jump to navigation

Merong Mahawangsa:Dari Manuskrip ke sebuah filem Mac 12, 2011

Posted by kamarul in Filem.
trackback

Hikayat Merong Mahawangsa,sebuah naskah tertua yang diiktiraf oleh UNESCO sebagai khazanah bernilai negara kini diadaptasi ke sebuah filem.Syabas kepada trio adik-beradik KRU yang berusaha untuk merealisasikannya sebagai sebuah filem.Bukan mudah untuk mengangkat naskah agung yang sarat dengan mitos dan sakral menjadi sebuah filem yang bernilai komersial.Tetapi itu adalah usaha paling berani selepas Puteri Gunung Ledang.Agak teruja menantikan filem epik ini.Apa tidaknya,trailer serta komen-komen positif oleh media sebelum tayangan menguatkan rasa ghairah untuk melihat filem epik ini.

Hikayat Merong Mahawangsa di tangan Yusry Abd Halim bersama Hafizi Amir bolehlah dikatakan sebagai rumusan atau kependekan kepada naskah agung tersebut.Mana mungkin untuk membuat kisah tersebut seperti tercatat pada naskah yang berjela-jela dan sarat dengan kisah-kisah rajanya.Namun,aspek lakon layar kurang diberi perhatian.Watak Merong Mahawangsa agak kaku.Sebagai watak utama yang diangkat,sewajarnya diangkat dengan baik dari sudut perwatakannya.Stephen Rahman Hughes agak kaku.Ada masanya,seolah-olah melihat dia seperti Jeneral Maximus dalam filem Gladiator.Watak Merong Mahawangsa tidak dilukiskan dengan baik oleh Yusry dan Hafizi.Hakikatnya,Merong Mahawangsa punya peranan besar dalam pengasasan negeri Kedah sekitar abad ke 6.

Sebagai Putera Raja berdarah Iskandar Zulkarnaian,Raja agung dalam sejarah dunia,Merong digambarkan sebagai penggembara yang tiada tujuan.Sentiasa berada di pelabuhan-pelabuhan terkenal pada waktu itu.Sentiasa ditangkap kerana melakukan kesalahan.Mungkin mengusik atau bermukah dengan golongan bangsawan.Agak menghairankan kita bila putera raja berdarah penakluk agung dunia digambarkan sedemikian.banyak caranya untuk menunjukkan keperwiraan Merong.Mungkin penulis skrip cuba menunjukkan perkembangan watak.Kita boleh katakan from zero to hero.Tapi saya rasakan kaedah itu tidak sesuai kepada Merong kerana dia memang telah dikenali sebagai keturunan Raja yang besar.Kisah hidupnya juga agak kabur.Dalam adegan ketika perjalanan ke Langkasuka untuk bertemu puteri China,dia menyatakan bahawa dia berasal dari Tanah Melayu daripada sebelah ibunya iaitu Lang.Dia juga tidak mengetahui kisah semasa kecil sedangkan selepas itu,ditunjukkan adegan imbas kembali semasa kecilnya.Jalan ceritanya agak lompong.Sewajarnya kekosongan ini ditampung dengan baik.

Kalau diberi pilihan,saya berasakan bahawa isi dan jalan cerita Puteri Gunung Ledang lebih baik.Mungkin kerana terlalu memikirkan komersial.Yusry dan hafizi terlupa tentang jalan cerita.bagi saya Merong Mahawangsa mungkin boleh menjadi lebih baik daripada Puteri gunung Ledang,seandainya digarap dengan baik.Dari sudut nilai Melayu,saya rasakan ia tidak ada.terasa seperti melihat filem Melayu yang bercitarasa Thailand.Banyak yang ingin diperkatakan di sini.Tapi cukuplah sampai sini.Saya bukanlah pembikin filem mahupun drama.Cuma menyampaikan pandangan ikhlas.

Hikayat Merong Mahawangsa adalah naskah yang mencerminkan budaya,adat dan sejarah orang Melayu sebelum kedatangan islam.Sewajarnya,Hikayat Merong Mahawangsa diangkat dan digarap dengan nilai-nilai Melayu.Kita jarang mendapat peluang untuk membikin filem sebegini.Harus diingat filem sebegini adalah satu medium catatan sejarah terbaik selepas buku-buku.Jadi,ia harus selari dengan sejarah.Kiranya terpesong,tidaklah harus melampau.Kita harus berfikir bahawa 100 tahun dari sekarang,filem-filem sebegini akan menjadi rujukan kepada generasi akan datang dalam mengetahui asal-usul bangsa.

Apa pun,syabas buat KRU yang berani dan cekal dalam mengangkat Hikayat ini.Semoga bakal ada lagi mereka yang akan berani selepas ini.

Komen-komen»

1. sylvester bernard miller - April 3, 2011

Syabas dengan usaha jaya KRu dalam menerbitkan suati filem yang ada kelas. Komen saya ialah, moga pada masa akan datang ada lagi hikayat atau kisah-kisah yang ada unsur sejarah dapat kalian tampilkan. Dalam sudut pendidian, filem seumpama ini akan dapat membantu para pendidik dan anak didik untuk menghayati peristiwa sejarah secara lebih mantap.Pesanan akhir mohon agar epik kepahlawan generasi lepas terus ditampilkan disamping jangan lupa yang paling penting unsur sejarah yang berupa fakta.syabas sekali lagi.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: