IKLAN September 8, 2009
Posted by kamarul in Uncategorized.add a comment
Sekiranya anda memerlukan penulis skrip khasnya dokumentari…Anda boleh menghubungi atau menghantar email atau berhubung terus kepada saya.Selain itu,saya menyediakan research atau membuat kajian khasnya berkaitan dokumentari berbentuk sejarah.
MJ&DIANA:Simbol Perang Salib?? Julai 15, 2009
Posted by kamarul in Uncategorized.add a comment

Dunia masih lagi menangisi hilangnya Micheal Jackson@Muhammad Mikail. Hampir setiap hari berita tentangnya masih lagi menjadi bualan dunia. Antaranya MJ mati dibunuh oleh para doktor peribadinya. Adakah benar dakwaan ini?Mungkin benar,mungkin juga kebetulan. Ruangan saya kali ini adalah untuk mengajak anda berfikir sejenak. Kalau tidak ingin berfikir, baca dan renungkan.
2 bulan sebelum bermulanya konsert jelajahnya,MJ telah mengucap syahadah di hadapan Yusuf Islam(Cat Stevens)menjadikannya Muslim memakai nama Muhammad Mikail. Adakah ini memeranjatkan dunia?jawapannya ya! Micheal Jackson merupakan antara ikon hiburan dunia. Kelincahannya di atas pentas menjadikan Micheal antara idola jutaan peminat di dunia. Kehebatannya setanding dengan Elvis Presley,Raja Rock n Roll.
Kesuraman hidupnya yang penuh kontroversi menjadikannya tumpuan. Setiap hari,media dan peminat menanti kisah hidupnya. Sebaliknya MJ menemui Nur dalam hidupnya iaitu Islam. Penemuan kebenaran juga bermaksud pengakhiran kepada hidupnya. Kenapa saya katakan begitu?
Islam tetap menjadi ancaman bagi Zionis dunia. Pengislaman MJ bermakna bahaya bagi kedudukan mereka. Seperti yang disebut diatas MJ mempunyai aura dan kekuatan tersendiri di kalangan peminat. Tidak mustahil, Pengislaman MJ menjadi satu titik tolak kepada perubahan kepada pencarian tuhan bagi masyarakat Amerika yang kian ramai mempersoalkan hakikat ketuhanan yang mereka anuti selama ini.
Pengislaman MJ dari satu segi merupakan kemenangan moral kepada masyarakat Islam yang ditindas di mana-mana. Hakikatnya,Pengislaman MJ memberi mesej penting kepada Konspirator dan gerakan Zionis dunia bahawa
Islam harus disekat dan MJ,seorang ikon muzik dunia harus dibunuh. Dibunuh bagi mematikan pengaruh dan legasinya. Atas alasan inilah MJ dibunuh. Perancangan rapi dibuat seolah-olah kematian MJ adalah kemalangan. Masih ragu-ragu?Kita lihat kes kedua.

Masih ingatkah kita terhadap Puteri Diana,Puteri yang menjadi idola dunia kerana kecantikan dan kehebatan imej yang sering menjadi ikutan wanita. Bagaimana kematiannya. Tanggal 31 Ogos 1997,Puteri Diana mati akibat nahas jalanraya. Bukan untuk menafikan bukti,tetapi kita ingin melihat persamaan kes ini dengan kes kematian MJ.
Selepas berpisah dengan Putera Charles,pewaris takhta kerajaan England Puteri Diana dilihat intim dengan Dodi al-Fayed. Dodi al-Fayed merupakan anak kepada jutawan hotel Ritz iaitu Mohammed al Fayed. Dipercayai bahawa kemalangan itu telah dirancang. Apa yang anda dapat simpulkan di sini?
MJ menyahut seruan illahi setelah bergelar Muslim. Manakala Puteri Diana mati bersama kekasih hati yang bakal dikahwininya, Dodi al-Fayed. Dua perkara berbeza tetapi mesejnya sama. ISLAM. Saya pasti bahawa sekiranya Puteri Diana masih lagi hidup hari ini, dia akan bergelar seorang muslimah. Impian Puteri Diana harus dikuburkan. Kemalangan menjadi satu punca kematiannya. Para konspirator dan Zionis menarik nafas lega.
Apa yang ingin saya sampaikan adalah ISLAM menjadi ketakutan bagi konspirator dan Yahudi. Apakah ada lagi halangan bagi mereka-mereka ini?
Bayangkan sekiranya Johnny Deep,Brad Pitt,Angelina Jolie atau selebriti yang berpengaruh memeluk Islam. Apa yang akan terjadi kepada mereka?Apakah kita akan mendengar lagi bahawa Brat Pitt mati akibat kemalangan. Johny Deep mati akibat dadah berlebihan atau Angelina Jolie mati dibunuh?
Semua ini adalah Perang Salib yang tersirat yang masih lagi berlaku tanpa kita sedari. Perang ini akan berlaku sehinggalah kiamat.
Akhirnya!!! Jun 7, 2009
Posted by kamarul in Uncategorized.1 comment so far
Rosli Dhobi:Pejuang atau Pembunuh akhirnya ke udara di saluran ASTRO PRIMA.Setelah hampir 2 tahun,kisah epik ini berjaya juga direalisasikan.2 tahun yang penuh dengan ranjau dan onak.bermula dengan Kajian akhirnya direalisasikan ke layar kecil.Tiada perkataan yang dapat digambarkan untuk menyatakan kepuasan ini.Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam mengangkat dan memberi perspektif baru terhadap anak muda yang bernama Rosli Dhobie ini.Terima kasih sekali lagi.
Saya berharap agar Rosli Dhobie ini bakal menjadi titik tolak kepada perkembangan intelektual masyarakat Malaysia dalam memahami sejarah perjuangan bangsa dan kolonialisme.Rosli Dhobie adalah pemula kepada usaha kajian yang dilakukan.Selepas ini, saya berharap agar saya dapat membuat kajian terhadap tokoh dan tamadun bangsa Malaysia yang masih lagi dikaburi oleh orientalis barat.
InsyaAllah..saya dalam usaha mengkaji beberapa orang tokoh yang masih lagi digelapkan sumbangannya oleh kolonial British.Juga sejarah tamadun yang masih gagal dirungkai.Contohnya kisah kedatangan Islam ke Nusantara dan segala yang bersangkutan dengannya.Kepada bloggers yang punya info tentang sejarah bangsa dan Tamadun Malaysia,saya mengharapkan kerjasama untuk membolehkan suatu perubahan terlaksana.Sejarah keagungan bangsa demiuntuk tatapan generasi akan datang.
Kepada mereka yang berminat boleh berhubung terus menghantar info-info berkaitan terus kepada blog ini.Semoga usaha ini akan dapat menjernihkan terowong sejarah kita yang sentiasa gelap ini.
SELIMUT HATI Mac 14, 2007
Posted by kamarul in Uncategorized.add a comment
Aku kan menjadi malam-malammu..Kan menjadi mimpi-mimpimu Dan selimuti hatimu..yang beku.. Aku kan menjadi bintang-bintangmu..Kan slalu menyinarimu.. Dan menghapus rasa rindumu..yang pilu.. Reff: Aku bisa untuk menjadi.. apa yang kau minta.. Untuk menjadi apa yang kau impikan Tapi ku tak bisa menjadi dirinya. Aku kan menjadi embun pagimu..yang kan menyejukkan jiwamu.. Dan kan membasuh hatimu..yang layu Back to Reff. Tinggalkan sejenak lalumu..beri s'dikit waktu.. Kepadaku..tuk meyakinkanmu...
Inilah lagu Dewa 19 yang aku rasa romantis dan puitis.Bait-bat dan pengunaan kata yang indah.Sesuai untuk pasangan yang bercinta.Aku pun nak jadi macam apa yang lagu ni gambarkan.Selimut hati ini bermakna Penjaga Jiwa.
Cinta Sejati…. November 24, 2006
Posted by kamarul in EKSPRESI, Uncategorized.2 comments
PADANG BESAR 18 Mei – Setahun lalu, Najaa Farhana Roslan, 20 dan Mohd. Azuanme Azmi, 23, mengikat tali pertunangan ketika mereka sama-sama bekerja di sebuah kilang di Sungai Petani.
Hari ini, mereka diijabkabulkan tetapi bukannya di rumah pengantin perempuan atau di masjid seperti mana pasangan lain sebaliknya di Pusat Serenti Bukit Chabang (PSBC), di sini.
Segalanya disebabkan Mohd. Azuanme kini menjadi pelatih di pusat itu sejak 8 Februari lalu selepas terlibat dengan penagihan najis dadah.
Namun takdir yang berlaku sama sekali tidak pernah mengubah cinta mereka, bagi Najaa Farhana, dia bukan sahaja setia menerima kehadiran Mohd. Azuanme malah akan setia menanti untuk tempoh dua tahun lagi bagi membolehkan mereka tinggal bersama.
Ini kerana walaupun sudah bergelar suami isteri, kedua-dua mereka harus `berpisah sementara’ kerana Mohd. Azuanme akan terus menjalani pemulihan di pusat itu untuk tempoh tersebut.
Walaupun pada mulanya ada pihak yang memandang serong dan menentang keputusan Najaa Farhana tetapi perasaan cinta yang wujud sejak dua tahun lalu terhadap pemuda tersebut mengatasi segala-galanya.
Mereka diijabkabulkan kira-kira pukul 10 pagi di masjid pusat serenti berkenaan dengan dihadiri oleh ahli keluarga serta kakitangan dan pelatih pusat itu.
Menurut Najaa Farhana, walaupun dia kecewa kerana suaminya itu yang berasal dari Kangar terlibat dengan najis dadah tetapi ia bukanlah alasan untuk dia `menguburkan’ cinta mereka yang berputik sejak dua tahun lalu.
“Sedih, memanglah sedih tapi apa boleh buat. Sudah takdir dia begitu.
“Namun, demi cinta, saya sanggup menerimanya walau apa pun orang lain hendak kata. Keluarga saya juga tidak menentang hasrat saya,” kata Najaa Farhana.
Katanya, buat masa ini, dia akan menetap di rumah keluarganya sementara menunggu suaminya dibebaskan.
Bagi Mohd. Azuanme pula, dia amat bersyukur berikutan kesediaan Najaa Farhana menerimanya sebagai suami.
“Saya sungguh menyesal dan berjanji untuk memperbaiki diri serta tidak akan terlibat dengan najis dadah lagi,” katanya.
Dalam pada itu, Komandan PSBC, Mohd. Nazer Mustafa berkata, persiapan perkahwinan itu diuruskan oleh pihaknya dan keluarga pengantin.
Kata beliau, pihaknya tidak menghalang mana-mana pelatih untuk berkahwin kerana ia adalah hak masing-masing. “Mereka juga manusia seperti kita dan perlu diberi peluang sama seperti orang lain. Apa yang penting status kesihatan mereka baik,” tambahnya.
Sumber Utusan Malaysia 19 Mei 2006
Berita di atas menceritakan suatu kisah cinta sejati yang jarang-jarang kita dengari.Tapi inilah CINTA. Apa pendapat anda dengan kisah di atas?Disini ingin saya memetik kata-kata John Powell, pengarang buku Unconditional Love yang mengutarakan tentang cinta sejati.
” Cinta sejati adalah cinta tak bersyarat: yang membebaskan orang yang kita cintai agar menjadi dirinya sendiri”.
Adakah cinta sejati itu wujud?jawapannya terpulang pada kita sendiri.
Kisah Pohon epal November 17, 2006
Posted by kamarul in Uncategorized.12 comments
Suatu masa dahulu, terdapat sebatang pokok epal yang amat besar. Seorang kanak-kanak lelaki begitu gemar bermain-main di sekitar pokok epal ini setiap hari. Dia memanjat pokok tersebut, memetik serta memakan epal sepuas-puas hatinya, dan adakalanya dia berehat lalu terlelap di perdu pokok epal tersebut. Budak lelaki tersebut begitu menyayangi tempat permainannya. Pokok epal itu juga menyukai budak tersebut.
Masa berlalu… budak lelaki itu sudah besar dan menjadi seorang remaja. Dia tidak lagi menghabiskan
masanya setiap hari bermain di sekitar pokok epal tersebut. Namun begitu, suatu hari dia datang kepada pokok epal tersebut dengan wajah yang sedih. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu.
“Aku bukan lagi kanak-kanak, aku tidak lagi gemar bermain dengan engkau,” jawab budak remaja itu.
“Aku mahukan permainan. Aku perlukan wang untuk membelinya,” tambah budak remaja itu dengan nada yang sedih. Lalu pokok epal itu berkata, “Kalau begitu, petiklah epal-epal yang ada padaku. Jualkannya untuk mendapatkan wang. Dengan itu, kau dapat membeli permainan yang kau inginkan.” Budak remaja itu dengan gembiranya memetik semua epal di pokok itu dan pergi dari situ. Dia tidak kembali lagi selepas itu. Pokok epal itu merasa sedih.
Masa berlalu… Suatu hari, budak remaja itu kembali. Dia semakin dewasa. Pokok epal itu merasa gembira. “Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Aku tiada masa untuk bermain. Aku terpaksa bekerja untuk mendapatkan wang. Aku ingin membina rumah sebagai tempat perlindungan untuk keluargaku. Bolehkah kau menolongku?” Tanya budak itu. “Maafkan aku. Aku tidak mempunyai rumah. Tetapi kau boleh memotong dahan-dahanku yang besar ini dan kau buatlah rumah daripadanya.” Pokok epal itu memberikan cadangan. Lalu, budak yang semakin dewasa itu memotong kesemua dahan pokok epal itu dan pergi dengan gembiranya. Pokok epal itu pun tumpang gembira tetapi kemudiannya merasa sedih kerana budak itu tidak kembali lagi selepas itu.
Suatu hari yang panas, seorang lelaki datang menemui pokok epal itu. Dia sebenarnya adalah budak lelaki yang pernah bermain-main dengan pokok epal itu. Dia telah matang dan dewasa.”Marilah bermain-mainlah di sekitarku,” ajak pokok epal itu. “Maafkan aku, tetapi aku bukan lagi budak lelaki yang suka bermain-main di sekitarmu. Aku sudah dewasa. Aku mempunyai cita-cita untuk belayar. Malangnya, aku tidak mempunyai bot. Bolehkah kau menolongku?” tanya lelaki itu. “Aku tidak mempunyai bot untuk diberikan kepada kau. Tetapi kau boleh memotong batang pokok ini untuk dijadikan bot. Kau akan dapat belayar dengan gembira,” cadang pokok epal itu.Lelaki itu merasa amat gembira dan menebang batang pokok epal itu. Dia kemudiannya pergi dari situ dengan gembiranya dan tidak kembali lagi selepas itu.
Namun begitu, pada suatu hari, seorang lelaki yang semakin dimamah usia, datang menuju pokok epal itu. Dia adalah budak lelaki yang pernah bermain di sekitar pokok epal itu. “Maafkan aku. Aku tidak ada apa-apa lagi nak diberikan kepada kau. Aku sudah memberikan buahku untuk kau jual, dahanku untuk kau buat rumah, batangku untuk kau buat bot. Aku hanya ada tunggul dengan akar yang hampir mati…” kata pokok epal itu dengan nada pilu. “Aku tidak mahu epalmu kerana aku sudah tiada bergigi untuk memakannya, aku tidak mahu dahanmu kerana aku sudah tua untuk memotongnya, aku tidak mahu batang pokokmu kerana aku berupaya untuk belayar lagi, aku merasa penat dan ingin berehat,” jawab lelaki tua itu. “Jika begitu, berehatlah di perduku,” cadang pokok epal itu. Lalu lelaki tua itu duduk berehat di perdu pokok epal itu dan berehat. Mereka berdua menangis kegembiraan.
CERITA INI SENGAJA DIPAPARKAN UNTUK MENGAJAK PARA REMAJA BERFIKIR TENTANG PENGAJARAN DI SEBALIK CERITA TERSEBUT. SEBENARNYA, POKOK EPAL YANG DIMAKSUDKAN DI DALAM CERITA ITU ADALAH KEDUA-DUA IBU BAPA KITA. BILA KITA MASIH MUDA, KITA SUKA BERMAIN DENGAN MEREKA. KETIKA KITA MENINGKAT REMAJA, KITA PERLUKAN BANTUAN MEREKA UNTUK MENERUSKAN HIDUP. KITA
TINGGALKAN MEREKA, DAN HANYA KEMBALI MEMINTA PERTOLONGAN APABILA KITA DI DALAM KESUSAHAN. NAMUN BEGITU, MEREKA TETAP MENOLONG KITA DAN MELAKUKAN APA SAHAJA ASALKAN KITA BAHAGIA DAN GEMBIRA DALAM HIDUP.
ANDA MUNGKIN TERFIKIR BAHAWA BUDAK LELAKI ITU BERSIKAP KEJAM TERHADAP POKOK EPAL ITU, TETAPI FIKIRKANLAH, ITU HAKIKATNYA BAGAIMANA KEBANYAKAN
ANAK-ANAK MASA KINI MELAYAN IBU BAPA MEREKA. HARGAILAH JASA IBU BAPA KEPADA KITA. JANGAN HANYA KITA MENGHARGAI MEREKA SEMASA MENYAMBUT HARI IBU DAN HARI BAPA SETIAP TAHUN. SEMOGA MEMBERIKAN KEINSAFAN DAN KESEDARAN KEPADA REMAJA KITA.
Extreme – More Than Words Oktober 19, 2006
Posted by kamarul in Uncategorized.2 comments
Extreme – More Than Words
| View on Grouper.com | Add to WordPress Blog |
Love Song
Add a video comment to this video
shrek 2 Oktober 19, 2006
Posted by kamarul in Uncategorized.add a comment
shrek 2
| View on Grouper.com | Add to WordPress Blog |
Lagu favourite aku
Add a video comment to this video
U NEEDED ME Ogos 24, 2006
Posted by kamarul in Song Review, Uncategorized.6 comments
U NEEDED ME
I cried a tear
You wiped it dry
I was confused
You cleared my mind
I sold my soul
You bought it back for me
And held the earth
You gave me dignity
Somehow you needed me
You gave me strength
To stand alone again
To face the world
Out on my own again
You put me high
Upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me
You needed me
I can’t believe it’s you
I can’t believe it’s you
I needed you
And you were there
And I’ll never leave, why should I leave?
I needed you
I finally found someone who really cares
You held my hand
It was cold
And I was lost
You took me home
You gave me love
That I was at the end
I turned my life
Back into truth again You even called me ‘friend’
You gave me strength
To stand alone again
To face the world
Out on my own again
You put me high
Upon a pedestal
So high that I could almost see eternity
You needed me
You needed me
You needed me
You needed me
Oh, yes, you needed me
You needed me
Lagu ini adalah nyanyian Anne Murray.Tetapi telah dirakam kembali oleh Boyzone pada tahun 1998, dengan rentak dan stail mereka.Lagu ini berkisar kepada ikatan persahabatan yang sangat akrab dalam kehidupan manusia.Tidak kira perempuan atau lelaki persahabatan adalah kunci kejayaan dalam menempuh kehidupan.Begitu juga persahabatan antara lelaki dan perempuan.Persahabatan abadi boleh berlaku andainya kita mengetahui hak-hak dan batas-batas dalam bersahabat.Seperti yang tercatat dalam lagu ini, setiap manusia adalah bergantungan antara satu sama lain.Kita tidak mampu untuk hidup bersendirian.Kita perlukan teman.Teman untuk berbicara,teman untuk mendengar rintihan hati dan paling utama sentiasa ada bersama tika susah dan senang.Teman sebegini yang paling sukar di cari.Teman yang sentiasa memberi inspirasi dan semangat tika di pagut kekecewaan.Biarpun, tidak menjadi kekasih (bagi yang bersahabat dgn wanita),tidak bermakna hubungan berakhir.Berilah ruang untuk menjadi sahabat atau teman yang sejati.Teman sejati adalah anugerah yang paling terindah dalam kehidupan ini.
Something about Marry Ogos 23, 2006
Posted by kamarul in Filem, Uncategorized.3 comments
Filem :Something About Marry
Pelakon : Cameron Diaz (Marry),Ben Stiller (Ted Shoermann), Matt Dillon (Pat Heally)
Durasi :1 Jam 30 Minit.
Genre : Komedi Romantik
Sinopsis : Ted mengimbas kembali zaman persekolahannya 12 tahun yang lampau, di mana dia mengenali cinta pandang pertama dengan seorang gadis yang bernama Marry.Marry, gadis idaman pelajar-pelajar di Sekolah Tinggi Rhodes Island kerana kecantikan, kepintarannya.Ibarat Mutiara, Marry di anggap sempurna bagi kebanyakkan lelaki di sekolahnya.Tambahan pula Majlis prom bagi pelajar-pelajar tahun akhir bakal menjelang tiba.Ted berharap agar Marry dapat menjadi temannya di majlis itu nanti.Nasibnya baik,Marry mempelawa Ted sebagai pasangannya di majlis Prom.Namun,langit tak selalunya cerah.Ted terpaksa bermalam di wad akibat suatu insiden dan sekaligus melupakkan impiannya menemani Marry ke majlis Prom.Paling meremukkan hati Ted, Marry sekeluarga berpindah ke Miami.Selepas 12 tahun,Ted percaya cinta sejatinya adalah Marry.Persoalannya,adakah Marry punyai rasa cinta yang sama kepada Ted??Atau apakah waktu menjadi penghadang di antara mereka berdua??Dengan bantuan Pat Heally, seorang penyiasat Persendirian,Ted menjejaki Marry di Miami.Konflik timbul apabila Pat juga jatuh cinta dengan Marry.Pelbagai aksi lucu di persembahkan dalam filem ini yang pasti menggeletek hati.Hasil kerja Farells adik-beradik yang terkenal menerusi filem ‘Dumb and Dumber’ yang pasti akan membuatkan kita tidak kering gusi.