jump to navigation

Dunia Jiwa Lara Mei 7, 2008

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
trackback

kolam matanya mulai basah.Basah dek airmatanya yang laju menuruni pipinya yang mugil itu. seharian si gadis duduk termenung.Duduk menangisi nasib dan perasaannya yang diremukkan dengan rasa kecewa.Rasa kecewa ditinggalkan dan dikecewa oleh kekasih hatinya. Aku mendekati dan memberi kata-kata perangsang agar tidak kecewa.Bersabar diatas segala yang berlaku.

“Aku sentiasa gagal dalam bercinta; Sukar untuk memiliki cinta, luahnya pada aku.

“Bukan Mudah untuk memiliki sang Cinta, kiranya kita tidak pernah mengerti makna Cinta. Balasku. Ada rasa hairan dalam wajahnya mendengarkan penyataan ku.

“Aku adalah gadis yang begitu menyanjungi kesucian dan keluhuran cinta.Bermakna aku adalah manusia yang memahami cinta. Bukan begitu?” Hatinya mulai ditikam rasa kurang senang.

Memahami tanpa mengenal adalah satu tindakan yang dungu. Bagaimana kau katakan bahawa kau kenal  dan memahami cinta, sedangkan kau menderita kerananya.”Mata ku tepat memandangnya.

“Bila kau memahami dan mengenal cinta, kau bisa melepas dan mengakui bahawa kesengsaraan cinta adalah lumrah hidup yang berlaku kepada setiap yang bernyawa”.Aku menyambung kata-kata. Saat ini dia kehilangan ayat. wajahnya tertunduk lesu.

“Mungkin nasib kau tidak seperti nasib aku.Seringkali gagal bercinta.Seringkali dikecewakan”. Luahnya.

“Mungkin ada kebenarannya.Aku berbeza daripada kau.Tapi kekecewaan bukanlah sesuatu yang asing bagi aku”.

“Sekian lama di kecewakan, kini aku mengecapi erti bahagia.”Ujarku.

“Mungkin ini dinamakan ujian.Setiap ujian itu pasti menghapuskan segala dosa lalu yang terpalit sekian lama. Jangan kesalkan apa yang terjadi.Tapi bersyukur dengan apa yang terjadi. Itu paling penting.”

Ada manik-manik jernih jatuh membasahi mejanya.Dia tidak dapat menahan perasaannya.Aku biarkan gadis itu bersendirian.Bersendirian berfikir dan mencari ketenangan jiwa.Jadi aku gubah sesuatu untuknya.Catatan berupa sajak.Dengan harapan dia mampu untuk bangkit sebagai wanita yang tabah.

AKU

Aku bukan perawan hina yang menagih sesuap cinta

Aku perawan dan wanita yang tertewas oleh duri bunga cinta

Ditewaskan oleh amarah cinta yang membahang di jiwa.

Apakah ada lorong dan kesempatan buat ku menemui cinta?

Mungkin bait-bait ini dapat menggambarkan isi hatinya.Oh…aku terlupa sesuatu.Ini adalah secarik kisah luka seorang wanita yang baru mengenali cinta.Banyak lagi cerita yang ingin aku ceritakan dan kongsi bersama.Tetapi tidak diruangan ini.Mungkin di ruangan akan datang.Selamat datang aku ucapkan.Selamat datang ke dunia Jiwa Lara.Dunia yang tercipta untuk mereka yang seringkali dikhianati,dikecewakan dan terluka kerana cinta. Di dunia ini kita akan menyelami dan menyaksikan perjalanan cinta dan kekecewaan hati seorang insan.

 

Komen-komen»

1. damya hanna - Jun 3, 2008

salam kamarul. nice story. sy baru bace half. tak dpt nak habiskan sbb ada keje yg perlu diuruskan. ne way terima kasih masuk ke blog sy. stay keep in touch ye… salam kenalan.

damya hanna

2. intanmusliha - Jun 17, 2008

Ketika ini Raja Monyet bagaikan kalah dengan cabaran hutan. Semakin hari, raja monyet semakin tertekan. Raja monyet tahu yang kuasa dan tahta nya makin hilang. Hilang bersama kegoaanya. Inilah kitaran hutan, yang kuat akan berkuasa yang lemah akan di tindas. Begitu juga dunia yang fana ini. Manusia yang berkuasa akan menindas mereka yang lemah. Kuasa dan tahta Si Raja Monyet nampaknya tidak dapat menolongnya. Salah penggunaan kuasa ini lah yang berlaku kepada Raja Monyet. Mungkin Raja monyet akan sedar kesilapanya dan segera bertaubat. Monyet juga terdiri dari makhluk tuhan. Seperti mana kita manusia yang mempunyai akal fikiran,…..

3. nur diyana akmal nierham - Julai 16, 2010

best cter ni….u’re d best wrter….until d futre time.gud luckssss….

4. razifredz - November 17, 2011

best


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: