebagai penasihat beliau.Dan apaling utama Khurosh telah membuat dekri berkaitan Hak asasi manusia yang mana Khurosh menamatkan konsep perhambaan.Dekri ini boleh ditemui di British Muzium.

Sesungguhnya perdebatan siapakah Iskandar Zulkarnain tidak ada penghujung.Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya.Siapapun Beliau, Allah telah memberi kuasa dan pemerintahan yang luas.Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. 

Keamanan atau Kedungungan?? Julai 25, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI, Uncategorized.
add a comment

Genap 2 minggu, Rejim Zionis mengepung dan melakukan keganasan atas nama keadilan.Rakyat Lubnan menjadi mangsa keganasan Israel dan sekutunya, Amerika Syarikat.Beratus-ratus rakyat Lubnan mati setiap hari di tangan askar-askar Zionis.Dan kita hanya mampu memandang dari jauh sambil melemparkan rasa simpati.Negara-negara Islam yang lain hanya mampu memerhatikan kezaliman dan kekejaman Israel.Apakah hanya itu yang mampu dilakukan oleh negara-negara Islam??Di Malaysia, kita dengan lantang mengutuk,menghina dan mencaci perbuatan Israel.Melaksanakan demontrasi di jalanan untuk menunjukkan rasa ketidakpuasan hati.Apakah segala ini memadai??Kutuklah,Cacilah.Buatlah apa sahaja.Realitinya tidak pernah berubah.Mayarakat Islam semakin ditekan dan dihimpit.Di mana-mana sahaja Umat Islam ditindas dan dihina.Hanya satu perkara yang mampu kita lakukan;iaitu berdoa.Berdoa adalah senjata yang paling ampuh.Memohon Keredaan Allah S.W.T. untuk kesejahteraan Umat Islam seluruhnya.Dan Berharap agar suatu hari nanti, akan hadir penyelamat yang akan menghancurkan segala-galanya. Membenarkan agama Islam dari segenap segi.Insyaallah..Di suatu masa, Islam akan mencapai kegemilangannya.

Sesuatu yang Bermakna Julai 24, 2006

Posted by kamarul in Uncategorized.
add a comment

Waktu terus menghambat.Terasa detak-detak waktu kian pantas.Sedar atau tidak, aku sudah pun 7 bulan di PLF.7 bulan adalah seperti angin yang menderu.seketika datang,dan seketika juga pergi.Banyak perkara yang aku pelajari tentang sikap-sikap manusia ini.Masing-masing berbeza dari pelbagai segi.Cuma apa yang aku dapat simpulkan di tengah-tengah perbezaan yang ketara, kita jumpa titik pertemuannya.Kita dijadikan oleh Allah S.W.T. dan kita sama disisiNYA.Kita dilahirkan untuk menjadi Khalifah di dunia ini.Saling-kenal-mengenali antara satu sama lain dan berusaha memakmurkan dunia yang luas ini.Dan hidup ini saling bergantungan.kita tak kan bisa lari darinya.Umpama Air Sungai dan lautan yang tidak pernah bertemu kedua-duanya.Tetapi kita silap..Kedua-duanya bertemu di Muara. begitulah manusia dan kehidupan.Berbagai warna dan cara, tetapi bertemu atas dasar cinta sesama Insan..