jump to navigation

Part 1. Oktober 12, 2006

Posted by kamarul in Cerpen Bersiri.
trackback

Ibrahim menjadi kaget.Dengan tidak semena-mena, rumahnya penuh dengan penduduk kampung yang datang berbondong-bondong ke rumahnya.Ibrahim mempercepatkan kayuhan.Perasaan ingin tahu menunjal-nunjal di pelusuk hatinya.Dari jauh kedengaran sayup-sayup bacaan Surah Yaasin dibawa angin petang ke pelusuk kampung.Ibrahim semakin tidak keruan.Hatinya di hambat dengan sejuta persoalan.Pak Walid telah sedia menantinya di beranda rumah.Ibrahim segera menuntun basikalnya melintasi beranda rumahnya yang kelihatan sesak dengan orang ramai.Pak Walid segera mendapatkan Ibrahim cuba untuk masuk melalui pintu dapur yang sedang sesak dengan orang kampung sedang mengikuti doa tahlil.Ibrahim bertambah hairan dengan keadaan di rumahnya.Seolah-olah seperti adanya pesta di rumahnya.

“Pak Walid, kenapa Orang kampung ramai sangat di rumah saya hari ni?”.Soal Ibrahim.Di wajahnya tertera perasaan kurang selesa dengan kehadiran orang kampung ke rumahnya tanpa alasan yang kukuh.Pak Walid diam membatu tanpa kalimat dibibirnya.Seolah-olah ada sesuatu yang tersangkut di halkumnya.Dia segera memandang Ibrahim yang tidak sabar-sabar menantikan patah-patah ayat keluar dari mulutnya.Di pandangnya anak muda yang berkulit sawo matang itu.Timbul pula perasaan simpati pada pemuda itu.Dalam usia yang terlalu mentah dia terpaksa menerima dugaan sebegini.Pak Walid masih ingat 2 tahun lepas, ibu Ibrahim Mak Siah telah menemui ajalnya dalam nahas jalan raya.Hari ini, bapa Ibrahim, Pak Sutan pula dijemput oleh Rabbul Jalil.Mampukah anak muda ini menghadapi ujian yang berat ini?Pak Walid berfikir sendirian.Dia harus memberitahu perkara yang sebenarnya.Dan mengharapkan agar anak muda di depannya tabah menerima kenyataan.

“Pak harap, Ibrahim dapat bersabar dan tenang ya?Semua ini takdir dan kita harus terima Ketentuan dariNYA.Ibrahim seperti dapat membaca sesuatu dari patah-patah perkataan yang keluar dari mulut Pak Walid.Sepantas kilat, dia berlari meninggalkan Pak Walid yang masih lagi terpinga-pinga dengan tindakan Ibrahim yang tidak diduga itu.Ibrahim berlari-lari ke laman rumah dan merempuh masuk mendapatkan mayat Pak Sutan yang terbaring kaku ditengah ruang tamu.

Komen-komen»

1. budak itm jan 96 - Oktober 13, 2006

sapa terer buleh sambong plak…
arjuna nie mmg bercita-cita nak jadi sorang penulis script…

2. amien7 - Oktober 16, 2006

Ibrahim dengan pantas memangku mayat Pak Sutan lalu digoyang-goyangkan jenazah itu umpama kucing sedang menikus. tetapi Pak Sutan tak memberi sebarang respon. Ibrahim lantas berlari ke dapur pula mengambil semangkuk ‘cornflake’ dengan tujuan untuk mengumpan Pak Sutan, manalah tahu kalau tindakannya itu dapat mengejutkan Pak Sutan dari lena kerana makanan itu adalah makanan kegemaran Pak Sutan.walaubagaimanapun, perbuatannya itu sia-sia belaka, Pak Sutan tetap kaku di ruang tamu.lalu dengan hampanya Ibrahim pun memakan ‘cornflake’ yang dibawanya tadi -end-

moral of the story: tak baik membazirkan makanan.

3. DBS INS - Oktober 16, 2006

tengok amin tu.. amin memang dianugrahkan Ilahi dengan bakat yang terpendam menulis crita raa’yat yang penuh dengan unsur2 nasehat la…
amin nie walalaupon sorang yang hiphop dan remp-it.. tapi dia mempunyai unsur2 perikemanusiaan yang tinggi…

idup amin…


Tinggalkan komen