jump to navigation

Hikayat Raja Monyet Jun 3, 2008

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
Tags:
trackback

Raja monyet memulakan mesyuaratnya pada pagi yang dingin.Mesyuarat yang entah berapa kali itu, dihadiri oleh beberapa ekor monyet dari berbagai spesis.Pagi yang masih hening itu pecah dengan jerit dan laungan monyet-monyet tersebut.Mengiakan segala keputusan yang akan dan bakal dilakukan oleh Raja Monyet.Tanpa bangkangan,monyet-monyet tersebut mengangguk-anggukan kepala tanda setuju.Tiada sebarang suara atau jerkah membantah keputusan.Mungkin kerana takut atau bimbang Raja monyet akan mengamuk,mereka mendiamkan diri.Bagi monyet-monyet ini,diam lebih baik daripada berbalah.Padah bagi mereka yang cuba bersuara atau menunjuk pandai.Bahkan,ada diantara monyet-monyet tersebut merelakan diri mereka menjadi “penjilat dan pencacai kepada Raja Monyet.Monyet-monyet ini mendapat kepercayaan dan penghormatan yang tinggi dikalangan monyet-monyet lain daripada Raja Monyet.Kekuasaan Raja Monyet amat jelas.Tiada sesiapa pun berani mengingkari suruhannya.Apa sahaja permintaannya dilayani dan dituruti.Ini kisah Raja Monyet.Kisah mitos yang sering diceritakan oleh ibu.Saya Zarago,Monyet putih akan bercerita.Cerita mitos Raja Monyet.Cerita perihal pencacai di sekelilingnya dan paling utama; Negara yang menjadi pusat pemerintahan Raja monyet dan kediaman bagi semua monyet-monyet iaitu Negara Sekangkang Kera (NSK).Apa pun, selamat datang saya ucapkan.Zarago akan meneruskan penceritaan pada bahagian akan datang.Kisah lagenda Raja Monyet ibarat panglipurlara.Kisahnya panjang tiada pengakhiran.Jadi afdal kiranya saya mulakan kisahnya kemudian.

Komen-komen»

1. kamarul - Jun 17, 2008

Raja monyet..tidak pernah kalah.Tapi kalah dengan hawa nafsunya.Alam rimba mengajarnya untuk bertindak buas.Tapi itulah hakikat seekor Monyet.Sifatnya tetap tidak akan berubah.Manusia sememangnya binatang.Ciptaan paling sempurna antara semua.Tapi manusia sempurna kerana akal dan wahyu.Jadi,jangan berlagak seperti seekor binatang.Itu kesempurnaan dan syarat bagi manusia untuk menjadi binatang sempurna.Na’ Tiqq.

2. intanmusliha - Jun 17, 2008

Hari ini, raja monyet terus berjuang, berjuang melaksanakan nafsu nya. Mempergunakan seluruh askarnya untuk berperang. Raja Monyet bersembunyi di mahligainya. Pertempuran yang maha dasyat telah melanda…pergaduhan itu hanya lah berlaku di antara Kaum Raja Monyet dan monyet yang lainnya. Akhirnya pihak monyet yang di serang kalah. Kebanyakan kaum Monyet yang diserang mati. Kerajaan monyet yang diserang lumpuh sama sekali. Raja Monyet ketawa gembira di atas kemenangannya…

3. kamarul - Jun 17, 2008

Kekalahan monyet-monyet adalah kerana gagal untuk bersatu.Bersatu dalam ertikata menahan dan berwaspada dengan kuasa dan ancaman Raja Monyet yang terkenal dengan hikmatnya yang menggerunkan.dicelah-celah kekalahan,seekor demi seekor monyet terpaksa mencari tanah luas yang belum didiami atau bergabung ke dalam kerajaan Maharaja Keling.Mencari penghidupan yang baik dan saksama.namun,bahaya tetap menanti.monyet-monyet harus berwaspada.Menjaga harta dan keselamatan diri agar tidak berulang episod Raja monyet.

4. intanmusliha - Jun 17, 2008

Bila mengetahui kaum Monyet yang lain mudur ke habitat baru, si Raja Monyet terus memrhatikan tidak tanduk kaum monyet tersebut. Malah Si Raja Monyet bertindak kejam dengan mencatu makanan para monyet tersebut. Hiduplah para monyet yang kalah tadi dalam keadaan yang cukup daif. Mereka terpaksa bekerja keras untuk meneruskan hidup. Sepurnama telah berlalu, Kaum monyet yang kalah tadi terus hidup dalam keadaan tertekan…Hinggalah datang kurnia dari Maharaja Singa memanggil mereka bekerja sebagai hamba. Hiduplah Kaum Monyet yang kalah tadi sebagai hamba..dan hamba

5. kamarul - Jun 17, 2008

Hamba telah ditetapkan dalam luh mahfuz setiap binatang.Cuma..mampu atau tidak kita sahaja penentunya.Hamba untuk menjadi terbaik.Disuatu hari nanti,hamba-hamba ini akan menguasai takhta.Menjadi yang terbaik.Doaku agar perangai tidak menjadi bandingan dan ikutan insyaallah.

6. SuZiLa - Jun 27, 2008

Hikayat Raja Kam (macam biskut – kejap ada kejap takde)

7. massa121 - Julai 1, 2008

Hai kaum monyet-monyet sekalian alam, sedarlah engkau bahawa hidup di dunia ini hanya sementara. Tak guna sekiranya ada yang mengampu….tak guna jika menjadi pengangguk yang setia…dan macam sial jika seekor monyet yang kalangan monyet-monyet kenal dan rapat selama ini menjadi Rasukan Monyet Durjana.

Sedarlah kalian wahai monyet!…kalau tak pandai gerakkan dua buah gunung pejal bersama air terjun yang basah… dan kalau tak pandai berpaut pada batang lintah bergoyangkan dua biji gajus kecil…janganlah hidup seperti seekor monyet yang hilang arah dan berlagak baik buat kerja.


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: