jump to navigation

Jogho=Juara Oktober 16, 2006

Posted by kamarul in Filem.
trackback

Filem Jogho Pernahkah anda melihat pertandingan laga lembu di Malaysia?Memang perlagaan lembu adalah haram di sisi undang-undang Malaysia.Tetapi, jika anda ingin juga merasai sendiri pengalaman bagaimana lembu-lembu diadukan secara kejam, boleh lah berkunjung ke selatan Thailand.Di sini tradisi perlagaan Lembu masih lagi wujud dan ia menjadi suatu aktiviti riadah serta hiburan bagi warga Thailand di sana.Namun, apa yang ingin dibincangkan juga adalah berkaitan dengan laga lembu,dan simboliknya kepada kehidupan masyarakat Melayu.

Filem Jogho diangkat ke layar perak oleh pengarah tersohor U-Wei Haji Shaari di adaptasikan dari Novel Juara karya S.Othman Kelantan.

Sinopsis: Mamat (Khalid Salleh) terkenal kerana kehandalannya mengadukan lembu.Mamat sebenarnya adalah seorang pemain politik.Politikus yang kalah dalam pilihanraya di sebuah daerah di Kelantan.Lalu, membina hidup yang baru bersama-sama keluarganya di selatan Thailand.Saat itu, bermulalah era baru dalam dunia Mamat.Dunia laga lembu.Pada suatu hari, kawan baiknya, Mat Lazim telah mati ditembak setelah pulang menyertai suatu pertandingan laga lembu.Mamat berazam untuk mencari dan menuntut bela di atas kematian kawan baiknya itu.

Komen:Khalid Salleh sememangnya seorang pelakon yang berkarisma.Berikanlah watak apa pun, pasti dia mampu melakonkannya dengan begitu baik.Lakonan mantapnya menghidupkan filem ini.Lakonannya benar-benar hidup.Watak Mamat sebagai seorang ketua keluarga, Ketua kepada kumpulannya dalam usaha menjejaki pembunuh Abang Lazim benar-benar dihayati.Ekspresi menerusi dialog, mimik muka menambahkan lagi karisma Khalid sebagai pelakon berbakat besar.Dari segi bahasa, filem ini memerlukan penghayatan kerana loghat Kelantan yang digunakan agak pekat bercampur aduk bersama dialek Patani.Menerusi filem ini, U-Wei cuba menyampaikan mesej bahawa para politikus yang berada dalam dunia politik sama seperti dua ekor lembu yang berlaga sesama sendiri demi mendapatkan keuntungan yang tak seberapa.Jatuh-menjatuhkan antara satu sama lain.Itu adalah lumrah dalam dunia politik.Politikus juga digambarkan seperti lembu yang boleh dicucuk-cucuk hidungnya dan membiarkan sahaja diri mereka di guna dan menggunakan sesama sendiri demi kepentingan masing-masing.Lewat cerita, kita akan mengetahui siapa Jogho atau juara.Siapakah juara itu?Jogho adalah sebuah filem artistik.Filem yang benar-benar membuka minda kita menelusi falsafah politik dan kehidupan.Menggunakan watak lembu yang diadu, ia membuka ruang untuk penonton berfikir tentang kehidupan.Memetik kata Afdlin Shauki “Filem bukan sekadar medium untuk berhibur tetapi juga berfungsi sebagai alat untuk mendidik masyarakat”.Mungkin penonton kita bukanlah penonton yang sentiasa berfikir, tetapi sesekali meluangkan masa melihat filem sebegini akan membuatkan kita berfikir kembali tentang hidup yang kita jalani ini.Siapa tahu kan??

Komen-komen»

1. the legend - Oktober 17, 2006

inilah filem yang aku beli masa aku konvo taun 1999 dulu… masa tu dia juai VHS ja, aku beli kat pkns.. hahahaha

tapi crita nie mmg best.. walaupon slow ja, lagu background pon slow ja…
itu lah filem yang aku tengok adlin aman ramli berlakon kecek qlate…
kechek qlate belako smuo orhe dalae crito tu…

hahaha… “pok mak, ayoh keno bedil”…(pak mat, ayah kena tembak)…

wan hanafisu pon berlakon jugok… kawe meme suko crito tu, walaupun dio bukae crito biaso, tapi best la…

2. the legend - Oktober 17, 2006

menuruk crito ni,

pok mak tu mati last-last…anjang aku @ baharudin omar adalah abg kepada pok mak tu…

3. the legend - Oktober 17, 2006

crita nie ada unsur2 mcm dalam novel Juara yang asal tu la…
dia punya stail crita nie ada masuk unsur flashback la…masa mula2 crita, dia tunjuk org tengah bacha talqin kebumikan pok mat tu….

lepas tu baru dia tunjuk crita yang mula2… hehe
last sekali baru dia tunjuk mcm mana pok mat tu mati… kena tembak kat gelanggang lembu… tu la dia stail org kampong… maseh ada unsur2 lama

4. kamarul - Oktober 18, 2006

Mana plak pak Mat Mati.Dia kena tangkap dak polis.Sebab Wan Hanafi Su nak tembak dia.Tapi Sabri Yunus tembak Wan hanafi Su.Tapi Mamat take responsibility bahawa dia yang tembak.

5. kamarul - Oktober 18, 2006

Yang Mati tu Abang Mat Lazim.Kawan baik dia la.

6. Ray EL-Hadid - Oktober 18, 2006

Perlawanan Laga Lembu nih, sehingga lebih kurang 100 tahun dahulu, amat popular di Kelantan, selain Laga Kerbau, Laga Ikan, Laga Ayam, Laga Kambing ( betul, laga kambing pun ada ! )

Kat sini ade gambar berkaitan ==> http://raykinzoku.fotopages.com/?entry=865603

Btw, I watched the movie in 2000. Really enjoyed it for its unique presentation.

7. the legend - Oktober 19, 2006

aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

ok ok.. aku silap wahai president kamarul yang mulia…

betul betullll
alkisahnya begini, abg lazim tu yang mati kena tembak kat kepala dia, si wanafisu yang bedil dia… pok mak tu chuba pertahankan keadaan dia… betui betui la… aku lupa la plak…

sori na abg president… ampun dipinta dari yang mulia…

8. the legend - Oktober 19, 2006

bukae ko abg lazim tu abe kepado pok mak tu? bukae ko demo adek-beradek?

9. asyraf - September 29, 2009

nih adalah cerita adaptasi dari novel juara.. so u-wei haji saari dah beli hak cipta dari pengarang.. so kiranya dah ikot suka dia la nak buat cena pown.. (sori nih tesis aku) aku kaji filem nih

kamarul - September 29, 2009

Mmg adaptasi pun….kenapa nak marah-marah wahai cik Asyraf?Tesis?Tak payah berlagak dengan tesis hang tu..berlambak-lambak orang buat tesis pasal U-Wei ni.Jangan la ingat hang sorang je yang buat


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: