jump to navigation

Arjuna Menulis….. Ogos 15, 2006

Posted by kamarul in Uncategorized.
trackback

kamarul.JPGGUBRA YANG KHAYAL

     Festival Filem Malaysia telah pun berakhir dengan gilang-gemilangnya.Tahun ini, Yasmin Ahmad berjaya mengulangi pencapaian tahun lalu apabila hasil tangannya Gubra berjaya meraih 3 anugerah utama.Filem terbaik,Skrip terbaik dan juga Pelakon wanita Terbaik melalui Sharifah Amani.Namun,kemenangan ini memberi impak kepada industri filem dan masyarakat Malaysia sendiri.

 Dari segi karya, Yasmin ternyata unggul kerana

setiap filemnya adalah berkisar kepada masyarakat setempat.Karyanya dekat kepada masyarakat.Realismenya berjaya menambah warna dalam filemnya.Secara tidak langsung ia membawa dimensi baru kepada wajah Filem Malaysia.Jika dahulu, filem-filem Malaysia sekadar bahan jenaka kepada negara luar,kini dengan lahirnya pengarah-pengarah seperti Yasmin, tidak mustahil filem-filem Malaysia akan kembali dihormati.Kehebatan Yasmin adalah suatu tamparan buat pengarah-pengarah lain untuk memberikan sesuatu yang bermakna kepada industri filem tanahair.

Dari suatu aspek,Karya-karya Yasmin sebenarnya menjurus kepada integrasi kaum.Seperti lewat karyanya Sepet.Percintaan gadis Melayu dan jejaka Cina.Suatu impian yang murni tapi tidak kesampaian.Begitu juga Gubra yang menyaksikan tekanan perasaan seorang isteri yang masih trauma akibat perpisahan dengan bekas kekasihnya,seorang lelaki Cina.Itu cuma sebahagian dari konflik yang ada dalam karya Yasmin.Melihat dari segi pemikiran Yasmin dalam setiap karyanya,kita akan temui bahawa Yasmin adalah seorang yang menekankan Libralisme dalam Islam.Setiap yang haram ‘dihalalkan.Contohnya,persoalan cinta dalam ‘Sepet’.Seorang anak gadis Melayu yang bercinta dengan seorang lelaki Cina.Di mana cinta mereka berdua mendapat sokongan Ibu Orkid.Satu persoalan yang nyata,adakah ini sebenarnya sikap ibu-bapa pada hari ini?Membiarkan anak-anak mereka bebas berpeleseran dengan sesiapa sahaja dengan alasan untuk bergaul mesra.Sikap yang akhirnya memakan diri sendiri.Yasmin ternyata mentafsir islam mengikut kepentingannya sendiri.Contoh yang boleh di lihat adalah dalam filem Gubra,di mana babak ketika Imam Chin memegang anjing.Walau apa pun alasan, babak itu telah mencemarkan kesucian agama Islam.Mungkin dari satu sudut,Yasmin ingin menunjukkan bahawa Islam itu toleransi dan punyai keindahan,tetapi tidak perlulah babak tersebut,kerana sebagai Pengarah,Yasmin boleh membina babak lain untuk menunjukkan keindahan Islam.Begitu juga Yasmin menggunakan bait-bait Puisi Jalaluddin Ar-Rumi yang di patah-patahkan penggunaannya semata-mata untuk disesuaikan dengan filem Gubra, ia nyata satu perbuatan yang tidak boleh di maafkan.Sesungguhnya Gubra adalah suatu filem picisan yang cuba mempelopori konsep Islam Liberal yang berbahaya kepada masyarakat.

Komen-komen»

1. kamarul - November 1, 2006

hi


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: