jump to navigation

ALEXANDER vs Iskandar Zulkarnain Julai 27, 2006

Posted by kamarul in EKSPRESI, Uncategorized.
trackback

 Alexander The Great mengingatkan aku kepada filem Alexander yang diarahkan oleh Oliver Stones.Seorang pengarah yang Kontroversi.Ditangan Oliver, Alexander digambarkan seorang Biseksual,gila kuasa, penyembah Dewa-dewi, dan lemah pendirian.Segala tindak-tanduknya dibawah kawalan ibunya,Olivia.Alexander mengikut acuan barat adalah seperti berikut:

Alexander adalah anak kepada Raja Philips II yang memerintah Macedonia. Setelah bapanya terbunuh Alexander menjadi raja.Seterusnya memulakan penaklukan dengan memusnahkan Empayar Parsi di bawah pemerintahan Darius I.Penaklukan diteruskan sehingga meliputi Asia Barat, Tengah, dan Asia Selatan.Alexander gagal memasuki India setelah angkatannya musnah di tangan Raja Chola.Kemuncaknya, Alexander di bunuh dengan racun oleh Pengikut-pengikutnya.Hayatnya terhenti pada usia 33 tahun.Ironiknya, Alexander diabadikan dalam Sejarah dunia sebagai Penakluk Agung.Sejarahwan Barat menerima bulat-bulat lagenda ini sebagai sejarah.

Alexander the Great bukanlah ciri-ciri raja yang disebut dalam Al-Quran.Sebaliknya Iskandar Zulkarnain adalah Raja yang soleh, menyembah Tuhan yang Esa.Namun, Al-Quran tidak menceritakan siapakah Manusia istimewa ini secara menyeluruh.Menurut Sejarahwan Islam,Iskandar Zulkarnain adalah sekadar nama.’Zulkarnain dalam bahasa Arab bermaksud 2 tanduk.2 tanduk ini adalah simbolik kepada raja yang berjaya menyatukan Timur dan Barat.Adalah dipercayai,Khurosh Komeni, raja Parsi adalah Manusia yang memenuhi ciri-ciri yang disebutkan oleh Al-Quran.Khurosh adalah raja kerajaan Myra yang bermusuhan dengan kerajaan Himyar.Dan Khurosh berjaya menyatukan kedua kerajaan ini menjadi satu empayar yang luas.Khurosh juga dikatakan penyembah Zoster, iaitu menyembah agama yang satu.Khurosh juga dikatakan memulakan penaklukkan dari Timur ke Barat dalam usahanya meluaskan kuasannya.Ketika ini beliau telah bertemu dengan golongan barbar yang di ancam dengan Yakjuj dan Makjud.Ketika ini, Khurosh mengarah satu tembok dibina bagi menghalang kemaraan makhluk ini.Khurosh juga dikatakan berkawan rapat dengan Nabi Daniyel yang juga dipercayai sebagai penasihat beliau.Dan apaling utama Khurosh telah membuat dekri berkaitan Hak asasi manusia yang mana Khurosh menamatkan konsep perhambaan.Dekri ini boleh ditemui di British Muzium.

Sesungguhnya perdebatan siapakah Iskandar Zulkarnain tidak ada penghujung.Hanya Allah yang Maha mengetahui segala-galanya.Siapapun Beliau, Allah telah memberi kuasa dan pemerintahan yang luas.Hanya Allah yang mengetahui segala-galanya. 

About these ads

Komen-komen»

1. zaza - Disember 28, 2006

Ya.Setuju, pokoknya apakah Alexander the Great itu yang dibilang dalam Al Qur’an atau bukan, semuanya Wallahu’alam

2. Evo - September 28, 2007

Allah telah memerintahkan Raja Iskandar Zulqarnain supaya menyampaikan agama Allah kepada kaum yang zalim dan syirik, menyembah-berhala dan saling berbunuh-bunuhan diantara satu sama lain. Apabila Iskandar Zulkarnain sampai di Asia, dua bangsa yang bermusuhan saling bunuh membunuh antara mereka ialah bangsa Nyajud (Buddha) dengan bangsa Majud (Confucius). Iskandar Zulqarnain dan pengikutnya telah berjaya menyampaikan agama Allah kepada bangsa Majud seterusnya menjadi raja kepada bangsa Majud tersebut. “Majud” dalam bahasa Siam Kedah bermakna “mari berhenti”, iaitu berhenti dari melakukan kerja-kerja khurafat dan sebagainya. Bangsa Majud menerima agama Allah apabila seruan agama tiba dibawa oleh Raja Iskandar Zulkarnian dan pengikut-pengikutnya.
seterusnya : http://sejarahnagarakedah.blogspot.com/

3. Haroen - Februari 6, 2008

saya lebih condong kepada alaxader the great, itu yang disunyalir oleh alquran
karena kekuasaannya membentang dari barat ke timur

4. ila - Mac 26, 2008

sya juga setuju. baru tadi saya terbaca tentang perbezaan antara iskandar agung dan zulkarnain agung. artikel itu menyatakan yang zulkarnain agung lahir sebelum iskandar agung. zulkarnain menyembah tuhan yang satu tetapi iskandar menyembah dewa dewi. persamaanya hanya terdapat tentang apa yang dipakai oleh mereka topi atau mahkota yang berbentuk tanduk 2. tetapi jika mereka insan yang bebeza kenapa nama mereka sering dikaitkan. sukar benar merungkai rahsia Allah ini.benarlah kata awak hanya Allah yang mengetahui segala-galanya.

chery - Julai 17, 2010

waw,,,, baca dimana buk…

kirim sirusnya dunk..

penasarn trus,,,

5. nur ainul mardiah - April 1, 2008

kisah iskandar zulkarnain blh dijadikan pengajaran kerana beliau berani menegakkan syiar islam

6. kee-ba - Mei 24, 2008

khurosh and Alexzender The Great are not same with Iskandar Zuikarnain….

eniza - November 3, 2009

i agree. never herad of khurosh before.. very strange to me..

7. okada yuka - Jun 23, 2008

sebenar nyer still keliru ngan alexzender, iskandar dan zulkarnain, mengikut research mereka berlain watak dan tempat…
kalo ade information tolong past to my email ok….

8. Kamarul - Mac 12, 2009

Cendekiawan2 dunia serta para sejarawan lebih memihak kepada zulkarnain agung atau cyrus the great kerana memenuhi semua kriteria yang disebutkan allah di dalam al-quran.Jadi dengan analisis yang komprehensif telah membuktikan cyrus the great adalah orangnya dengan penemuan silinder cyrus yang membuatkannya digelar pembebas dan bukan penakluk dan allah juga menyebut bahawa zulkarnain adalah seorang pemerintah yang adil.Dan hasil perbincangan terbaru mengatakan bahawa cyrus the great adalah pengasas demokrasi yang pertama bukan tamadun rom.

9. zulaikha - Jun 12, 2009

nak buat research pun dah pening…

10. org islam - Julai 12, 2009

mana yang btul hanya ALLAH yang tahu………………………….jadikan al quran sbg panduan

11. u-chan - April 21, 2010

sebenarnya saya nak tahu,apa beza alexandar dan iskandar?kalau ada info tentang ini,sila e-melkan kepada saya…

12. amir lokman - Jun 9, 2010

saya masih ingin tahu mengenai iskandar zulkarnain…
apakah istimewanya insan ini…..
adakah insan ini akan turun pada waktu akhirat nanti…

13. muhazias - Jun 11, 2010

Betul juga EVO cakap ya! kalaulah alexander itu zulkarnain bermakna penulis buat fitnah dan dosa besar.Penulis mungkin tidak tahu bahawa pengarah dan penerbit filem Alexander itu adalah bangsa israelamerika dan kalau di kaji secara menyeluruh mereka itu adalah golongan homoseksual.Golongan ini ingin mengembangkan pengaruh mereka supaya penyakit mereka diterima dunia.dalam semua bacaan saya alexander tak pernah kalah dan bukan lemah pendirian.BOLEHKAH MENAWAN LAWAN YANG BESAR KALAU LEMAH PENDIRIAN?Kalaulah Greece sendiri yang membuat filem semua ini tak akan dipersoalkan.Janganlah terpengaruh dengan munafik barat dan pengkaji arab yang menganalisa tulisan kafir.Dari sejak nabi hingga 1970an Alexander adalah Zulkarnain tetapi bila masa kini jadi malapetaka.Mungkin SUKARNO,MAHATHIR,PATIH GAJAH MADAH,HANG TUAH dan sebagainya menerima nasib yang sama? Betul ke ATAU tidak nenek moyang kita yang bagi tahu,janganlah kita mengandaikan nanti menjadi fitnah.SANDARKAN PADA TUHAN YANG MAHA ESA.TULISLAH PERKARA YANG BOLEH MEMBAKAR SEMANGAT UMAT ISLAM MENJADI UMAT YANG BERJAYA DUNIA DAN AKHIRAT

kamarul - Jun 11, 2010

Muhazias…Saya cuma menulis base on Oliver Stone punya filem…Saya bandingkan naskah penipuan Oliver dengan tokoh al-Quran.Dan saya sebut dalam tulisan itu,Khoresh seorang raja yang hampir menepati ciri-ciri zulkarnain yg disebut al-Quran.Kalau awak tak pernah membaca langsung pasal Zulkarnain dan Alexander jangan cuba untuk menyerang tulisan seseorang tanpa buat pembacaan dan kajian.Satu lagi…Benar memang Alexander tak pernah kalah..Tapi harus ingat Alexander tewas dalam peperangannya di Sungai Ganges.Misi penaklukan india gagal.Selepas pulang,dia jatuh sakit dan mati pada usia 33 tahun.Sejarah mengatakan alexander tewas.Sebelum nak serang atau komen tulisan orang..Pastikan kita tahu apa yang kita komen.Janganlah buat sesuatu yang dungu dan janggal.

Nampaknya Muhazias suka tentang sejarah nusantara?Patih Gajah Mada.Bukan Patih Gajah madah ye.Semua tokoh hebat tu ada catatannya.Silalah rujuk Sulatus salatin,hikayat Melayu lama dan biografi mereka.Senang untuk didapati di mana-mana.Janganlah jadi macam ayam jantan.Tau berkokok saja.Baca dan hayati semangat mereka.

Terima kasih kerana ingatkan saya tentang matlamat penulisan saya.memang itu yang saya harapkan.agar tulisan saya dimengertikan.Namun, adakah bangsa Islam ini boleh dikritik?Terutama orang Melayu.

Kalaulah Bangsa Melayu ni sombong,tak boleh ditegur,suka serang secara membabi buta,rasanya kita mampu dihormati jadi Ummah contoh.

Nasihat saya..Membaca dan buat kajian dulu kalau nak serang tulisan orang lain.Barulah orang akan hormati.

14. muhazias - Jun 12, 2010

Hahah!!!….. terima kasih hehe.. sy minta maaf.terasa lucu pulak. Kalau macam tu tak boleh terimalah sejarah melayu bahawa PARAMESWARA dari palembang berketurunan iskandar zulkarnain atau betullah si Khoresh ni zulkarnain tapi tiada pulak saya terbaca orang parsi menakluk india.Samada betul atau tidak saya fikir kita harus bersikap positif.Mungkin perlu kajian secara mendalam lagi asalkan kita jangan terpengaruh dengan orang lain yang belum tentu betul.Lebih baik kalau ada saintis kita yang mengkaji sendiri dengan berlandaskan Al-quran dengan hadis.Oh! ya, kawan kalau jadi penulis memanglah banyak pengkritiknya dan kadangkala pengkritik tahu cakap tak serupa bikin tapi yang penting keikhlasan dan kejujuran hati.BYE……hehehehe……..

15. SECRET GROUP - Julai 16, 2010

NO KOMEN BANG

16. jernih hati - September 2, 2010

alexander bukan iskandar zulkarnain…yg tu yg pastinyer…ciri cirinye amat berbeda skali kan…thanx for this info…:)

17. amin - Januari 25, 2011

komer ni buat jer cter jer
dh bca lom buku yg brtjuk alexzender ialah zulkarnain n pham2 bla dh bca k bru btul just jgan ckp jer

18. kamarul - Januari 25, 2011

Amin..Dalam pendebatan kisah Iskandar Zulkarnain atau Alexander tiada kajian yang boleh dijadikan bukti.Sehingga kini,tiada bukti konkrit menyatakan siapakah sebenarnya Manusia bernama Iskandar zulkarnain.Sejarahwan dan pengkaji bisa buat tafsiran masing-masing.Saya cuma mengutarakan pandangan dan kajian berdasarkan bacaan.Terpulang.Pada saya luaskan bacaan.insyaallah..kita akan dapat sesuatu.

strawcho - November 3, 2011

boleh saya tanya,,knape ade buku bertajuk “iskandar bukan zulkarnain”???saya tak faham..sedangkan nama itu selalu disebut bersama?

19. Blog Belajar Forex - Januari 28, 2012

Nice posting,
Thank you

20. Danial - Mac 21, 2012

Citer best..

21. CyWar Putrajaya - September 1, 2012

Sila cari buku bertajuk Alexander Adalah Zulqarnain, karya Muhammad Alexander. Buku ini telah menjelaskan secara terperinci berdasarkan nas Al-Quran dan sabda Rasulullah SAW. Jangan kita rujuk pada filem barat, kerana barat suka memesongkan fakta. Selepas membacanya, kita akan faham. Mengapa sewajarnya Alexander The Great digelar sebagai Zulqarnain yang bermaksud ‘Dua Tanduk’ (penguasa timur dan barat).

kamarul - September 1, 2012

Cywar,Terima kasih atas komen.Saya dah dapatkan buku tersebut.Rasanya saya harus jelaskan di sini.Tujuan saya menulis artikel ini adalah untuk memberi kefahaman siapa Iskandar Zulkarnaian dan Alexander.Dua watak yang berbeza.Ketika menulis artikel ini,filem Oliver Stone Alexander sedang beredaran di pawagam.Sebab itu saya menulis artikel ini sekitar 2007.Ingin saya nyatakan bahawa ketika menulis,buku-buku rujukan tentang zulkarnain,belum lagi ada.Saya banyak membaca kajian Prof Dr Azad Kalam.Orang pertama yang mengkaji tentang Zulkarnain.Muhammad Alexander Sosongko atau Dr Muhammad Afiz belum lagi mengeluarkan kajian mereka.Saya bandingkan filem tersebut sebagai contoh paling dekat dengan kita.Ingin saya katakan bahawa kajian bukan bermaksud benar.Kajian hanya meletakkan Al-quran dan hadis sebagai rujukan.Berapa ramai pengkaji yang mempunyai teori mengatakan bahawa Zulkarnaian bukan Alexander?Ramai sejarahwan islam tidak bersetuju Alexander dan Zulkarnaian orang yang sama.Semua itu kajian berdasarkan Al-quran dan hadis.Disesuaikan dengan ciri-ciri yang ada pada kedua-dua tokoh.

Saya tidak terkejut kalau suatu hari nanti ada raja baru yang diangkat menjadi Zulkarnaian.Sekiranya ada perwatakannya yang menyamai apa yang disebut quran dan hadis.Inilah sejarah.Akan sentiasa berubah bila mendapat fakta dan bukti baru yang kukuh.Setelah 7 tahun menulis entri ini,saya sangat bertuah kerana ramai orang islam terbuka mata dan mengkaji siapa tokoh tersebut.Namun ramai yang salah anggap mengatakan entri ini berpihak kepada filem Alexander.Saya cuma bandingkan sahaja.Ramai yang berilmu di luar sana.Tapi sayang hanya tahu bercakap.Tidak langsung cuba untuk menulis atau berkongsi ilmu.Inilah budaya kita.Komen menghentam.Tapi tidak ingin membetulkan.Saya tegaskan sekali lagi bahawa artikel ini tidak berpihak pada sesiapa.Hanya untuk membuat anda semua berfikir.

22. epol_langgar - April 10, 2013

kamarul.. gud job..

23. Armm - April 23, 2013

berkongsi pendapat, bukan bergadoh dengan pendapat,
famahi tuntutan menuntut ilmu untuk beramal,
saling melengkapi bukan saling menindasi,


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

Ikut

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: