jump to navigation

Pagi.. Mei 15, 2006

Posted by kamarul in Uncategorized.
trackback

Jam menunjukkan 5.30 pagi.Aku terjaga dari tidur.Bingkas bangkit menuju bilik air.Bersiap mandi untuk ke tempat kerja.Sesungguhnya inilah rutin harianku selama 5 bulan ini.Memang sungguh membosankan.Setiap hari, terpaksa bangun awal tatkala manusia lain masih di ulit mimpi dan di selimuti dengan dingin pagi yang nyaman.Memang nyata menjengkilkan.Setelah bersiap,aku segera turun ke Kedai Mamak yang tidak begitu jauh dengan tempat tinggal ku.Jam menunjukkan jam 5.45 pagi.Aku segera bergerak dengan pantas menuju ke kedai Mamak.Aku tak punyai banyak masa.Aku pasti, tak lama nanti, sepupu ku akan sampai.Ketika aku hampir sampai ke kedai mamak, aku terlihat sekumpulan India yang sibuk menyusun suratkhabar untuk hari ini.Aku tiba-tiba menjadi tertarik dengan ketekunan mereka.Lantas,aku menghampiri kumpulan india ini.Berpura-pura seolah-olah ingin menatap berita-berita utama yang terdapat pada suratkhabar hari ini.Aku di tegur salah seorang dari mereka.Seorang India yang agak berusia.Dan aku mulai berbual dengan lelaki ini.Dari perbualan kami aku mengetahui bahawa kumpulan india ini memulakan aktiviti mereka seawal jam 4.00 pagi dan kadang kala seawal jam 3.30 pagi.Aku mulai terfikir bahawa dalam hidup ini tiada apa yang mudah untuk berjaya.Aku sentiasa merenggus ketika ingin ke tempat kerja.tetapi Lelaki India itu telah melakukan kerja penghantar surat khabar hampir 25 tahun.Seusia dengan ku.Dan katanya inilah kerja hariannya.Aku termanggu seketika.Aku tersedar suatu perkara.Kiranya kita merasakan diri kita senang,ada manusia yang lebih senang dari kita.Begitu juga sebaliknya.Aku tersedar.Memikirkan hidup ini hanya persinggahan sementara.Seperti mimpi di kala kita tidur.Itulah hidup sebenarnya.

Komen-komen»

1. leeya - Jun 29, 2006

sedih plak aku baca. insaf..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: