jump to navigation

PERDANA MENTERI YANG SETERUSNYA Oktober 10, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI.
trackback

Agak lama aku menyepikan diri dari menulis dalam blog ni.Bukan apa,masa yang ada agak terbatas.Tambahan pula, aku kini sibuk menyiapkan cerpen.Jadi memang tiada masa untuk menulis di blog sendiri.Aku pun tak punya topik untuk diperkatakan.Tapi cuma aku terfikir pasal kemelut politik dalam negara kita.Bekas Perdana Menteri,merangkap President PLF sendiri,Tun Dr Mahathir Mohamad dan Perdana Menteri kelima Malaysia, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi @ Dollah Konsert.Sebab dalam tahun ni sahaja banyak konsert dibenarkan.Jauh lebih banyak pada zaman Tun memerintah.Apapun, bukan itu soal utamanya.Soalnya, kemelut diantara kedua-dua pemimpin negara ini.Aku bukanlah pemerhati politik atau politikus yang hebat.Cuma melihat dari kacamata seorang rakyat biasa.Perang yang bermula dengan hebat telah pun beransur-ansur reda.Mungkinkah perang ini akan tamat?Perang akan terus berlaku sehinggalah pihak yang terlibat mendapat jawapan masing-masing.Persoalannya, jawatan Perdana Menteri itu seolah-olah suatu titik permulaan untuk mendapatkan kuasa yang total.Sebaik sahaja diisytihar Perdana Menteri,Beliau akan melantik Menteri-menteri kabinetnya yang terdiri daripada Pak lawak, Tukang karut, Tukang kipas yang akan bekerja bersama Perdana Menteri.Kebanyakan dari mereka ini bukanlah ikhlas utuk bergelar Menteri.Cuma inginkan pangkat,kontrak dan tender untuk diagihkan kepada pengampu-pengampu mereka.Akhirnya bermacam-macam masalah timbul akibat penyalahgunaan kuasa yang melampau.Penyalahgunaan kuasa oleh Perdana Menteri juga tidak terkecuali.3 tahun pertama bergelar Perdana Menteri, dia akan dicap sebagai Perdana Menteri paling telus.5 tahun selepas itu, ada suara-suara membangkang polisi kepimpinan mulai kedengaran.Cakap-cakap belakang,bahawa anak menantu semua dapat tender dan projek sudah kedengaran.Akhirnya selepas 10 tahun memegang jawatan PM,dia benar-benar korupsi.Lihat apa yang terjadi kepada Ferdinand Marcos.Presiden Filipina yang memerintah secara diktator dan korupsi akhirnya jatuh tersembam bila rakyat melakukan revolusi.kita paling sejenak pada Indonesia.Suharto yang memimpin Indonesia lebih dari 30 tahun juga tersungkur, bila mana rakyat mulai memberontak.Setelah menyedari, mereka ditipu dan di pergunakan.Sewajarnya, Malaysia menghadkan penggal pemerintahan bagi seseorang Perdana Menteri,seperti mana yang dilakukan oleh Jepun dan U.S.Setiap Presiden atau Perdana Menteri haruslah memerintah tidak lebih dari 2 penggal.ini adalah untuk menggelakkan “abuse of Power”.Memegang tugas Perdana Menteri bukanlah tugas yang mudah.Pemimpin adalah ‘Khadam’ kepada rakyat.Bekerja untuk kepentingan rakyat.Bukan bekerja bersama rakyat tetapi hasilnya nanti dinikmati oleh juak-juak atau suku-sakat sendiri.Khalifah Umar Al-Khattab dalam ucapannya semasa di bai’ah selaku pemimpin selepas Abu Bakar mengatakan “Sekiranya aku berbuat salah dalam masa aku memerintah tegurilah aku”.Bangun seorang lelaki yang berkata “Wahai Umar,kiranya kau silap, pedang ini akan meluruskannya”.Pengajarannya, menjadi tugas rakyat atau pembantu-pembantunya(Menteri Kabinet) untuk menegur kiranya ada kesilapan yang dilakukan oleh Perdana Menteri.Tapi hari ini, segala keputusan Perdana Menteri akan diangguk-angguk setuju oleh kabinetnnya.Seperti seekor kucing yang diepuk-tepuk manja kepalanya.Menteri-menteri yang ikhlas menjalankan kerja boleh dikira dengan jari.

Kesimpulannya,Sesiapa pun yang menjadi Perdana Menteri yang seterusnya akan mewarisi legasi peninggalan Perdana Menteri sebelumnya.Jadi, tidak hairanlah mengapa amalan-amalan korupsi dan salah guna kuasa sentiasa ada dan ianya semakin meningkat.Perdana Menteri baru akan mewarisi pimpinan, gaya dan polisi Perdana Menteri terdahulu, sebelum berfikir tuk berubah.Ibarat Seorang bomoh yang menurunkan ‘belaannya’ kepada perwarisnya.Dan belaan itu akan disimpan sehingga mati sebelum diturunkan kepada perwaris yang baru.Begitulah perihal Perdana Menteri di Malaysia.Seperti kata pemikir dan pengkaji politik yang menyatakan bahawa politik di Malaysia adalah paling unik di dunia.Unik kerana pengundi-pengundinya atau kerana sistem itu sendiri?Fikir-fikirkan lah.Semoga berjumpa lagi.

Komen-komen»

1. suzila - Oktober 10, 2006

ya.. itu semua permainan duniawi..

2. indah@n-Da - Oktober 10, 2006

“Seperti kata pemikir dan pengkaji politik yang menyatakan bahawa politik di Malaysia adalah paling unik di dunia.Unik kerana pengundi-pengundinya atau kerana sistem itu sendiri?”

both…
hari ini siapa yg mahu naik ke atas, perlu pandai manganggukkan dan meng’iyakan apa yg di arahkan, itu kesetiaan yg dipergunakan oleh org atasan… life…

macam legenda lapuk Hang Tuan dan C Jebat… kesetiaan VS keadilan?? kebodohan Vs kebodohan!!!?? samada kebodohan c Tuah yg lupa sorg sahabat lama yg ingin menbelanya, atau c Jebat yg menbela untuk suatu yg mengkhianatinya… Kebodohan Vs Kebodohan!!!

but its realiti, hanya yg konon mempamerkan kesetiaan akan trus berada di atas… mana yg bersikap extremis’ hanya akan di pandang serong bila m’utarakan hujah2 ketidakpuashatian…akhirnya c extremis’ hanya akan di pulaukan, di buruk2kan di media, dan kehilangan maruahnya..mcm c Jebat, asalnya pahlawan tersohor namun kerna bisa mulutnya inginkan keadilan, akhirnya makan diri sendiri…malah lagenda pahlawan tersohor akhirnya berakhir sebagai penderhaka…..di mana adilnya??….. life…

kerna itulah uniknya sistem politik kita… kalo mahu ada di atas, angguk dan iyakan saja… kalo ingin berlaku jujur dan mengkritik kepimpinan, itu mengundang bala…. that y, org akan memilih untuk “angguk dan meng’iyakan”…. kerna yg “menidakkan” sure jadi jadi black list untuk di jatuhkan…… its politik…the one who want to b in this area, got no choice than to obey…

what r life kan?? : )

3. mirjam nathias - Oktober 10, 2006

perdana menteri seterusnya adalah mr mun… yang ke-8 la nanti tu….

4. kamarul - Oktober 12, 2006

Siapa itu Mr Mun? Ahli Muzik,Lawyer, Majistret.Huh!Librarian sahaja rupanya.Ada hati ingin menjadi PM.

5. amien7 - Oktober 12, 2006

politic sucks dude! semua tu permainan di mata rakyat sahaja..even the best country leaders can become the victims of politicanisme ..haha..kesimpulannya, berdoa saja la agar politik ni tak menjejaskan kehidupan aman dan damai yang dikecapi di Malaysia ini…

6. kamarul - Oktober 12, 2006

Yup. are rite.

7. Kamarul - Oktober 12, 2006

Wei kasi la idea aku nak buat apa tuk tajuk atau topic blog aku.Plz ya

8. mirjam nathias - Oktober 12, 2006

walaupon politics nie sucks…
kalau xda politik, kita tak da la sampai mcm ari nie.. bule hidup dlm keadaan yang senang dan damai nie… oleh itu bersyukorlah
apa yang telah dibuat oleh orang2 nie….

biasalah beb, dalam politik msti ada taktik kotor beb.. tak boleh elak nie… aku pon nmpak beb… wakenabeb…

9. The Great Munmon - Oktober 13, 2006

🙂. Perdana Menteri ke-8?? ahhahahhaha. Jadi suami pun belom tentu.😀

10. amien7 - Oktober 17, 2006

encik mun nak jadi suami ker?hahhaaha..cakap tak percaya dengan institusi perkahwinan..jadi gay la oiii…

11. lurvlymaria - November 8, 2006

pe kata kau yg jadi NEXT PM? hehehe


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: