jump to navigation

Cinta Sejati…. November 24, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI, Uncategorized.
trackback

PADANG BESAR 18 Mei – Setahun lalu, Najaa Farhana Roslan, 20 dan Mohd. Azuanme Azmi, 23, mengikat tali pertunangan ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang di Sungai Petani.

Hari ini, mereka diijabkabulkan tetapi bukannya di rumah pengantin perempuan atau di masjid seperti mana pasangan lain sebaliknya di Pusat Serenti Bukit Chabang (PSBC), di sini.

Segalanya disebabkan Mohd. Azuanme kini menjadi pelatih di pusat itu sejak 8 Februari lalu selepas terlibat dengan penagihan najis dadah.

Namun takdir yang berlaku sama sekali tidak pernah mengubah cinta mereka, bagi Najaa Farhana, dia bukan sahaja setia menerima kehadiran Mohd. Azuanme malah akan setia menanti untuk tempoh dua tahun lagi bagi membolehkan mereka tinggal bersama.

Ini kerana walaupun sudah bergelar suami isteri, kedua-dua mereka harus `berpisah sementara’ kerana Mohd. Azuanme akan terus menjalani pemulihan di pusat itu untuk tempoh tersebut.

Walaupun pada mulanya ada pihak yang memandang serong dan menentang keputusan Najaa Farhana tetapi perasaan cinta yang wujud sejak dua tahun lalu terhadap pemuda tersebut mengatasi segala-galanya.

Mereka diijabkabulkan kira-kira pukul 10 pagi di masjid pusat serenti berkenaan dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta kakitangan dan pelatih pusat itu.

Menurut Najaa Farhana, walaupun dia kecewa kerana suaminya itu yang berasal dari Kangar terlibat dengan najis dadah tetapi ia bukanlah alasan untuk dia `menguburkan’ cinta mereka yang berputik sejak dua tahun lalu.

“Sedih, memanglah sedih tapi apa boleh buat. Sudah takdir dia begitu.

“Namun, demi cinta, saya sanggup menerimanya walau apa pun orang lain hendak kata. Keluarga saya juga tidak menentang hasrat saya,” kata Najaa Farhana.

Katanya, buat masa ini, dia akan menetap di rumah keluarganya sementara menunggu suaminya dibebaskan.

Bagi Mohd. Azuanme pula, dia amat bersyukur berikutan kesediaan Najaa Farhana menerimanya sebagai suami.

“Saya sungguh menyesal dan berjanji untuk memperbaiki diri serta tidak akan terlibat dengan najis dadah lagi,” katanya.

Dalam pada itu, Komandan PSBC, Mohd. Nazer Mustafa berkata, persiapan perkahwinan itu diuruskan oleh pihaknya dan keluarga pengantin.

Kata beliau, pihaknya tidak menghalang mana-mana pelatih untuk berkahwin kerana ia adalah hak masing-masing. “Mereka juga manusia seperti kita dan perlu diberi peluang sama seperti orang lain. Apa yang penting status kesihatan mereka baik,” tambahnya.

Sumber Utusan Malaysia 19 Mei 2006

Berita di atas menceritakan suatu kisah cinta sejati yang jarang-jarang kita dengari.Tapi inilah CINTA. Apa pendapat anda dengan kisah di atas?Disini ingin saya memetik kata-kata John Powell, pengarang buku Unconditional Love yang mengutarakan tentang cinta sejati.

Cinta sejati adalah cinta tak bersyarat: yang membebaskan orang yang kita cintai agar menjadi dirinya sendiri”.

Adakah cinta sejati itu wujud?jawapannya terpulang pada kita sendiri.

Komen-komen»

1. AN9949 - November 25, 2006

semoga depa dua org tu berjaya dalam kehidupan akan datang

2. Sabaruddin Tukang Kasut - November 27, 2006

bagi aku byk pro dan kontra dlm perkara nie.
terpulang pada kedua2 pihak yg terlibat utk menentukn masa dpn mereka. walaucamnerpun perkara nie tk lari drp dibualkan oleh masyarakat yg lebih memandang ke arah negatif akan perkara2 spt nie.
sekian, terima kaseh…


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: