jump to navigation

Au Revoir November 28, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
trackback

Selamat tinggal PLF.Selamat tinggal semuanya.Akhirnya aku berjaya juga mendapat kerja yang bakal menjamin hidup.Aku berasa bersyukur di atas rezeki yang dikurniakanNYA.Di kesempatan ini, aku ingin merakamkan jutaan penghargaan pada mereka-mereka yang mewarnai hidup sepanjang di Perdana Leadership Foundation (PLF).Mereka terdiri dari Staff Perdana Library yang berdedikasi dan komited dalam membangunkan Perdana Library sebagai insitusi dan wadah kepada penjanaan ilmu.

  1. Azhar Mohd Noor (Chief Librarian) : Ucapan terima kasih untuk beliau kerana mengambil ‘Penganggur terhormat’ seperti aku untuk bekerja dan menimba ilmu di dalam bidang Perpustakaan.Terima kasih di atas peluang yang tidak ternilai ini.
  2. Mohd Munawar,Adnan Haris & Murz : Ucapan terima kasih untuk kalian bertiga.Terima kasih kerana menunjuk ajar dan menceriakan hari-hari ku di PLF.Kepada Adnan, tima kaseh dan bila nak balik tepin’??🙂 Kepada Mohd Munawar, wali komputer  & Dewa Perut sememangnya gelaran yang sesuai untuk mu.Semoga kita berjumpa lagi di suatu masa.
  3. Maria & Maswira(The Transcriber’s team) : Sangat menyenangkan mengenali kalian berdua.Buat Maria yang juga teman baik ku, jaga diri dan kandungan mu baik-baik.Moga dapat zuriat yang sihat, soleh dan solehah. Err.. kalu boleh bagi la nama Samwil (lelaki) dan Qausar (Wanita) tuk ‘baby’ nanti. Buat Abang Mas, harap-harap tercapailah cita-cita menjadi Pegawai Tadbir (PTD). Semoga lebih kerap menyertai Rancangan kuiz berbentuk realiti pada masa akan datang.
  4. Hidayati Haron & Kak Lat (C- Team) : kepada mereka berdua, aku ucapkan terima kasih banyak-banyak kerana sudi menerima aku menjadi salah seorang anggota pasukan.Maaf dan ampun sekiranya sering melakukan kesilapan dalam proses cataloguing.Terima kasih kerana menunjuk ajar dan bantuan yang dihulurkan especially Kak Lat, yang begitu komited ketika memberi tunjuk ajar pada aku.Akhirnya aku berjaya juga belajar mengenal abjad A hingga Z.Terima kasih untuk pengalaman itu. Pengalaman mendewasakan diri.Buat Kak Ieda, saya cukup berbangga dapat ‘berbosskan’ seorang perempuan.Semoga menjadi bintang filem di masa akan datang.(Muka iras-iras InaMawi tu..Cuma masuk angin je sikit. : ) jangan marah k?
  5. Shimie, Suzila,Suliana,Sizuka,Kak Oda @sepupu Yoda : Terima kasih untuk segalanya.Sentiasa bersama menghadapi saat suka dan duka.Buat Shimie, aku ucapkan terima kasih kerana sentiasa mengajar dan membantu terutamanya berkaitan dengan Cataloguing. Hail Bentara Guru!
  6. Amien, Halim : Housemate dan officemate aku.Terima kasih kerana sudi menerima kehadiran aku sebagai sahabat.Terima kasih kerana berkongsi masa gembira dan duka bersama.Ampun dan maaf dari tangkai hati kiranya terluka dengan kata-kata dan perbuatan aku.Mohon Ampun dari segalanya.

Terima kasih kepada semua sekali lagi.Budi kalian tak kan di lupakan.Harapan aku Ukwah ini akan sentiasa berkekalan hingga akhirnya.Perdana Leadership sentiasa akan berada dalam hati meskipun aku tidak lagi bersama. Akhir coretan, aku mohon maaf kiranya tulisan ini menyinggung  sesetengah pihak.anggaplah ia sebagai coretan kenangan dan adaptasi abadi dari seorang Arjuna yang bernama Kamarul.

Komen-komen»

1. minqalbi - November 28, 2006

Salam,
Tahniah Kamarul🙂
Berkat kesabaran dan tak jemu usaha, lihatlah hasilnya…Allah itu Maha Adil n Pemurah. Teruskan usaha n semoga brjaya di dunia & akhirat…

2. lurvlymaria - November 29, 2006

all e best! moga dpt career yg bagus..

3. axl rose - November 29, 2006

kepada president kamarul yang mulia,

aku dan pihak lembaga pengarah Persatuan Pustakawan Perdana dengan ini sukacitanya mengumumkan bahwa President Kamarul adalah “Alumni” untuk persatuan ini sechara automatik berkuatkuasa 1 disember 2006.

oleh itu segala urusan surat menyurat adalah tidak dilayan. hanya urusan melalui surat elektronik atau YM atau telepon saja diterima…

kami bagi pihak PPM, menguchapkan semoga berjaya dan terus berkarya dengan menggunakan nama pena yang sering ditukar-tukar hehe🙂.

segala jasa tuan president amatlah dihargai dan sangat berharga untuk pergerakan bawah tanah PLF ini. jasamu ta’kan dilupakan buat selama-lamanya. di mana nama mu itu akan terpahat di dalam rekod ISA di PLF nie…

berkaryalah demi masa depan ikan-ikan di sungai dan bendang kerna berkarya itu adalah satu senaman jiwa dan otak…

lepas nie, menjadi seorang pakar penyelidik yang hebat dan berketrampilan mcm Sherlock Holmes la plak.. chewahhhhhhhhhhh….

akan kusampaikan kepada tuan besar (AMN)…

all the way bro… kejor yob kejor….

4. axl rose - November 29, 2006

sapa kak yoda nie? heheheheehe mcm tak perchaya plak…

5. axl rose - November 30, 2006

Kau pergi
Dengan bangkitnya mentari pagi
Punah segala harapan

Kau pergi
Dengan membawa kenangan pahit
Dengan tanpa relaku

Katakan oh katakan sayang
Kau akan segera pulang
Oh..oh..oh..oh..
Pulanglah oh pulanglah
Pulanglah kasih
Katakan oh katakan sayang
Mimpi ini sementara

Kau pergi
Dengan hujan di tengahari
Aku tahu salahku

Kau pergi
Dengan membawa erti cinta
Mana tempat hatiku

Pulanglah oh pulanglah sayang
Aku tetap menyinta

Oh..oh..oh..oh..
Pulanglah oh pulanglah
Pulanglah segera

Oh..oh..oh..oh..
Pulanglah oh pulanglah
Pulanglah kasih

Oh..oh..oh..oh..
Pulanglah oh pulanglah
Pulanglah sayang

Oh..oh..oh..oh..
Pulanglah oh pulanglah
Pulanglah kasih

Source: Search, album “Langit dan Bumi” (1986)

6. nur_alyesha - November 30, 2006

Salam,
Tahniah president. Slamat berjaya.. (Sedihnya aku..ko dah tak de kat PLF lagi. Dah la lin n wafie dah pegi awal-awal lagi. Iyerla, kita kan masuk skali..). Uwaaaaa…..

7. myasara - November 30, 2006

kamarul pendeta chenta..ala sedeynya..takde dah kawan bergaduh aku..anyway all the best for your life.doakan rezeki kami lak yg msh tertinggal kat sini..

8. suzila - November 30, 2006

salam
au revoir = selamat tinggal
kamalol, jgn lupe ayat ni…
piano piano arivo lontano = sikit2 lama2 jadi bukit
so, dh kje nnt… dh dapat lesen nanti…
g la pinang dayang….🙂

9. amien7 - November 30, 2006

salam.
yo bro..memang sedih la sbb lu nk blah dari PLF.
keceriaan PLF akan berkurang la sbb lu takde..tapi nk buat camne bro, gua redha je la..lu pun nk mencapai masa depan yg lebih cerah dan stabil kan?
anyway, gua ucapkan selamat maju jaya..
semoga lu berjaya mendapatkan lesen kelas B2 sebagai permulaan dgn jayanya..insyaallah..
orait, peace. one love dude!!

10. last minute t-team - November 30, 2006

tahniah mr. president. wlpn kau akan meninggalkan aku cuma +- 2 minggu je, sblom aku plak tertinggalkan tmpt keje yg best ni, aku tetap mahu bershedeh dgn pemergian kau. wlpn semenjak dua menjak ni kehadiran kau di pantry tepi tasik pd waktu mkn selalunya sekejap saja (sbb kau lebih berminat menghalau nyamuk & membaca blog ‘abang’), kami tetap akan merasa sunyi dgn kehilangan pemimpin tertinggi kelab. good luck.

11. The Great Munmon - Disember 3, 2006

oi. nama aku Ahmad Munawar le. Mana datang itu Mohd? Nak kena ini!!


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: