jump to navigation

Travel Louge Seorang Pencinta November 11, 2010

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
add a comment

I

 

Kad jemputan perkahwinan itu dibelek-belek isinya. Entah berapa kali K’ membelek-beleknya. Sesekali angin dari banjaran Titiwangsa menjengah ruang tamu rumah. Langsir tingkap dan kad jemputan perkahwinan yang berada di tangan kelihatan menggigil-gigil. K’ tersenyum sendirian. Melihat nama yang tertulis di kad perkahwinan tersebut.N’bekas kekasih lama yang tidak ditemuinya  hampir 3 tahun akan melangsungkan pernikahannya awal 2011. K’melihat kad tersebut dengan pandangan berkaca.

 

“Kad jemputan tu, abah jumpa dalam peti surat.” Abah bersuara tiba-tiba. K’ berpaling ke arah abah. Dia tersengih. Tunduk malu. Mungkinkah abah melihat segala tingkahnya dari awal desis hatinya.

“Banyak lagi perempuan lain kat luar tuu.. Bukan dia sorang je. Ujar abah. Aku terpukul dengan kata-katanya. Mungkin benar kata abah. Mengikut nisbah dan populasinya bilangan perempuan jauh mengatasi lelaki. Itu fakta dan hakikat yang perlu diterima oleh semua orang.

“Tak ada apa-apa abah. Along ok je. Cuma terkejut. Ingatkan N’ dah lama kahwin. Itu je la. K’ cuba menyembunyikan perasaanya yang terusik. Lantas K’ menuju ke biliknya. Bersiap untuk mandi. Ketika bersiap itulah dia terpandang sebuah kotak berbentuk hati berwarna biru. Terletak di penjuru almari bajunya. K’ mengambilnya dan segera membongkar isi kotak tersebut. K’ menjumpai sekeping gambar N’ yang masih disimpan sehingga hari ini.

 

“N..Posing baik-baik. Saya nak ambil gambar awak ni. Getus K’ sambil tersenyum. Cuaca agak mendung hari itu.kebetulan tidak ramai orang di stesen bas Gopeng.

“N tersipu-sipu malu.

Ee…Tak payah la mengada-ngada nak ambil gambar kita. Kita tak suka bergambar la awak…rengek N’.

“Alahai..sekeping je kot. Tak kan tak boleh?” K’ merungut. Menjuihkan bibirnya. N’ tersenyum melihat keletah K’. akhirnya dia mengalah.

“Haa..Cepatlah snap. Nanti ada yang kempunan balik nanti. Sindir N’.

Ketukan di pintu segera menyedarkan K’ dari lamunan.

“Hoi!! Mandi la cepat. Bila nak sampai Kamparnya?”. Mak mulai membebel. K” segera ke bilik air. Memutarkan kepala paip. Bernyanyi dan bersiulan.

 

II

Jam menunjukkan 9 pagi. Abah bergegas menghidupkan enjin kereta. Setelah beberapa minit, kereta milik abah meninggalkan Tanjung Malim menuju ke Kampar. K’ duduk besandar di sebelah abahnya. Emak pula duduk di belakang. K’ harus ke Kampar. Hari ini adalah hari bahagia buat teman karibnya semasa menuntut di Universiti,Zam. Sudah hampir 5 tahun tak bertemu. Hanya sesekali berbual di telefon bimbit masing-masing. K’ Cuma duduk bersandar. Melayan kenangannya bersama N’. sesekali abah menjeling ke arah K’.

“Awak…Sibuk ke? Soal N’ pada suatu petang puasa. Panggilan telefon N’ mengejutkan K’ yang sedang bersiap untuk Bazar Ramadhan berhampiran pejabatnya.

“Tak..Kenapa Sayang? Saya nak ke Bazar Ramadhan kejap. Ada apa?” Soal K’

“Ada benda nak cakap dengan awak”. Balas N’

“Emm..Cakap la. K’ mulai menangkap sesuatu yang tidak baik.

“Sebenarnya…Sessebenarnya….N’ kedengaran gugup di hujung talian. K’ mulai berdebar dan terasa sesuatu yang kurang enak.

“Awak ni kenapa?Cakap je la.” K’ mulai hilang sabar.

“Sebenarnya…Saya nak minta putus dengan awak. Saya rasa kita dah tak serasi. Semakin lama,semakin hilang rasa sayang saya pada awak.” N’ mulai berterus terang.

K’ terpaku di hujung talian. Tubuhnya menggeletar. Dia tidak menyangka  itu ‘perkara’ yang ingin dibincangkan pada petang Ramadhan itu. Perbualan petang itu berakhir dengan perbalahan besar. Seboleh-bolehnya K’ tidak ingin untuk mengingati hal tersebut. Cuma K’ hanya ingat kata-kata terakhirnya untuk N’

“Adakah kejujuran dan keikhlasan gagal untuk tambat hati awak? Kalau begitu, saya sentiasa akan kalah dan tetap kalah sampai bila-bila.” Dan talian di matikan. Berhari-hari lamanya K’ duduk termenung. Berfikir kisah cinta laranya. Bertahun menyulam kasih. Semuanya musnah dek hujan sehari. Berbulan lamanya K’ menjadi separuh gila.

PONN!!! Tiba-tiba abah membunyikan hon. Sebuah kereta MYVI berwarna putih keluar meluru di persimpangan isyarat di pekan Tapah.

“Nak mampus agaknya budak-budak sekarang ni!” seranah abah. K’ yang mati lamunannya pucat lesi dengan kejadian yang tidak di sangkakan itu. Abah mempercepatkan pemanduannya. Akhirnya kereta abah berjaya memintas kereta MYVI putih tersebut. Terlihat 2 orang wanita bertudung litup berada di dalam kereta.

“Padan la..Perempuan bawak kereta. Kelam kabut semacam je”. Ngomel abah. Agaknya masih marah dengan kejadian tadi.

MYVI Putih?? Perempuan?? Hmm…

 

III

K’ melihat jam di skrin komputernya. Jam 10.50 malam. Hujan semakin renyai. Dia melihat di jendela pejabatnya. Mungkin temujanjinya akan di batalkan kerana hujan. K’ meneruskan kerja yang tertangguh. 10 minit kemudian,telefon bimbitnya berbunyi.

“Hello..Assalamualaikum K’. Ni Y’. Saya tunggu K’ dekat kedai hujung pejabat awak. Y’ mengakhiri percakapannya di hujung talian.

“Waalaikumsalam.Insyaallah, saya datang”. Balas K. K’ meletakkan telefon bimbitnya di mejanya. Dia bersiap. Segera memajukan langkahnya menuju ke kedai makan yang terletak di hujung pejabat. Sambil berjalan K’ berdoa agar dia tidak gugup berdepan dengan Y’. Y’,diperkenalkan oleh teman sepejabat K’ tatkala dia hilang arah dengan N’. sesampai di kedai tersebut, K’ melihat ramai orang. Dia tercari-cari Y’. K’ tidak pernah bertemu Y’ sebelum ini. Mereka hanya berhubung melalui internet dan telefon. K’ segara menghubungi telefon Y’. malangnya talian dimatikan. K’ hanya memerhati dari jauh. Kalau-kalau Y’ mengenalinya.

Assalamualaikum..Sapa seorang wanita.

Waalaikumsalam… Balas K’.

“K’?? soal wanita tersebut.

“Ya,Saya K’”. wanita tersebut tersenyum.

“Saya Y’.” balasnya. K’ hanya menganggukkan kepala. Sejak dari itu, K’ mula berkawan dengan Y’. apa yang paling diingati K’ adalah renungan Y’ setiap kali mereka keluar. Itu akan diingati sampai bila-bila. Hubungan itu berjalan dengan baik sekali. Sehinggalah suatu hari, K’ mengambil keputusan untuk tidak meneruskan perhubungan antara mereka. K’ berpendapat antara mereka tiada keserasian. Mungkin itu jalan terbaik buat hubungan tersebut. K’ memang sayangkan hubungannya dengan Y’. namun, dia beranggapan hubungan mereka sesuai untuk menjadi kawan. K’ tahu Y’ terluka dengan sikapnya. Tapi jauh di sudut hati K’ berharap Y’ akan berjumpa dengan lelaki yang dapat memahami dirinya.

Berita terakhir yang diterima menyatakan bahwa Y’ sedang bersiap-sedia untuk bertunang. K’ merasakan itulah berita paling gembira yang didengarinya. Semoga Y’ dapat melunaskan cita-citanya untuk ke seberang laut. Cuma sesekali K’ akan bersembang dengan Y’ di Internet.

Bersambung….

 

Perjalanan Hati November 21, 2009

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
2 comments

“Sayang atau cinta tak perlu diucapkan. Bila tiba masanya…bila takdir menulis untuk dua hati bersatu.kedua-dua rasa ini akan bersatu”,getusnya. Lirikan matanya di halakan tepat pada K’. kereta yang dipandu meluncur laju membelah jalanraya yang agak kosong. K’ membetulkan posisinya di sebelah A’. saat ini, tiada suara atau reaksi daripada kedua-duanya. Masing-masing bertumpu kepada jalan dan kenderaan yang bersimpang-siur. Sesekali K’ melarikan bola matanya ke arah A’ yang sedang memandu. A’ menyedarinya. Dibiarkan saja keletah K’. ada masanya A’ akan mencuri pandangan terhadap K’ melalui cermin sisi hadapan. Harapannya agar K’ tidak menyedari perbuatannya.

“Kenapa K’?, A’ bersuara. Rimas dengan K’ yang asyik mencuri pandangan terhadapnya. K’ tersentak.

“Tak..saja. melihat sesuatu yang comel”, K’ berpura-pura mencapai buku yang baru dibelinya di sebuah gedung beli-belah terkenal di ibu negara.

“Comel,cantik tu kan milik DIA. Sepatutnya kita harus memuja dan memujiNYA, A’ membalas. Sindiran terkena.K’ diam. Berfikir untuk melontarkan ayat. A’ menyedari bahawa K’ terkena dengan ayat yang diucapkannya. A’ tersenyum. K’ menyedari senyum itu. Senyum seorang kawan yang mula merobek egonya. Mereka tersenyum spontan. Seolah-olah sedar ada sesuatu yang sedang mengusik tangkai hati.

“K’…nak makan kat mana ye?” A’ bertanya.

“Kita makan dekat Kafe Canai 69”, jawab K’. tanpa sebarang bantahan, A’ meneruskan pemanduannya tanpa soal. Kenderaan memecut mengharungi jalanraya yang semakin sibuk. K’ sibuk membaca buku baru yang didapatinya tadi. Sesekali mencuri pandang terhadap A’.

“Tuhan..jika ini takdirMU…Aku berserah.Tiada upaya padaku untuk mengingkarinya. Restu dan berkatilah hubungan ini. Semoga KAU sentiasa bersama dalam jalinan tersebut. K’ membisikkan sesuatu dalam hatinya.

Perjalanan baru bermula. Kisah lalu dikunci.Debu perjalanan kian terasa. Kaki akan melangkah bersama restuNYA.

Kisah baru bermula kembali. Menyusuri perjalanan hati yang tidak tahu di mana akhirnya. Hanya Takdir dan masa akan menentukan.

Bersambung………..

Hikayat Raja Monyet Jun 3, 2008

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
Tags:
7 comments

Raja monyet memulakan mesyuaratnya pada pagi yang dingin.Mesyuarat yang entah berapa kali itu, dihadiri oleh beberapa ekor monyet dari berbagai spesis.Pagi yang masih hening itu pecah dengan jerit dan laungan monyet-monyet tersebut.Mengiakan segala keputusan yang akan dan bakal dilakukan oleh Raja Monyet.Tanpa bangkangan,monyet-monyet tersebut mengangguk-anggukan kepala tanda setuju.Tiada sebarang suara atau jerkah membantah keputusan.Mungkin kerana takut atau bimbang Raja monyet akan mengamuk,mereka mendiamkan diri.Bagi monyet-monyet ini,diam lebih baik daripada berbalah.Padah bagi mereka yang cuba bersuara atau menunjuk pandai.Bahkan,ada diantara monyet-monyet tersebut merelakan diri mereka menjadi “penjilat dan pencacai kepada Raja Monyet.Monyet-monyet ini mendapat kepercayaan dan penghormatan yang tinggi dikalangan monyet-monyet lain daripada Raja Monyet.Kekuasaan Raja Monyet amat jelas.Tiada sesiapa pun berani mengingkari suruhannya.Apa sahaja permintaannya dilayani dan dituruti.Ini kisah Raja Monyet.Kisah mitos yang sering diceritakan oleh ibu.Saya Zarago,Monyet putih akan bercerita.Cerita mitos Raja Monyet.Cerita perihal pencacai di sekelilingnya dan paling utama; Negara yang menjadi pusat pemerintahan Raja monyet dan kediaman bagi semua monyet-monyet iaitu Negara Sekangkang Kera (NSK).Apa pun, selamat datang saya ucapkan.Zarago akan meneruskan penceritaan pada bahagian akan datang.Kisah lagenda Raja Monyet ibarat panglipurlara.Kisahnya panjang tiada pengakhiran.Jadi afdal kiranya saya mulakan kisahnya kemudian.

Dunia Jiwa Lara Mei 7, 2008

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
4 comments

kolam matanya mulai basah.Basah dek airmatanya yang laju menuruni pipinya yang mugil itu. seharian si gadis duduk termenung.Duduk menangisi nasib dan perasaannya yang diremukkan dengan rasa kecewa.Rasa kecewa ditinggalkan dan dikecewa oleh kekasih hatinya. Aku mendekati dan memberi kata-kata perangsang agar tidak kecewa.Bersabar diatas segala yang berlaku.

“Aku sentiasa gagal dalam bercinta; Sukar untuk memiliki cinta, luahnya pada aku.

“Bukan Mudah untuk memiliki sang Cinta, kiranya kita tidak pernah mengerti makna Cinta. Balasku. Ada rasa hairan dalam wajahnya mendengarkan penyataan ku.

“Aku adalah gadis yang begitu menyanjungi kesucian dan keluhuran cinta.Bermakna aku adalah manusia yang memahami cinta. Bukan begitu?” Hatinya mulai ditikam rasa kurang senang.

Memahami tanpa mengenal adalah satu tindakan yang dungu. Bagaimana kau katakan bahawa kau kenal  dan memahami cinta, sedangkan kau menderita kerananya.”Mata ku tepat memandangnya.

“Bila kau memahami dan mengenal cinta, kau bisa melepas dan mengakui bahawa kesengsaraan cinta adalah lumrah hidup yang berlaku kepada setiap yang bernyawa”.Aku menyambung kata-kata. Saat ini dia kehilangan ayat. wajahnya tertunduk lesu.

“Mungkin nasib kau tidak seperti nasib aku.Seringkali gagal bercinta.Seringkali dikecewakan”. Luahnya.

“Mungkin ada kebenarannya.Aku berbeza daripada kau.Tapi kekecewaan bukanlah sesuatu yang asing bagi aku”.

“Sekian lama di kecewakan, kini aku mengecapi erti bahagia.”Ujarku.

“Mungkin ini dinamakan ujian.Setiap ujian itu pasti menghapuskan segala dosa lalu yang terpalit sekian lama. Jangan kesalkan apa yang terjadi.Tapi bersyukur dengan apa yang terjadi. Itu paling penting.”

Ada manik-manik jernih jatuh membasahi mejanya.Dia tidak dapat menahan perasaannya.Aku biarkan gadis itu bersendirian.Bersendirian berfikir dan mencari ketenangan jiwa.Jadi aku gubah sesuatu untuknya.Catatan berupa sajak.Dengan harapan dia mampu untuk bangkit sebagai wanita yang tabah.

AKU

Aku bukan perawan hina yang menagih sesuap cinta

Aku perawan dan wanita yang tertewas oleh duri bunga cinta

Ditewaskan oleh amarah cinta yang membahang di jiwa.

Apakah ada lorong dan kesempatan buat ku menemui cinta?

Mungkin bait-bait ini dapat menggambarkan isi hatinya.Oh…aku terlupa sesuatu.Ini adalah secarik kisah luka seorang wanita yang baru mengenali cinta.Banyak lagi cerita yang ingin aku ceritakan dan kongsi bersama.Tetapi tidak diruangan ini.Mungkin di ruangan akan datang.Selamat datang aku ucapkan.Selamat datang ke dunia Jiwa Lara.Dunia yang tercipta untuk mereka yang seringkali dikhianati,dikecewakan dan terluka kerana cinta. Di dunia ini kita akan menyelami dan menyaksikan perjalanan cinta dan kekecewaan hati seorang insan.

 

Part 1. Oktober 12, 2006

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
3 comments

Ibrahim menjadi kaget.Dengan tidak semena-mena, rumahnya penuh dengan penduduk kampung yang datang berbondong-bondong ke rumahnya.Ibrahim mempercepatkan kayuhan.Perasaan ingin tahu menunjal-nunjal di pelusuk hatinya.Dari jauh kedengaran sayup-sayup bacaan Surah Yaasin dibawa angin petang ke pelusuk kampung.Ibrahim semakin tidak keruan.Hatinya di hambat dengan sejuta persoalan.Pak Walid telah sedia menantinya di beranda rumah.Ibrahim segera menuntun basikalnya melintasi beranda rumahnya yang kelihatan sesak dengan orang ramai.Pak Walid segera mendapatkan Ibrahim cuba untuk masuk melalui pintu dapur yang sedang sesak dengan orang kampung sedang mengikuti doa tahlil.Ibrahim bertambah hairan dengan keadaan di rumahnya.Seolah-olah seperti adanya pesta di rumahnya.

“Pak Walid, kenapa Orang kampung ramai sangat di rumah saya hari ni?”.Soal Ibrahim.Di wajahnya tertera perasaan kurang selesa dengan kehadiran orang kampung ke rumahnya tanpa alasan yang kukuh.Pak Walid diam membatu tanpa kalimat dibibirnya.Seolah-olah ada sesuatu yang tersangkut di halkumnya.Dia segera memandang Ibrahim yang tidak sabar-sabar menantikan patah-patah ayat keluar dari mulutnya.Di pandangnya anak muda yang berkulit sawo matang itu.Timbul pula perasaan simpati pada pemuda itu.Dalam usia yang terlalu mentah dia terpaksa menerima dugaan sebegini.Pak Walid masih ingat 2 tahun lepas, ibu Ibrahim Mak Siah telah menemui ajalnya dalam nahas jalan raya.Hari ini, bapa Ibrahim, Pak Sutan pula dijemput oleh Rabbul Jalil.Mampukah anak muda ini menghadapi ujian yang berat ini?Pak Walid berfikir sendirian.Dia harus memberitahu perkara yang sebenarnya.Dan mengharapkan agar anak muda di depannya tabah menerima kenyataan.

“Pak harap, Ibrahim dapat bersabar dan tenang ya?Semua ini takdir dan kita harus terima Ketentuan dariNYA.Ibrahim seperti dapat membaca sesuatu dari patah-patah perkataan yang keluar dari mulut Pak Walid.Sepantas kilat, dia berlari meninggalkan Pak Walid yang masih lagi terpinga-pinga dengan tindakan Ibrahim yang tidak diduga itu.Ibrahim berlari-lari ke laman rumah dan merempuh masuk mendapatkan mayat Pak Sutan yang terbaring kaku ditengah ruang tamu.