jump to navigation

U NEEDED ME Ogos 24, 2006

Posted by kamarul in Song Review, Uncategorized.
6 comments

U NEEDED ME

I cried a tear
You wiped it dry
I was confused
You cleared my mind
I sold my soul
You bought it back for me
And held the earth
You gave me dignity
Somehow you needed me
You gave me strength
To stand alone again
To face the world
Out on my own again
You put me high
Upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me
You needed me

I can’t believe it’s you
I can’t believe it’s you
I needed you
And you were there
And I’ll never leave, why should I leave?
I needed you
I finally found someone who really cares

You held my hand
It was cold
And I was lost
You took me home
You gave me love
That I was at the end
I turned my life
Back into truth again You even called me ‘friend’

You gave me strength
To stand alone again
To face the world
Out on my own again
You put me high
Upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me
You needed me

You needed me
You needed me
Oh, yes, you needed me
You needed me

Lagu ini adalah nyanyian Anne Murray.Tetapi telah dirakam kembali oleh Boyzone pada tahun 1998, dengan rentak dan stail mereka.Lagu ini berkisar kepada ikatan persahabatan yang sangat akrab dalam kehidupan manusia.Tidak kira perempuan atau lelaki persahabatan adalah kunci kejayaan dalam menempuh kehidupan.Begitu juga persahabatan antara lelaki dan perempuan.Persahabatan abadi boleh berlaku andainya kita mengetahui hak-hak dan batas-batas dalam bersahabat.Seperti yang tercatat dalam lagu ini, setiap manusia adalah bergantungan antara satu sama lain.Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian.Kita perlukan teman.Teman untuk berbicara,teman untuk mendengar rintihan hati dan paling utama sentiasa ada bersama tika susah dan senang.Teman sebegini yang paling sukar di cari.Teman yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat tika di pagut kekecewaan.Biarpun, tidak menjadi kekasih (bagi yang bersahabat dgn wanita),tidak bermakna hubungan berakhir.Berilah ruang untuk menjadi sahabat atau teman yang sejati.Teman sejati adalah anugerah yang paling terindah dalam kehidupan ini.

Something about Marry Ogos 23, 2006

Posted by kamarul in Filem, Uncategorized.
3 comments

33m1.jpg 

Filem :Something About Marry

Pelakon : Cameron Diaz (Marry),Ben Stiller (Ted Shoermann), Matt Dillon (Pat Heally)

Durasi :1 Jam 30 Minit.

Genre : Komedi Romantik

Sinopsis : Ted mengimbas kembali zaman persekolahannya 12 tahun yang lampau, di mana dia mengenali cinta pandang pertama dengan seorang gadis yang bernama Marry.Marry, gadis idaman pelajar-pelajar di Sekolah Tinggi Rhodes Island kerana kecantikan, kepintarannya.Ibarat Mutiara, Marry di anggap sempurna bagi kebanyakkan lelaki di sekolahnya.Tambahan pula Majlis prom bagi pelajar-pelajar tahun akhir bakal menjelang tiba.Ted berharap agar Marry dapat menjadi temannya di majlis itu nanti.Nasibnya baik,Marry mempelawa Ted sebagai pasangannya di majlis Prom.Namun,langit tak selalunya cerah.Ted terpaksa bermalam di wad akibat suatu insiden dan sekaligus melupakkan impiannya menemani Marry ke majlis Prom.Paling meremukkan hati Ted, Marry sekeluarga berpindah ke Miami.Selepas 12 tahun,Ted percaya cinta sejatinya adalah Marry.Persoalannya,adakah Marry punyai rasa cinta yang sama kepada Ted??Atau apakah waktu menjadi penghadang di antara mereka berdua??Dengan bantuan Pat Heally, seorang penyiasat Persendirian,Ted menjejaki Marry di Miami.Konflik timbul apabila Pat juga jatuh cinta dengan Marry.Pelbagai aksi lucu di persembahkan dalam filem ini yang pasti menggeletek hati.Hasil kerja Farells adik-beradik  yang terkenal menerusi filem ‘Dumb and Dumber’ yang pasti akan membuatkan kita tidak kering gusi.

Arjuna Menulis….. Ogos 15, 2006

Posted by kamarul in Uncategorized.
1 comment so far

kamarul.JPGGUBRA YANG KHAYAL

     Festival Filem Malaysia telah pun berakhir dengan gilang-gemilangnya.Tahun ini, Yasmin Ahmad berjaya mengulangi pencapaian tahun lalu apabila hasil tangannya Gubra berjaya meraih 3 anugerah utama.Filem terbaik,Skrip terbaik dan juga Pelakon wanita Terbaik melalui Sharifah Amani.Namun,kemenangan ini memberi impak kepada industri filem dan masyarakat Malaysia sendiri.

 Dari segi karya, Yasmin ternyata unggul kerana

setiap filemnya adalah berkisar kepada masyarakat setempat.Karyanya dekat kepada masyarakat.Realismenya berjaya menambah warna dalam filemnya.Secara tidak langsung ia membawa dimensi baru kepada wajah Filem Malaysia.Jika dahulu, filem-filem Malaysia sekadar bahan jenaka kepada negara luar,kini dengan lahirnya pengarah-pengarah seperti Yasmin, tidak mustahil filem-filem Malaysia akan kembali dihormati.Kehebatan Yasmin adalah suatu tamparan buat pengarah-pengarah lain untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada industri filem tanahair.

Dari suatu aspek,Karya-karya Yasmin sebenarnya menjurus kepada integrasi kaum.Seperti lewat karyanya Sepet.Percintaan gadis Melayu dan jejaka Cina.Suatu impian yang murni tapi tidak kesampaian.Begitu juga Gubra yang menyaksikan tekanan perasaan seorang isteri yang masih trauma akibat perpisahan dengan bekas kekasihnya,seorang lelaki Cina.Itu cuma sebahagian dari konflik yang ada dalam karya Yasmin.Melihat dari segi pemikiran Yasmin dalam setiap karyanya,kita akan temui bahawa Yasmin adalah seorang yang menekankan Libralisme dalam Islam.Setiap yang haram ‘dihalalkan.Contohnya,persoalan cinta dalam ‘Sepet’.Seorang anak gadis Melayu yang bercinta dengan seorang lelaki Cina.Di mana cinta mereka berdua mendapat sokongan Ibu Orkid.Satu persoalan yang nyata,adakah ini sebenarnya sikap ibu-bapa pada hari ini?Membiarkan anak-anak mereka bebas berpeleseran dengan sesiapa sahaja dengan alasan untuk bergaul mesra.Sikap yang akhirnya memakan diri sendiri.Yasmin ternyata mentafsir islam mengikut kepentingannya sendiri.Contoh yang boleh di lihat adalah dalam filem Gubra,di mana babak ketika Imam Chin memegang anjing.Walau apa pun alasan, babak itu telah mencemarkan kesucian agama Islam.Mungkin dari satu sudut,Yasmin ingin menunjukkan bahawa Islam itu toleransi dan punyai keindahan,tetapi tidak perlulah babak tersebut,kerana sebagai Pengarah,Yasmin boleh membina babak lain untuk menunjukkan keindahan Islam.Begitu juga Yasmin menggunakan bait-bait Puisi Jalaluddin Ar-Rumi yang di patah-patahkan penggunaannya semata-mata untuk disesuaikan dengan filem Gubra, ia nyata satu perbuatan yang tidak boleh di maafkan.Sesungguhnya Gubra adalah suatu filem picisan yang cuba mempelopori konsep Islam Liberal yang berbahaya kepada masyarakat.