jump to navigation

KHAIRYMANIA=ulasan dan rumusan kepada Hikayat Khairy November 6, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
trackback

Minggu lepas aku terbaca suatu buku bertajuk Hikayat Khairy:Putera Oxford ke Putrajaya.Aku ingin mengulas hikayat ini dari pandangan seorang budak yang hingusnya masih pekat meleleh.Semoga ulasan dan pandangan ini mendapat impak yang baik dari pembaca sekalian.Yang baik itu datang dari Allah dan yang buruk itu datang dari kesilapan saya sendiri.

Hikayat Khairy menceritakan kisah Saudara Khairy Jamaluddin.Permulaan seorang manusia yang bernama Khairy ini sehinggalah memasuki gelanggang politik.Anak muda yang tidak punya apa-apa melainkan segulung ijazah dari Oxford, mula melibatkan diri dalam sepak terajang politik Malaysia.Dan penglibatannya mula memberi kesan kepada politik Malaysia.Dunia politik yang kotor diredahi.Anak kucing telah bertukar menjadi seekor harimau buas.Menunggu saat dan tika untuk menerkam musuh-musuh dan mangsanya.Jika anda telah membaca buku nukilan Yahaya Ismail bertajuk “Khairy Jamaluddin : Bakal PM? anda akan mendapati persamaan dalam ceritera ini.

ULASAN: Modus Operandi penghasilan Hikayat ini adalah lebih berbentuk serangan terhadap Khairy dan para pengikutnya.Saya segera teringat dengan Modus operandi yang sama telah dilancarkan terhadap Saudara Anwar Ibrahim melalui Buku “50 Dalil mengapa Anwar Ibrahim tidak boleh menjadi PM”.Serangan tersebut benar-benar mematikan dan melumpuhkan karier Dato’ Seri Anwar Ibrahim ketika itu.Adakah hikayat ini bertujuan melumpuhkan karier politik Khairy yang ketika ini sedang meniti kegemilangan seperti mana yang berlaku kepada Anwar dahulu.

Perbandingan penulisan di dalam hikayat Khairy ternyata lebih berunsur negatif dan tidak mengikuti lunas-lunas penulisan.Sewajarnya, tulisan haruslah bersifat adil dalam menilai sesuatu dan bukan bersifat menghentam.Dari segi bahasa, hikayat ini mempamerkan pengunaan bahasa yang keras dan tajam dalam menghamburkan sesuatu pandangan atau pendapat.Seharusnya setiap pandangan atau kritikan di bincangkan secara intelektual.Ini penting kerana menerusi penulisan secara berhemah, para pembaca dapat menilai sesuatu dengan logik dan waras.

Secara keseluruhannya,Hikayat Khairy merupakan suatu serangan peribadi ke atas Khairy dan konco-konconnya.Dunia politik yang busuk ditelanjangi habis-habisan di dalam hikayat ini.Politik kepartian adalah sesuatu yang mengerikan.Kawan boleh bertukar musuh menikam dari belakang.Sesuatu yang fitrah dalam dunia politik.

Kesimpulannya, Hikayat Khairy adalah bahan bacaan yang menarik.Bagi mereka yang ingin mengenali siapa itu Khairy Jamaluddin bolehlah membaca buku ini.Saya juga mengsyorkan sekiranya anda ingin mengenali politik kepartian yang kejam, bacalah buku ini.

Komen-komen»

1. axl rose - November 7, 2006

khairy nie seorang bakap pemimpin yang sedang meningkat naik..
dia sering utarakan perjuangan yang dikatakan elok la jugak.. walaupon patah tangan, namun dia tetap ketuai romongan penunjuk perasaan dgn rambut panjang dia… heheeh.. idup khairy

2. lurvlymaria - November 8, 2006

khairy, i lap u..
kalau la belum kawen, nak ngorat la khairy ni..

3. amien7 - November 8, 2006

khairy jamaludin..
memang seorang pemuda yg bijak pandai..
tetapi ada udang di sebalik batu. sama2 kita nantikan kemunculan beliau selaku kuasa besar yg akan mendominasi politik negara. hopefully segala tindak tanduknya tidak mengundang bahaya dan bencana terhadap negara Malaysia yg kita sayangi ini..peace, one love!!

4. nur_alyesha - November 9, 2006

Cayalaaa..kawan aku ni minat politik jugak rupenya. Aku lom abeh lagi baca buku tue.. Anyway ape yg aku baca stkt nie, nmpknye macham ada udang di sebalek mee. Kita wait n see ajelahhh.. Betoi ke x? Hehe.

5. indah@n-Da - November 10, 2006

hari tue chitchat wit ma frenz…so terkeluar crita nie, which i never know bout’ this before, until ma fren tue tg bukak ceta, i dont know whether its true or not, tapi seem like statement nie btul coz’ the others fren also know about this, for me its new i never heard it bfore,

….konon2 dulu(dah lamer dah) ader sorg pentilik (tukang tilik india yg terro konon)…telah buat pentilikan pasal politik Malaysia… in his statement he mention that; politik Malaysia was base on “R.A.H.M.A.N”.. that is bCoz Rahman(Tunku) was the 1st yg mula corak pentadbiran Mlaysia… but the interesting part is, dalam tilikan tue kata, pentadbiran Malaysia selepas “R.A.H.M.A.N” adalah satu pemerintahan yg hebat…
tilikan tue kononnya base on huruf on R.A.H.M.A.N….so maksudnya b’mula with R-Rahman, A-Abdul Razak, H-Hussien Onn, M-Mahatdir A-Abdullah N-Najib(maybe)…interesting coz tilikan nie kononnya tlah di buat lama dulu b4 nama2 pantadbir nie d ketahui… mention that selepas pentadbiran R.A.H.M.A.N ader pemerintahan corak baru yg hebat bermula…

entahlah, i dont know btul ker ceta member aku nie, coz’ tak pernah dengar pulak tilikan nie, but anybody who know please give some infomation coz’ aku dah cari kat internet tak jumpa aper2 pun yg berkaitan…

but, if the tilikan said pemerintahan yg hebat akan bermula selepas R.A.H.M.A.N..well really?? dalam kaca mata aku, ia dah bermula sewaktu pemerintan Tun… : ) …he was a smart n great administator…

so, kalaulah benar tilikan tue kan, wonder who is the next PM yg akan buat pentadbiran yg hebat…Khairy Jamaluddin????? ayoooooo……. :p upsss…..

6. kamarul - November 13, 2006

Teori Rahman ni dah lama sebenarnya.tapi ini semua kebetulan.Semua tu ketentuanNYA.Tapi selepas itu, ada pentadbiran yang hebat tu tak pernah di ketahui la pulak.Tapi kalau betul aku nak buat andaian aku la.Aku pernah terbaca suatu hadis Rasullulah.Lebih kurang, Baginda bersabda :Suatu masa nanti,Islam akan bangkit dari Timur.Kalau ikutkan maksud Hadis tu,Timur kemungkinan besar adalah Asia Tenggara.Ni yang aku kaji la.Salah mintak maaf banyak2.Kalau dikatakan ada pentadbiran hebat, aku andaikan bahawa Islam akan bangun di Malaysia dan mencorakkan sistem pentadbiran dan keseluruhannya.Sebab, kalau nak kata Indonesia, aku tak yakin Islam akan bangkit dari sana berdasarkan keadaan semasa.Memang jumlah penganut Islam ramai, tapi dah banyak yang tak betul.Kalau Islam itu bangkit di tanah air kita, Alhamdulillah.Sebab banyak petunjuk yang berlaku ke arah itu.Mari kita berdoa agar Malaysia adalah bumi yang akan menyuburkan kebangkitan Islam suatu masa nanti.Insya-Allah.

7. axl rose - November 13, 2006

suriani sedang menjadi penganalisis politik nie nampaknya…
teruskan niat murni tu.. tak rugi…
teruskan berkarya… blog nya mana? tak siap lagi ke?

8. axl rose - November 13, 2006

Mulanya Di Sini
Seha & Shuaib Freedom

Tibanya di sini
Bagai terulang lagi
Kisah yang indah
Di antara kita berdua

Sehingga di sini
Tiada berpaling lagi
Kita berteman
Seiring jalan dan sehaluan

(korus)

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Mulanya di sini
Ku kenali dirimu
Sehingga kini
Sehingga ke akhir waktu

Akhirnya di sini
Ku kenali hatimu
Sehingga kini
Kita akan terus berlalu

(korus)

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

Di hadapan kita ada jalan
Menuju di kejauhan ada sinar menanti
Di penghujung perjalanan ini

Oh… sambil bernyanyi
Mendendang senandung yang syahdu
Riangnya hati dan indah duniaku

(korus)

Sama sama menjejak mimpi
Sama sama mencari dan menanti
Segalanya direstui cinta sejati
Sama sama gunung didaki
Sama sama turun ke lembah sepi
Suka duka bersama dirasai

9. nuralyesha - November 14, 2006

Hobi sampingan. Daripada x wat pe2 kat umah, baca buku free pon alright jgk. Tambah pengetahuan… hehe. Dulu sebelum masok PLF nie, antara perkara yang plg aku x suka baca ialah politik. Kalau baca paper, mesti skip punye muka surat tu.Tapi sejak masok PLF n bila wat selection buku, paper n wat What’s New setiap bulan,baru la minat n faham siket2 tentang politik Malaysia. Cayalah PLF. Berjaya menyemai minat aku siket sebanyak tentang politik.

10. nuralyesha - November 14, 2006

Blog dah siap, tapi simple jer. Kalu kawan2 sume ada masa, tgk2lah blog saya di http://nuralyesha.wordpress.com.

11. lurvlymaria - November 14, 2006

x cantik la layout ni.. tukar la.. kalau x xde mood nak layari blog kau ni tau..

12. HARIZ HAZRIL - November 17, 2006

KAT MANA NAK CARI BUKU HIKAYAT KHAIRY JAMALUDDIN BEB

13. kamarul - November 17, 2006

boleh jenguk http://www.malaysia-today.net .saya pun dapat buku ni secara underground.

14. Pendekar Jagung - November 17, 2006

http://www.mykmu.net…Kj manusia buas..mmg pun..dia sengaja promosi Mat rempit..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: