jump to navigation

Kisah Pohon epal November 17, 2006

Posted by kamarul in Uncategorized.
trackback

Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.

Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.

 

Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.

 

Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.

 

Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.

CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.

Komen-komen»

1. axl rose - November 17, 2006

kamarul,

buah epal adalah sebiji buah yang penoh dengan vitamin C./…

sepohon buah epal.. sedapnya

2. ajami hashim - November 18, 2006

salam kamarul,

posting yg ‘menginsafkan’.. TQ bro!

3. nur_alyesha - November 21, 2006

Insaf2. Memang itulah realiti hidup hari ini… Moga jadik iktibar buat kita sume. Mummy n daddy.. rindunyerrr. Rase cam nak balek kg pulakkk…

4. Sabaruddin Karim - November 21, 2006

Buah epal memang sedap. lebih2 lagi kalo dapat makan epal cicah coklat..umpama mkn strawberi cicah coklat Datuk K la..

5. Hantu Digital - November 22, 2006

AKu suka makan buah epal. Ibu dab Bapa ku tidak sama dengan pohon epal kerana mereka adalah dariupada golongan yg hebat!!!😀

6. axl rose - November 22, 2006

hantu digital yang mulia punya expressi mmg betul,

ibu bapa adalah satu sumber di mana mereka akan mengadakan anak iaitu kita lah…
oleh itu, jgn lah kata ibu bapa mcm epal… kerna mereka adalah mulia dan berjasa….

aku orang lama yang berpendapat sama lah…
hormatlah mak pak kita….

amboi si sizuka tu, tetiba ja nak balek kg ye? tak bule tak bule…

7. kamarul - November 23, 2006

Saudara-saudara sekelian,ibu-bapa adalah suatu anugerah yang tidak ternilai kepada kita.jadi, maksud cerita ini bukanlah untuk menyamakan ibu-bapa dengan epal atau yang sewaktu dengannya.Cuma simbolik sahaja.Buah epal itu adalah buah-buahan yang kaya vitamin C.Bernilai pada tubuh kita dengan izin Allah.Berjasa kepada kita.seperti juga jasa yang tak ternilai ibu-bapa pada anak-anak dia.

8. minqalbi - November 23, 2006

Salam semua…
Ya betul sy skong kamarul…lps ni buat cerita buah durian pulak ye..kamarul kan piutis orgnya..

9. suzila - November 24, 2006

buat cerita buah durian cicah kicap la……………..

10. syieka - Januari 29, 2008

rindunyer kt mum and daddy kat umah.nak balikkk…….

11. epal yg manis - April 1, 2008

nice..
eh..tlong bgi komen kt blog sya..
pokokepal.blospot.com..
blog ni bru wat je..

12. epal yg manis - April 3, 2008

ehh…
cmner nak wat yang side tepi tue..??
yang mcm part links tue..
tlong la ajarrrr..
durian ccah kcap??
ehmmm


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: