jump to navigation

Iklan PETRONAS(RAYA) November 3, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
trackback

Pada kali ini, aku nak berbicara pasal iklan Tv komersial PETRONAS.Saban tahun, PETRONAS sering melakukan variasi dalam setiap iklan komersial mereka,khususnya menjelang musim perayaan dan sambutan kemerdekaan negara.Tahun ini, iklan Raya PETRONAS berkisar kepada hubungan kekeluargaan antara Ayah dan anak.Iklan yang durasinya sekitar 10-15 minit ini benar-benar memberi impak yang mendalam terhadap sanubari.(Bagi mereka yang benar-benar menghayati mesej yang cuba disampaikan) Iklan ini adalah hasil garapan Yamin Ahmad yang sinonim dengan setiap iklan PETRONAS.Sepanjang aku tengok iklan PETRONAS, tahun ni la aku rasa sebak.Aku terbayangkan kalau aku jadi watak Ayah tu.Aku terbayangkan aku cuma ada seorang je anak(Anak perempuan) yang dah kahwin.Masa tu pulak aku dah kematian isteri.Tinggal la keseorangan.Tambah memburukkan keadaan,aku nyanyuk. Kencing, berak pun dah tak terurus.Selalu sakit-sakit.Lepas tu, di jaga dek anak perempuan yang seorang ni.Masalah timbul bila Suami dia tak suka kehadiran aku.Macam mana reaksi kita??Ada saja benda yang tak kena pada hati menantu.Apa kita nak buat kalau situasi macam tu??Bila masa waktu makan, aku dikuarantinkan.Walaupun, aku nyanyuk di  masa itu,Perasaan marah tetap ada.Aku terfikir bagaimana pula perasaan anak perempuan aku?Dia pastinya berada dalam dilema.Antara kewajipannya sebagai seorang anak dan sebagai seorang isteri.Semuanya bercantum membentuk Figura-figura sebuah cerita keluarga.Realiti sebuah keluarga hari ini.Apa yang pasti, iklan ini memberi kita beberapa iktibar dan pengajaran dalam melayari hidup ini.

  1. Sayangi dan prihatin terhadap golongan orang tua terutama ibu-bapa kita.Mereka lebih memerlukan perhatian yang khusus dalam meniti usia lanjut.
  2. Pendidikan/Role Model-Ibu bapa seharusnya menjadi role model yang baik kepada anak-anak mereka.Segala perbuatan, tabiat mereka menjadi ikutan anak-anak.Ibu bapa harus memberi pendidikan terbaik dan seterusnya menjadi contoh terbaik kepada anak-anak.
  3. Kemaafan adalah dendam yang terindah.

Lagu yang dijadikan tema bagi iklan tersebut dinyanyikan oleh Ebiet G.Ade.Lagu yang bertajuk “Aku ingin pulang”.Selami dan hayati bait-bait lirik lagu ini.

Aku ingin pulang

Kemanapun aku pergi
Bayang bayangmu mengejar
Bersembunyi dimanapun
Selalu engkau temukan
Aku merasa letih dan ingin sendiri

Ku tanya pada siapa
Tak ada yang menjawab
Sebab semua peristiwa
Hanya di rongga dada
Pergulatan yang panjang dalam kesunyian

Aku mencari jawaban di laut
Ku sadari langkah menyusuri pantai
Aku merasa mendengar suara
Menutupi jalan
Menghentikan petualangan
Du du du

Kemanapun aku pergi
Selalu ku bawa bawa
Perasaan yang bersalah datang menghantuiku
Masih mungkinkah pintumu ku buka
Dengan kunci yang pernah kupatahkan
Lihatlah aku terkapar dan luka
Dengarkanlah jeritan dari dalam jiwa

ku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku ingin pulang uhuu
Aku harus pulang uhuu
Aku harus pulang

Komen-komen»

1. Minqalbi - November 3, 2006

Ya…..ibubapa adalah insan yang teristimewa dalam hidup kita..Tanpa mereka tak wujudlah kita di bumi ini. So hargailah mereka dan jgn ada sebesar zarah pun menyakiti dan mengguris hati mereka.
As Allah said:
وقضى ربك الا تعبدوا الا اياه وبالوالدين احسانا اما يبلغن عندك الكبر احدهما او كلاهما فلا تقل لهما اف ولا تنهرهما وقل لهما قولا
((كريما

“Thy Lord hath decreed, that ye worship none save Him, and (that ye show) kindness to parents. If one of them or both of them attain old age with thee, say not “Fie” unto them nor repulse them, but speak unto them a gracious word. (Al-Israk:23)

2. huda myasara - November 3, 2006

selagi ibu dan ayah masih hidup,hargai dan hormati mereka.jangan jadi macam citer malim kundang tu,susah kang..

3. indah@n-Da - November 3, 2006

sedih tgk iklan tue…

petronas tiap2 tahun memang power dalam buat hati terkesan tgk iklan rayer…

but iklan nie mmg touch…simple tapi cukup bermakna..harap semua yg menonton punya hati untuk faham…no matter whut, ibuayah adalah manusia2 yg cukup istimewa di hati di setiap manusia yg ada hati….

aku b’kata bukan sebagai anak yg baik-mungkin aku juga byk buat salah, byk sakit hatikan family…buat hal itu ini…tapi itu tidak menjadikan aku anak yg akan bunag ibuayah dia ke tepi, makan jauh di luar setaraf kucing…insyallah aku bukan gtue, semoga Allah lindungi hati2 kita untuk jauh dr melakukan perbuatan2 yg derhaka itu….

sedih sebab, bila tgk iklan2 gtue, even kita tak buat sesalah itu tapi setakat ini pun sudah byk buat salah sama ibubapa kan….kita tahu salah, tapi kita buat lagi esok…kita menangis menyesal hari ini tapi esok kita menangis mnyesal buat lagi….

kenapa manusia tak henti2 buat salah walau tahu itu salah…sebab itu manusia… tapi jangan jadikan alasan “sebab kita manusia tak lari dr kesilapan” sebagai alasan kita buat salah n trus buat salah… hari ni buat salah, besok kata “aku menyesal, tapi aku juga manusia tak lari dr kesilapan”…then lusa?? buat salah lagi…apalah ertinya…. (tapi kenapa aku terasa aku tergolong dalam golongan itu, golongan yg di kutuk oleh hatiku…sedang aku sama saja…manusia?? ”

semoga Allah lindungi hati kita… jagalah hati org2 tua, ibubapa kita selagi mereka ada….kerna manusia ini cuma rasa mnyesal saat kehilangan, tapi itu kan sudah tiada guna….jadi, kita perbetulkan lah hati ini…sayang mereka selagi mereka bisa memaafkan kesalahan2 kita…takut tiada esok untuk minta maaf….

(nasihat untukku dan untuk semua…)

: ) hanya bila hati bicara : n~Da

4. indah@n-Da - November 3, 2006

5. nur_alyesha - November 6, 2006

Insaf2… Moge jadik pengajaran wat sume. Aku pun mmg rasa sebak stp kali tgk iklan tu wpun dh berpuluh2 kali tgk.

6. amien7 - November 6, 2006

salam.
iklan ni memang menyentuh perasaan. agak sedih gak la apabila memikirkan ada lagi golongan manusia yang tak tahu berterima kasih terhadap orang tua yang penah berjasa membesarkan anak-anak. walaupun hanya bapak mertua (rujuk dalam iklan tersebut) kita sebagai generasi muda harus mengenang kembali susah payah orang tuan bekorban untuk anak. kesimpulannya, iklan ni memang best dan membawa keinsafan dalam diri anak-anak..sekian.

P/S: best aa ko marul letak topik2 camni. pasni ko letak cerita pasal ‘Hikayat Khairy’ plak key?

7. kamarul - November 6, 2006

insyallah Bro..aku dalam perancangan ke arah itu

8. lulu lala - November 6, 2006

salam…
tiap2 tahun iklan petronas mmg best…
tp yg paling aku suke….
“hati…. paru…. limpa…. sume ade mak…”

9. lurvlymaria - November 8, 2006

cayang2 abah, cayang2 emak..

ibu bapa lah org yg paling sayang kat kita kan?
takde tandingannya kasih sayang derang ni. cuma kita je kdg2 tak nampak..
mcm aku, bila dah kahwin ni, trasa sgt rindu kat parents..
walaupun selalu kene marah, tp dalam hati takleh nafikan derang tetap best!

10. abdullah - Disember 22, 2006

ahlan wasahlan

11. jaja - April 3, 2007

yup,aku rasa sedih jugak pasal iklan tu… cuba bayangkan kalau kita tua nanti anak2 wat kat kita gak? pkirlahhh

12. anas, ariff, fahmi, syafiq, fikri, zabri, aliff, husairi, kamil, rashidi, nizam, ghazmil - Julai 11, 2007

selamat adalah orang yang menyesal kerana mempunyai satu-satunya anak yang kurang ajar kepadanya. masa anaknya hendak mesyuarat, selamat di depan sekolah anaknya. dari tingkat 2 sekolah anaknya, anaknya menyuruh selamat pergi pulang ke rumahnya. tujuan selamat hanya untuk mengambil anaknya selepas sekolah, tetapi anaknya mengusir ayahnya seperti seekor kucing. bagaimana hendak jadi dengan dunia ini?

(kejadian ini berlaku pada bulan april atau mei di sekolah menengah bandar tasik selatan, kuala lumpur. anaknya seorang pengawas, bernama syahir)

semoga Allah melaknat orang sedemikian, Amin!!!!!!!!!

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: