jump to navigation

Hamzah Fansuri:Ahli Sufi dan Pelopor Sastera Melayu Moden Oktober 17, 2006

Posted by kamarul in sastera melayu.
trackback

SYEIKH Hamzah Fansuri ialah seorang ulama dan pujangga besar Melayu. Beliaulah penyair Melayu pertama yang menggubah syair-syair bersifat agama. Hamzah Fansuri dipercayai dilahirkan pada akhir abad ke-16 di Barus atau Panchor, Sumatera Utara. Panchor disebut Fansur dalam bahasa Arab. Pada tahun 1726, Francois Valentijn dalam bukunya Oud en Nieuw Oost-Indie (Hindia Timur Lama dan Baharu) pada bab mengenai Sumatera, menyebut Hamzah Fansuri sebagai seorang penyair yang dilahirkan di Fansur.

Karya-karya Hamzah Fansuri telah dikaji oleh para sarjana Timur dan Barat iaitu Kraemaer, Doorenbos, Al-Attas, Teeuw, Brakel, Sweeney, Braginsky dan Abdul Hadi.

Kajian al-Attas yang merupakan analisis semantik dianggap sebagai kajian yang paling menyeluruh dan hebat terhadap pegangan mistisisme Hamzah Fansuri.

Pada masa yang sama, kajian mereka ini telah memberikan penjelasan yang amat penting mengenai sumbangan Hamzah terhadap sastera Melayu.

Pemikiran dan pegangan Hamzah Fansuri terpancar dalam karya-karya beliau meliputi karya prosa dan puisi.

Hamzah adalah pengembang tarekat Wujudiyah. Gambaran tentang ajaran Wujudiyah ini dapat dikutip daripada karangan beliau Asrar al-Arifin dan Sharab al-Asyikin.

Fahaman ini beranggapan bahawa segala makhluk itu pada asasnya esa, kerana wujud daripada zat Allah.

Dalam hujahnya menerusi kitab-kitab ini, terkesan bahawa Hamzah terpengaruh dengan faham Ibn Arabi, ahli tasawuf yang masyhur pada akhir abad ke-12 dan awal abad ke-13.

Selain itu, Hamzah turut menyisipkan dalam karangannya kutipan-kutipan ahli tasawuf Parsi seperti al-Junaid, Mansor Hallaj, Jalaluddin Rumi, Abi Yazid Bistami, dan Shamsu Tabriz.

Karangan-karangan prosa Hamzah yang terpenting ialah Asrar al-Arifin (Rahsia Orang yang Bijaksana), Sharab al-Asyikin (Minuman Segala Orang yang Berahi) dan Zinat al-Muwahidin (Perhiasan Sekalian Orang yang Mengesakan).

Syair-syair beliau pula ialah Syair Si Burung Pingai, Syair Si Burung Pungguk, Syair Sidang Fakir, Syair Dagang dan Syair Perahu.

Melalui hasil karangannya, dijelaskan mengapa orang harus mencari Tuhan dan juga sebagai garis petunjuk untuk mencari Tuhan.

Syair-syair Hamzah sarat dengan estetika, ilmu dan falsafah diolah berdasarkan pengaruh pantun menampakkan bahawa Hamzah menguasai puisi Parsi bersifat tasawuf dan memupuk rasa cinta akan Allah.

Hamzahlah penyajak Melayu pertama yang menggunakan syair dalam tulisan agama.

Winstedt mengatakan cara pemikiran Hamzah sesuai dengan pemikiran yang terdapat dalam karangan-karangan ahli-ahli falsafah, pujangga dan pengarang-pengarang besar Barat seperti St. Augustino (354-430), John Lyly (1553-1606), Francis Bacon (1561-1662), John Milton (1608-1674), Sydney Smith (1771-1845) dan lain-lainnya.

Pengiktirafan tersebut mewajarkan Hamzah Fansuri diangkat sebagai pelopor kesusasteraan Melayu moden di alam Melayu.

Ihsan dari: Muhamad Ikhram Fadhly bin Hussin (Penulis)  http://dbp.gov.my

Komentar»

1. Halim - Februari 9, 2007

Dalam internet belum ada lagi pantun pantun melayu oleh Hamzah Fansuri. Letih saya mencarinya, tak juga jumpa. Komen atau maklumat lain mengenainya ada banyak.

Begitu juga dengan karya karya nya masih lagi ketandusan untuk di komen.

Saya sedang menunggu kalau ada melayu yang rajin dan terperinci menyediakan bahan bahan berkaitan Hamzah Fansuri.

BOleh di katakan bahan2 bercorak sastera melayu lama yang mungkin menjadi bahan buruan pelajar pelajar atau orang yang berminat masih terlalu amat kurang di internet.

Kalau ada pun bahan bahan itu cuma dalam pengiklanan buku. Masih lagi dalam lingkungan mencari keuntungan dalam menjual buku buku seperti itu yang kalau terjual pun tidak banyak untungnya dan dalam jumlah kecil. Ianya lebih dari menyebarkan maklumat yang bernilai untuk tatapan umum.

Akhir sekali, kemajuan para melayu boleh di ukur dari berapa terperincinya bahan bahan yang di paparkan di internet. Bukan sekadar bahan bacaan ringan atau cuma rumusan umum tentang subjek yang di bincangkan.

Selagi tidak begitu. Kita masih ketinggalan.

2. AKU ADALAH AKU YANG TIDAK PERNAH ADA AKU. - Februari 10, 2007

HAMZAH FANSURI PERNAH BERKATA; BARANG SIAPA YANG MENGENALI TUHANNYA, NESCAYA HANCUR LAH DIRI… KENYATAAN ITU BENAR2 MEMBUATKAN AKU MENGIAKAN KEBENARAN INI. KERANA AKU TELAH MATI DALAM HIDUP…..

3. AKU ADALAH AKU YANG TIDAK PERNAH ADA AKU. - Februari 10, 2007

WUJUDKU HANYA WUJUD ALLAH.

4. Arjuna - Julai 7, 2007

Bila ada wujudku , wujud Allah …. di situ ada dua kewujudan. Tidak mungkin adanya alam dulu baru Allah. Memang benar kata2 Syeikh. tetapi ianya bukan dengan sembarangan. Pasti ada bukti dan dalil. Selaklah Surah An Faal ayat 2. Fahamilah.Bertanyalah pada ahli ariffin. Ingat kata Hujjatul Islam Al Ghazali …. “Rasakan dari kalimah La illa ha ilul ALLAH …. Allah itu di rasa ‘adanya; bukan di fikirkan. Jika tidak tersesatlah di dalam Wahdatul Wujud yang tidak di tuntuni. Akal tidak akan menjangkau kerna akal itu lemah tetapi ‘iman’ yang mampu menjangkau.

Buat Saudara Halim … carilah Kitab ini 1) Hamzah Fansuri – Risalah Tasawuf dan puisi-puisinya. Terbitan Mizan.
2) Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan karya karya sufi. Terbitan Khazanah Fathaniyah. Kuala Lumpu 1996.

Di situ ada penjelasan dan komentar terhadap puisi puisi Sang Syeikh.

Syeikh pernah bersyair …. Hamzah Fansuri di dalam Mekah
Mencari Tuhan di Bait Al Kaabah
Di Barus ke Qudus terlalu payah
Akhirnya bertemu di dalam rumah.

Hamzah Syahr Nawi zahirnya Jawi
Batinnya cahaya Ahmad yang safi
Sungguh pun ia terhina jati
Asyiqnya daim akan Dzat Al Bari

Dan banyak lagi bacaan untuk di kaji seperti tulisan tulisan Inbu Arabi , Maulana Jallaludin Rumi , Surahwadi Al Maktub , Al Hallaj , Syeikh Abdul Qadir Jailani , Abu Yazid dan juga Syeikh Siti Jenar.

Salaam

5. salehassan - Julai 7, 2007

ada sesiapa memiliki the mysticism of hamzah fansuri atau pernah membacanya,diharap dapat membantu kerana saya memerlukannya.buku telah saya bacai 10 tahun dulu.apa yang saya ingat hanya terdapat di unversiti sahaja

6. salehassan - Julai 7, 2007

ucapan ‘AKU’ memang senang,menandakan kesombangan,riak,bongkak bukan takat sesuka hati,gunakanlah sebaik mungkin kerna menurut imam ghazali sombong,riak,bongkak itu selendang ALLAH AZZAWAJAL

7. ilham - September 2, 2010

1) Hamzah Fansuri – Risalah Tasawuf dan puisi-puisinya. Terbitan Mizan.
2) Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan karya karya sufi. Terbitan Khazanah Fathaniyah. Kuala Lumpur 1996.

Mengingatkan aku semasa di tingkatan 6 dulu!


Tinggalkan Jawapan

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Tukar )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Tukar )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Tukar )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: